Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, February 4, 2008

Tamadun apa bangunan replika?


Saya sekali lagi ingin menarik perhatian bahawa Taman kononnya Tamaddun Islam di Pulau Wan Man itu bukan sebenarnya tamaddun kerana ia cuma monumen atau replika bangunan-bangunan bersejarah ada kaitan dengan Islam dan ada pula yang berkait dengan kezaliman raja zaman dahulu seperti Taj Mahal itu.

Apa yang bangang sangat Kerajaan Terengganu ini, memasukkan Taj Mahal dalam taman itu dalam kelompok bangunan replika sedangkan menurut sejarahnya Shabuddin Mohammed Shah Jahan (Shah Jahan) yang memerintah rakyat India membina Taj Mahal itu dikatakan menghukum semua boroh pembinaan bangunan itu supaya dicungkil atau dibutakan mata mereka supaya mereka tidak lagi berupaya membuat bangunan serupa itu di masa lain.

Ini maklumat yang saya terima semasa saya belajar di sebuah Kolej di India dalam tahun 1983, Maulana-maulana kolej berkenaan menceritakan kisah sebenar di sebalik pembinaan Taj Mahal itu yang disembunyikan dari pengetahuan umum termasuk tragedi membutakan mata boroh binaan bangunan itu.

Sikap Shah Jahan itu ditonjolkan untuk menyatakan kecintaan tidak berbelah bahagi terhadap Mumtaz Mahal, isteri ketiganya yang meninggal dunia lebih dahlu darinya (She died on June 17, 1631 in Burhanpur in the Deccan (now in Madhya Pradesh) during the birth of their fourteenth child, a daughter named Gauhara Begum. Her body was buried in the Taj Mahal in Agra.-Petikan dari Wikipedia, the free encyclopedia)

Dengan membina bangunan replika itu dikatakan sudah membawa tamaddun? Apa bodoh sangat pemikiran pemimpin-pemimpin Umno ini? Di mana perginya ilmu yang mereka belajar selama ini mengenai tamaddun manusia dan tamaddun Islam?

Kemudian ajak pula orang ramai mengembara merentasi tamaddun Islam. Apa yang bangang manusia pemerintah macam ini, memperbodohkan rakyat dengan suatu yang tidak memaparkan hakikat sebenarnya apa yang dilaksanakan itu.

Saya memang geram dengan tindakan memperbodohkan rakyat seumpama itu kerana Umno sanggup menipu rakyat dengan sesuatu penipuan yang nyata berkenaan dengan pengertian tamaddun Islam sebenar.

Tamaddun Islam sebenar bukan menonton bangunan-bangunan replika yang ditiru dari tempat lain untuk sekadar lawatan pelancong tanpa kembali semula melaksanakan kegemilangan Islam zaman silam dalam erti kata sebenarnya.

Tamaddun Islam bukan bererti membuat bangunan replika dengan membazirkan wang rakyat untuk semata-mata menutup perkara sebenar bahawa Pemimpin Umno dan Konglomerat Petrick Lim telah mengaut keuntungan beratus juta ringgit di sebalik projek Pulau Wan Man itu.

Mana ucapan Idris yang mendakwa kerajaannya tidak suka bercakap sahaja tetapi akan melaksana Islam. Mana Islam yang dilaksanakan Umno di Terengganu, sekadar ajak orang tengok replika, sudah membawa tamaddun Islam?

Saya malu dengan manusia yang mengaku Islam seperti ini kerana tidak sedarkan diri yang mereka menipu hidup-hidup rakyat negeri Terengganu.

Saya anggap apa yang dicakapkan oleh Menteri Besar Terengganu semasa di Pulau Redang beberapa tahun lalu sebagai 'Auta' semata-mata.

Apakah yang dikatakan pembangunan yang tidak pernah dilihat itu seperti apa yang dibuat di Pulau Wan Man dengan menghimpunkan bangunan-bangunan replika yang direka khas untuk menipu rakyat kononnya mereka membawa Tamaddun Islam?

Tidak usahlah percaya lagi dengan parti yang sudah bangkrap idea terus menipu rakyat selepas pilihan raya umum akan datang ini. Cukuplah 50 tahun BN memerintah negara ini dengan segala kepincangan berleluasa sehingga menyusahkan rakyat.

Rakyat jangan mudah lagi diperbodohkan oleh Umno, biar kita ada maruah dan harga diri, jangan lagi dijatuhkan maruah kita oleh parti yang tidak ada maruah itu. Kalau Umno ada maruah dia tidak sanggup menipu rakyat sebegitu rupa.

Kalau Umno parti bermaruah dia tidak biarkan negara ini dirundung malang selama 50 tahun di bawah sistem sekular dan membiarkan rakyat semakin tertekan dengan kebejatan ekonomi dan politik yang mereka rancang dan laksanakan.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising