Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, February 11, 2008

Rakyat tidak selamat di bawah BN

Dalam fikiran saya ketika ini ialah saya cukup merasa bimbang terhadap generasi keturunan saya di masa depan sekiranya Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara ini.

BN/Umno telah banyak menunjukkan contoh buruk kepada kita tentang betapa parti itu tidak berupaya membendung peningkatan kadar jenayah sehingga setiap individu di negara ini tidak akan terasa aman dalam erti sebenarnya walaupun tinggal dalam rumah sendiri.

Saya umpamakan keamanan yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini bagaikan air sungai yang tenang tetapi di dalamnya dipenuhi dengan buaya yang sentiasa mencari peluang untuk membaham mangsanya.

Begitulah situasi kemakmuran dan keamanan yang digembar-gemburkan BN. Parti itu berhasrat menutup mata rakyat dengan mendakwa kononnya negara ini aman dan damai tetapi keamanan dan kedamaian itu hanya palsu semata-mata.

Istilah keamanan dan kemakmuran itu sudah tidak relevan lagi dengan situasi negara hari ini kerana setiap hari berlaku rompakan, rogol, kecurian, ugutan dan pencabulan terhadap maruah wanita serta kanak-kanak.

Kanak-kanak hilang mencalari erti keamanan itu sebenarnya sekaligus menggambarkan kelemahan ketara kerajaan BN.

Bagaimanaoun kelemahan itu ditutup dengan menggunakan media. Sejak kebelakangan ini sengaja media tidak menyiarkan keburukan jenayah secara berleluasa kerana ia membawa kesan buruk kepada BN ketika berdepan dengan suasana pilihan raya umum yang semakin hampir sekarang.

Pihak Polis biasanya mengeluarkan statistik setiap tahun mengenai kejadian jenayah sesebuah negeri itu sama ada meningkat atau menurun. Bagaimanapun difahamkan sehingga hari ini polis Terengganu masih lagi tidak mengeluarkan kadar jenayah di negeri itu bagi tahun lalu.

Jika adapun, akhbar atau media lain masih tidak mengeluarkan fakta mengenai kadar jenayah tersebut.

Sebagai contoh kejadian jenayah ugut di sekitar Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memang menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini termasuk juga di sekitar Masjid Abidin atau Masjid Putih Kuala Terengganu.

Seorang anak lelaki saya pernah diperas ugut oleh dua remaja lelaki di sekitar masjid berkenaan. Wang dan handphone miliknya telah diragut atau dirompak oleh kedua remaja berkenaan. Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu tidak lama dahulu.

Saya agak dukacita kerana pihak polis menengking anak saya ketika disoal siasat selepas membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah di balai berkenaan. Sepatutnya si mangsa tidak perlu ditengking-tengking kerana dia tidak bersalah dan dia bukan penjenayah.

Bagaimanapun saya percaya polis sentiasa memantau keadaan di sekitar bandar Kuala Terengganu dan segera bertindak menangkap mereka yang disyaki terbabit dengan perbuatan jenayah itu.

Ketika saya menghantar dua orang anak saya ke stesen bas itu untuk ke Shah Alam di satu malam, saya menyaksikan bagaimana polis menangkap seorang anak muda di sekitar stesen bas itu dan membawanya dengan kereta peronda untuk di bawa ke balai polis Kuala Terengganu tidak berapa jauh dari situ.

Yang saya mahu ceritakan di sini ialah betapa tidak selamatnya kita berada dalam negara Malaysia hari ini sekaligus ternafilah dakwaan pemimpin Umno khususnya Presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri bahawa negara ini aman dan damai.

Justeru untuk menyelamatkan negara kita dari terus dirundung malang dengan peningkatan kadar jenayah dari hari ke hari, kita mesti menukar parti yang membuat dasar negara kita iaitu BN kepada parti lain iaitu pakatan politik di bawah Barisan Alternatif (BA).

Nah, pilihan raya umum ke 12 inilah peluang terbaik rakyat negara ini untuk menukar kerajaan sekaligus menukar dasar pemerintahan negara dari sentiasa dirundung malang kepada negara yang berkebajikan, adil dan sejahtera di bawah BA.

Fikir-fikirkanlah dan berusaha untuk kebaikan anak cucu kita di masa depan. Janganlah lagi kita terpukau dengan lidah tidak bertulang pemimpin Umno yang menawarkan pembangunan kebendaan sedangkan ia bukan untuk kebaikan kita sepenuhnya.

Sebaliknya ia untuk kepentingan memberi projek kepada kroni BN dan mengkayakan pemimpin-pemimpin mereka semata-mata.

Justeru marilah kit amenggunakan mandat rakyat, mengundi dalam pilihanraya umum akan datang ini untuk menentukan nasib kita dan masa depan anak cucu kita di bawah BA.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising