Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberi amaran keras kepada pengundi luar (pengundi hantu) supaya jangan datang ke Terengganu dalam pilihan raya umum ke 12 ini.
"Kalau saya kata jangan datang, mudah-mudahan mereka faham apa makna jangan datang," katanya ketika bercakap kepada media di Sidang Akhbar Khas di Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu semalam.
Pilihan raya umum lalu memperlihatkan terlalu ramai pengundi luar hadir mengundi di Terengganu dan jumlah pengundi keseluruhannya di negeri itu setakat ini mencecah kira-kira 516,000 orang dari jumlah satu juta keseluruhan penduduk negeri itu.
"Adakah sejumlah itu rakyat negeri Terengganu boleh mengundi. Ertinya termasuk kanak-kanaklah," katanya.
PAS mahu melihat pilihan raya umum kali ini berjalan dengan bersih termasuk
bersih dari pengundi hantu.
Justeru semua cawangan PAS negeri itu diarahkan memerhatikan gelagat mereka dan pastikan pengundi yang bermastautin di kampung sahaja keluar mengundi dalam pilihan raya umum kali ini di negeri tersebut.
Ditanya berhubung jumlah calon yang akan dikemukakan dalam pilihan raya kali ini, beliau mengajak media menunggu saat pengisytiharan calon yang akan dibuat tidak lama lagi.
Sementara itu beliau sanggup bertanding di mana sahaja termasuk di Kepala Batas, Pulau Pinang, melawan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jika mendapat persetujuan dari parti.
Bagaimanapun katanya, perkara itu terserah kepada keputusan parti dan soal menjadi calon atau tidak, bukan perkara utama.
"Yang penting ialah demokrasi terus dihidupkan serta terus bekerja untuk membuat perubahan," katanya.
PAS akan berusaha memperolehi 40 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum kali ini dan parti-parti pembangkang lain akan berusaha mencapai target masing-masing bagi mengurangkan pencapaian dua pertiga penguasaan Barisan Nasional (BN) dalam institusi tersebut.
Beliau percaya anjakan paradigma sedang berlaku dan senario politik akan berubah kerana sambutan menyeluruh rakyat terhadap PAS dan parti-parti pembangkang lain begitu mengalakkan.
Di Kedah sebagai contoh, PAS telah memenangi hati lebih 50 peratus pengundi Melayu sementara BN memenangi pengundi bukan Melayu.
"Begitu juga beberapa kerusi (parlimen) di Perak dan Selangor," ujarnya.
Dengan berlakunya perubahan ini katanya, MCA, MIC dan gerakan terpaksa bekerja keras untuk mempastikan kemenangan BN.
Dengan berlaku insiden ini dipercayai berlaku pula perubahan dalam senario politik negara berbanding pada masa-masa yang lalu.
"Betul PAS bertanding lebih 60 kerusi parlimen dan lebih 200 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PAS akan berusaha mendapatkan 40 kerusi parlimen manakala PKR (Parti Keadilan Rakyat) akan berusaha mendapatkan kerusi yang dia nak, sama ada kita berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga BN ataupun merobohkan kerusi-kerusi Umno," katanya.
Sehinga ini Umno masih menjadi tulang belakang politik negara yang dipimpin oleh orang Melayu.
Bila kerusi Umno sudah kurang, walaupun PAS tidak memenangi semua kerusi dipertandingkan, ini akan melakukan perubahan politik yang besar dalam negara.
"Itu sekiranya pilihan raya dilaksanakan dengan bersih, kalau tak bersih lagi, bergantung kepada sejauh mana kita dapat menang pilihan raya dengan liku-liku begitu rupa," jelasnya.
Dalam pilihanraya umum k e 12, PAS akan memberi tumpuan beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah manakala PKR memberi tumpuan kepada Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Perak serta negeri lain bagi mempastikan setiap negeri mempunyai wakil rakyat dari pembangkang.