Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, February 16, 2008

Najib jangan cakap banyak

Hari ini saya melawat Kelantan, masuk ke bandar Kota Bharu, selepas semalam Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Naji Tun Razak melawat Kelantan kononnya merancang untuk merawat Kelantan.

Istilah merawat digunakan untuk Kelantan seolah-olah melihat negeri itu dalam keadaan sakit. Yang sakit sebenarnya ialah Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri itu.

Pemimpin Umno tidak usah cakap banyak. Sejarah telah membuktikan BN tidak berjaya memulihkan kemiskinan negeri itu sejak berpuluh-puluh tahun memerintah sebelum tahun 1990.

Sedangkan ketika itu BN mempunyai banyak wang, parti itu berupaya mengurangkan kadar kemiskinan yang dialami rakyat Kelantan tetapi mengapa parti berkenaan tidak bekerja untuk itu?

Seperti Terengganu, BN tidak pernah berusaha bersungguh-sungguh merancang menghapuskan kemiskinan rakyat negeri itu sejak memerintah sehingga tahun 1999 dan kembali memerintah selepas pilihan raya umum ke 11 tahun 2004 yang lalu.

Kadar kemiskinan Terengganu turun ketangga ketiga pada permulaan pemerintahan PAS negeri itu dan turun lagi tangga ke empat menjelang pilihan raya umum ke 11 tetapi agenda mengurangkan kadar kemiskinan gagal di zaman BN apabila ia kembali pada kedudukan kedua tertinggi di Malaysia sedangkan kekayaan hasil dari Dana Khas yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) melimpah ruah tetapi dibazirkan untuk projek kroni bukan untuk rakyat.

Jadi, apa guna menyebut kadar kemiskinan Kelantan tinggi sedangkan BN tidak pernah berhasrat sejak dahulu untuk bersungguh-sungguh mengurangkan kadar kemiskinan. Apa guna bercakap sekadar retorik untuk kempen pilihan raya semata-mata sedangkan rakyat semua tahu sikap Umno dalam menangani masalah ini.

Pembangunan negeri Kelantan berjalan terus bahkan lebih baik dari Terengganu yang menggunakan peruntukkan lebih RM700 juta untuk projek membazir seperti Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man dan Monsoon Cup di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Kemajuan ekonomi Kelantan khususnya perniagaan dan perusahaan lebih maju dari Terengganu dan negeri Kelantan merupakan Koridor Perniagaan Pantai Timur sejak sekian lama.

Kerancankan ekonomi bergantung sikap dan budaya hidup masyarakat Kelantan yang suka berdikari dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Penulis mempunyai pertalian keluarga melalui ibu dengan orang Pasir Tumbuh dan Bukit Tanah, Pasir Putih Kelantan. Penulis tahu serba sedikit kegigihan orang Kelantan meneruskan kehidupan tanpa bergantung banyak dari bantuan Kerajaan kerana arwah Datuk sebelah ibu adalah orang Bukit Tanah Pasir Putih.

Semasa kecil penulis tinggal di Pondok Pasir Tumbuh, Pasir Putih Kelantan, ketika arwah nenek sebelah ayah (saya panggil Tok) membawa saya ke pondok itu dan dibawa juga tinggal bersama arwah moyang saya dan keluarganya di Bukti Tanah. Saya melihat dan merasai sendiri kehidupan masyarakat akar umbi negeri itu.

Sesungguhnya kekuatan Kelantan adalah kekuatan dan keutuhan kehidupan beragama masyarakat pondok di Kelantan. Walaupun saya sekarang pengamal media tetapi saya suka dengan kehidupan masyakat ini kerana saya lahir darinya.

Ayah saya adalah bekas pelajar Pondok Pasir Tumbuh dan beliau telah mendorong saya untuk terus berbakti sekadar termampu untuk perjuangan menegakkan Islam ini.

Beliau telah dipenjarakan di Penjara Pengkalan Chepa Kelantan di zaman Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad selama 10 hari bersama Bapa Saudara Sabit saya Arifin Daud kerana dihukum mendirikan sembahyang jumaat tanpa kebenaran di Masjid Simpang Empat Chendering (ketiak itu didakwa Surau Pintu Gerbang), yang kami bina dan pertahankan sehingga hari ini.

Fatwa Mufti Terengganu telah dikeluarkan untuk membenarkan masjid berkenaan digunakan untuk mendirikan sembahyang jumaat semasa PAS memerintah negeri itu (Kalau tidak salah ingatan saya tahun 2002).

Institusi ini kami tetap pertahankannya sehingga sekarang dan ia menjadi tonggak kekuatan kami di kampung berkenaan. Bagaimanapun ada usaha-usaha tangan jahat dan kotor untuk merobohkan masjid kami itu bagi tujuan tertentu tetapi setakat ini ia belum dibuktikan lagi.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising