Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, February 13, 2008

BA Terengganu tawar keselesaan kepada kakitangan awam


Penulis menemui seorang petugas Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, untuk mengetahui perkembangan terbaru pentadbiran kerajaan negeri itu.

Beliau mendakwa pegawai kerajaan atau pejawat awam kini telah berbelah bahagi untuk memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri itu. Bahkan lebih 50 peratus mereka mahukan PAS memerintah semula negeri Terengganu kerana mereka lebih selesa menjalankan tugas di bawah Barisan Alternatif (BA)/PAS berbanding BN.

Pegawai-pegawai kerajaan ketika PAS mentadbir Terengganu lebih bebas mengeluarkan cadangan dan pandangan untuk kebaikan kerajaan berbanding di bawah BN hari ini.

Difahamkan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh lebih cenderung mempastikan pendapatnya digunapakai dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan lebih dari keputusan sesuatu menyuarat.

Amalan mesyuarat pre-consul setiap hari selasa (sebelum mesyuarat ahli Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri setiap rabu) bersama ketua-ketua jabatan kerajaan lebih berkesan diamalkan kerajaan PAS yang lalu di mana banyak permasalahan pentadbiran selesai dengan mesyuarat berkenaan.

Bukan sahaja sekarang PAS menawarkan jaminan keselesaan dan ketenangan kepada semua penjawat awam supaya mereka berupaya melangkah lebih jauh mengurus dan mentadbir kerajaan dengan lebih cekap dan berkesan yang impaknya untuk kesejahteraan rakyat negeri Terengganu sendiri.

Bagaimanapun BN telah menghalang 'privesi' kakitangan awam dengan memasang Kamera Televisyen Litar Tertutup (CCTV) di sudut-sudut strategik seluruh bangunan Wisma Darul Iman sehingga merimaskan kakitangan wisma itu.

Dengan pemasangan CCTV itu mereka terasa pergerakan mereka sentiasa diperhati sekaligus menghalang keselesaan mereka bekerja.

Justeru PAS dan Parti Keadilan Rakyat Terengganu (Keadilan) di bawah BA menawarkan perkhidmatan kerajaan yang profesional, telus dan mesra rakyat, tanpa tekanan politik - tiada aku janji dan pengintipan sekaligus CCTV dihapuskan.

BA juga menawarkan bonus, tuntutan dan elaun kerja lebih masa pegawai dan kakitangan kerajaan dijamin sekiranya PAS atau BA dipilih semula memerintah Terengganu dalam pilihan raya umum ke 12 tidak lama lagi.

Ia sebagai mengenang jasa kegigihan kakitangan awam yang bertungkus lumus berkhidmat untuk kebaikan semua pihak bagi melihat pentadbiran kerajaan telus dan sentiasa mementingkan kepuasan pelanggan.

Sementara itu Imam dan Bilal Masjid Mukim akan dinaikan taraf sebagai pejawat awam yang bergaji tetap bagi melihat kehidupan mereka lebih stabil dan memberi peluang seluas-seluasnya kepada mereka untuk menabur bakti kepada ahli qaryah masing-masing.

BN bukan sahaja tidak pernah sebelum ini merencanakan untuk menjadikan mereka sebagai pejawat awam bahkan memecat imam dan bilal yang menyokong pembangkang. Lebih dari 100 mereka terbabit dikenakan tindakan berkenaan kerana didakwa menyokong pembangkang.

Insitusi imam dan bilal adalah kepimpinan paling hampir dengan masyarakat kampung dan bandar khususnya orang Melayu beragama Islam. Mereka menjadi penggerak majlis keagamaan di setiap kampung.

Dengan perhatian bersungguh-sungguh BA, menjadikan institusi dihormati dan diiktiraf setaraf dengan penjawat awam lain di negeri ini.

BA juga akan mengaktifkan Skim Pinjaman al-Qardul Hassan (rumah, kenderaan dan komputer), bagi memudahkan kakitangan awam memiliki harta-harta berkenaan.

Dengan adanya skim seumpama itu membolehkan mereka mendapat kemudahan kredit atau pembiayaan Islam, sekaligus menjauhkan mereka dari amalan riba dan penindasan dalam pengurusan kewangan mereka.

Semua ini suatu alternatif untuk suatu kehidupan yang lebih selesa dan berkebajikan ditawarkan BA di saat rakyat Terengganu menghadapi tekanan dan kos sara hidup yang kedua tertinggi di negara ini.

BA dengan pengalaman mentabdir kerajaan negeri itu sepenggal yang lalu membolehkannya permerencana dengan lebih profesional dan sistematik dengan wujudnya kepimpinan profesional yang sedia berkhidmat bila-bila masa demi kebaikan rakyat.

Kini terserah kepada rakyat membuat suatu perubahan bermanfaat, suatu tindakan bijak, mengembalikan semula pemerintahan BA di Terengganu.

Rakyat negeri itu boleh berbuat demikian kerana mereka pernah berjaya menukar kerajaan dari BN kepada BA dalam pilihan raya umum ke 10 tahun 1999. Untuk mengembalikan kerajaan yang pernah berjasa besar kepada rakyat negeri itu bukan satu perkara sukar lagi ketika ini.

Perubahan terletak di tangan rakyat negeri itu sendiri, merekalah yang mencorakkan kehidupan mereka dan anak cucu mereka di masa depan sama ada terus kekal dengan BN atau BA. Mereka sendiri boleh membuat penilaian manakah parti yang benar-benar berkebajikan kepada rakyat sama ada BN atau PAS selepas kerajaan yang ditadbir kedua-duanya bertukar tangan sebelum ini.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising