Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, February 9, 2008

Bersediakah rakyat tukar kerajaan?


Khamis lalu saya bersama keluarga meninjau pembangunan Pulau Wan Man dan penduduk sekitarnya termasuk Pulau Ketam dan Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Sebenarnya tidak ada apa yang pelik, sesuatu yang tidak pernah dilihat di pulau itu melainkan bangunan masjid Kristal yang di waktu malamnya bertukar warna.

Lampu pelbagai warna yang dipasang hampir seluruh stuktur bangunan itu bertukar warna setiap beberapa saat.

Naik bot penambang percuma setiap bot 25 orang penumpang terhegeh-hegek masuk dan duduk beberapa minit dalam bot itu setelah naik dari jeti Pulau Ketam. Sampai d jeti di Pulau Wan Man hari telah senja. Manusia berpusu-pusu di jeti pulau itu menunggu untuk menyeberang dan balik ke destinasi masing-masing.

Ramai pelancong Malaysia, tidak nampak seorang pun pelancong asing berkunjung ke situ. masuk ke Masjid Kristal. Hajjah Rogayah Sulong, bekas Qariah negeri Terengganu sedang bertarannum ketika orang ramai solat.

Ini semua gara-gara Islam hadhari yang mengajar orang ramai untuk buat apa sahaja sama ada elok atau tidak elok itu belakang kira.

Ringkas cerita sebelum pulang ada seorang Mak Cik bertanya saya, "Dapat apa dari Perkampungan Hadhari?" Kebetulan hari itu Perkampungan Hadhari masih berlangsung.

"Tak ada apapun," jawab saya ringkas. "Di Langkawi banyak dapat." Mak Cik itu menjelaskan.
Tidak tanya pula apa yang dia dapat dan program apa dibuat di Pulau Langkawi.

Sebelm itu saya dan keluarga menemui penduduk Pulau Duyong berhampiran. Menemui penduduk pulau itu khususnya kaum nelayan yang mendominasikan penduduk pulau berkenaan, mengesani kehidupan nelayan seluruh negeri Terengganu yang menghadapi masalah kehidupan terhimpit akibat ketidaksetabilan pendapatan dan kapitalisme politik dan ekonomi yang diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.

Nelayan mempertikaikan BN masih beranggapan penduduk Pulau Duyong dan sekitar sebagai rakyat kelas ketiga dan bukan penduduk tumpuan parti itu kerana yang lebih penting ialah bagaimana tanah kerajaan di sekitar kampung berkenaan dapat dimanfaatkan untuk projek pembangunan bagi mempastikan kantung Umno dan pemimpinnya terus penuh.

Pembangunan adalah gendang lama dan isu basi Umno untuk kelabui mata rakyat. Ia bagaikan dodoi si ibu agar anaknya tidur dibuaian dengan nyenyak. Begitulah Umno dodoikan rakyat agar mereka terus lena dibuai mimpi indah walaupun mereka terpinggir dari arus pembangunan.

Mereka masih menumpang di tanah kerajaan, mereka tidak layak membuat pinjaman perumahan (home loan) kerana mereka tidak ada slip gaji dan bukan golongan berpendapatan tetap.

Tidak dinafikan banyak projek perumahan dibina di sekitar kampung berkenaan tetapi bukan di kampung itu sendiri. Monsoon Cup menjadi projek untuk menghina penduduk pulau itu kononnya Pulau Duyong popular di persada dunia tetapi hakikat ia bagaikan orang Melayu Pulau Pinang negeri tanah tumpah Perdana Menteri Datuk Seri Utama Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Mereka semakin kurang tinggal di Pulau Pinang kerana mereka tidak mampu memiliki kondominium, hatta rumah murah pun mereka tidak berkemampuan.

Mereka terpaksa berpindah ke negeri Kedah, tinggal di tanah-tanah kerajaan untuk tumpang berteduh dan meneruskan kehidupan di dunia ini. Kasihan orang Melayu Pulau Pinang kerana terlalu mengejar pembangunan sehingga tidak tersedar kampung sendiri terkadai.

Begitulah nantinya akan berlaku kepada Penduduk Pulau Duyong, jika Umno terus diberi kuasa memerintah Terengganu dan negeri-negeri lain. Orang Melayu menjadi mangsa ketamakan kuasa dan kepincangan pembangunan akibat rasuah menjadi raja dan corak budaya pemimpin-pemimpinnya.

Orang Melayu beragama Islam, terus memandang segala perkembangan itu dengan mata sebelah sahaja walaupun mereka mengetahui pembangunan bukan berpihak kepada mereka (hanya berpihak kepada kroni dan konglomerat tertentu).

Seolah-olah mereka tidak berupaya lagi bertindak sesuatu sedangkan kuasa ada di tangan mereka untuk menumbangkan BN dengan tidak lagi mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Inilah senario politik yang menghantui orang Melayu khususnya penduduk Pulau Duyong. Mereka bukan tidak bertindak dan tidak berusaha untuk berubah tetapi kerana politik dangkal masih menjadi amalan mereka, mengundi kerana mahu dapat habuan rasuah pilihan raya sekadar bberepa ratus ringgit dari Umno antara lain mereka mengundi parti itu bukan kerana mahu berfikir bagaimana mencorakkan negeri dan negara dengan dasar politik yang lebih mantap serta bermanfaat kepada diri mereka sendiri.

Mereka menubuhkan pelbagai persatuan termasuk Persatuan Nelayan Pukat Tunda Negeri Terengganu untuk memperjuangkan agar kerajaan membenarkan mereka menangkap ikan di bawah dua batu nautika dari pantai.

Mereka menubuhkan Persatuan Kebajikan Penduduk Pulau Duyong bagi menjaga kebajikan mereka tetapi memang dasar Umno memperkudakan persatuan rakyat untuk kepentingan parti itu, akhirnya perjuangan persatuan tidak mencapai matlamatnya.

Sebenarnya penyelewengan Umno/BN terlalu parah, tetapi bersediakah rakyat Terengganu dan negeri-negeri lain merubah keadaan?

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising