Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, February 10, 2008

Pelancong merungut Masjid Kristal Tak Siap


Siapa yang gembira dengan Taman Thema Pulau Wan Man Kuala Terengganu? Yang saya tahu pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kuncu-kuncunya termasuk guru-guru hadhari sekolah-sekolah kerajaan yang masih pekat taksubnya kepada Umno saja yang suka dengan projek itu.

Kebanyakan pengunjung luar termasuk dari Selangor, Perak, Johor dan lain-lain negeri semuanya berpendapat BN terlalu kalut promosikan taman itu sedangkan ia masih tidak siap sepenuhnya.

Kata mereka beberapa hari lepas bolehlah pengunjung datang dengan percuma. Hari ini dan seterusnya perkhidmatan percuma tidak akan ada lagi.

Saya lihat sendiri baru-baru ini bagaimana Masjid Kristal masih belum siap sepenuhnya lagi. Ini semua gara-gara Umno mahu cari publisiti murahan dengan menggunakan media massa kerajaan dan milik mereka untuk mempromosikan projek itu kononnya inilah pembangunan untuk rakyat yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Janganlah memperbodohkan semua rakyat negara ini dengan kerja-kerja bohong ini. Team Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh hanya mampu menipu setengah orang di negara ini, mereka tidak mampu menipu semua orang.

Antara mereka yang sering ditipu dan dibohongi ialah ahli-ahli Umno dan penyokong-penyokong parti itu. Mereka pemukul rebana yang kuat bunyinya tetapi kosong, tidak ada manfaatnya kepada mereka akhirnya.

Projek Tamadun retorik Pualau Wan Man hanya seperti gendang yang kuat bunyinya ketika dipukul tetapi ia tidak akan memberi makna apa-apa apabila gendang itu tidak berbunyi lagi. Apa lagi sekiranya, gendang itu dilontar ke dalam tong sampah.

Sekarang BN mencanangkan Tamadun Islam dan Islam hadhari kerana mahu menampakkan semacam benda baru kepada rakyat negara ini mengenai Islam tetapi sebenarnya ia sama sahaja dengan segment kempen Islam yang dibuat oleh Umno sejak dahulu sehingga hari ini bertujuan berlawan dengan PAS bagi memancing undi rakyat beragama Islam di negara ini.

Begitu juga Penerapan Nilai-nilai Islam, Bersih Cekap dan Amanah di zaman Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dahulu matlamatnya ialah semata-mata berdepan dengan PAS. Ini dijelaskan sendiri, Nazri Aziz yang lantang bercakap dalam Parlimen bagi pihak Umno.

Umno dan pemimpinnya jangan cuba menjadi penipu berlesen di pentas politik dalam masalah ini kerana penipuan itu akan tetap terus didedahkan dari semasa-masa oleh sesiapa yang cintakan kebenaran walau apa pun akan terjadi.

Manusia yang tidak gunakan akalnya dengan waras sahaja yang tidak perit dengan penipuan dan pembohongan Umno ini.

Rakyat yang bermaruah tidak rela mereka ditipu sepanjang masa oleh BN. Mereka akan berikhtiar bersungguh-sungguh mendedahkan semua penipuan ini sehingga rakyat menolak parti itu dari memerintah negara ini di masa akan datang.


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising