Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, February 2, 2008

Stesen TV bebas satu keperluan

Media tidak bebas di Malaysia membolehkan Umno terus menjadi bagaikan pasukan bolasepak yang hanya dia yang disediakan tiang gol untuk memperolehi beberapa gol yang dia mahu manakala pembangkang khususnya PAS hanya bertarung tanpa tiang gol.

Satu kepincangan besar politik demokrasi Malaysia, apabila pembangkang tidak ada peluang untuk turut masuk ke rumah-rumah rakyat negara ini, berkempen melalui televisyen serta radio seperti Umno/Barisan Nasional (BN) kerana syarat untuk tujuan tersebut mesti mendapat kebenaran Menteri.

Maksudnya, mana-mana pihak yang ingin memiliki rangkaian televisyen serta radio di negara ini semestinya membuat permohonan dengan kerajaan dan kelulusannya terletak di tangan Menteri (Menteri Penerangan). Dengan kata lain minta dengan Umno. Bila masa Umno boleh dengan rela hati memberi kelulusan lesen untuk pembangkang membuka rangkaian komunikasi berkenaan termasuk akhbar harian.

Jika sukar sangat untuk membenarkan stesen televisyen dan radio kepada pembangkang, berilah peluang kepada pembangkang berkempen menggunakan televisyen dan radio sebagaimana BN di mana-mana rangkaian media arus perdana setiap hari sebagai Umno berkempen setiap hari.

Jika tidak benar satu rangkaian televisyen dan radio yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak. maksudnya, semua pihak dan parti berhak menyiarkan maklumat dan kempen dalam media tersebut dengan bebas selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Penulis sanggup mengendalikan rangkaian televisyen dan radio berkenaan kerana penulis ada pengalaman dalam soal itu.

Jadi, kempen Umno/BN sekarang dan pada bila-bila masa sebelum ini berjalan berat sebelah. Satu kebacolan yang amat ketara dilakukan Umno yang rakyat mungkin sedar atau mungkin tidak tentang bagaimana propaganda parti tidak relevan itu menyalurkan maklumat salah khususnya tentang pembangkang ke rumah-rumah mereka.

Menteri Kerjaraya dan Telekomukasi, Datuk Seri Samy Vellu dilaporkan mula berkempen akan menjaga kebajikan kaum India, akhbar memainkan isu perlu kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar, semua ini disuarakan menjelang pilihan raya umum ke 12 (PRU 12).

Saya nampak Umno/BN terdesak mengeluarkan kenyataan seumpama itu, apabila parti itu tercabar dengan kejayaan Bersih mengadakan dua perhimpunan besar di Kuala Lumpur termasuk menghantar memorendum pilihan raya bersih dan adil ke bawah duli Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Protes kenaikan harga barang baru-baru ini. Ini termasuk juga perhimpunan Hindraf yang menuntut hak kaum India di negara ini.

Itu media yang terpaksa digunakan pembangkang dan golongan tertindas di negara ini setelah ruang kebebasan media lain disekat dan dinafikan hak oleh Umno di negara ini.

Jika BN masih berkeras dengan sikap suka berpihak dan menghalang kebebasan media, saya fikir Bersih dan golongan tertindas di negara ini perlu meneruskan agenda berhimpun walau apapun akan terjadi atau walau apapun tindakan yang akan diambil ke atas mereka.

Hak berhimpun diakui undang-undang negara ini. Rakyat mempunyai kebebasan bersuara dan berhimpun bertujuan melihat demokrasi dan keadilan dipulihkan. Mahkamah sebelum ini memberi keputusan positif terhadap rakyat yang menuntut hak tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jika rakyat mahu melihat mereka tidak lagi dikongkong oleh politik sempit Umno/BN, mereka perlu teruskan agenda berhimpun sehingga sama ada demokrasi sebenar dipulihkan atau Umno berundur dari menentukan percaturan politik negara.

Rakyat tidak boleh berhenti meneruskan agenda ini, kerana rakyat tidak sepatutnya berada begitu lama di bawah kepincangan pentadbiran kerajaan BN kerana mereka terus menerus menerima padah dan akibat buruk hasil kepincangan itu.

Oleh kerana terlalu teruja dan tidak sedar ditipu dengan tawaran pembangunan, orang Melayu akan terpinggir seperti di Pulau Pinang apabila tanah-tanah mereka tergadai ke tangan konglomerat atas nama pembangunan negara.

Setiap pembangunan di rancang Umno, mendatangkan hasil buruk terhadap peminggiran kaum bumiputera terutama golongan miskin tegar dan golongan berpendapatan rendah dan apa-apa taraf ekonomi sekalipun selagi Umno tidak ada kepentingan politik dengan mereka. Sebaliknya jika Umno ada kepentingan untuk meraih sokongan dalam pilihan raya, diusahakan supaya mereka tidak dipindahkan ke kawasan lain.

Konglomerat atau koperat dari Pulau Pinang khususnya Petrick Lim dibawa masuk ke Terengganu untuk projek yang didakwa tidak pernah dilihat sebelum ini. Projek Bandaraya Warisan Pesisir Air menelan belanja beratus-ratus juta ringgit termasuk Taman Tamaddun Islam Pulau Wan, Kuala Terengganu.

Taman itu dipenuhi dengan bangunan-bangunan replika termasuk replika Masjid al-Quds di Palestin, Taj Mahal (tidak ada tamaddun apapun pada Taj Mahal, kerana ia adalah kubur seorang isteri raja di India yang dibina sebagai tanda kasih raja itu kepada isterinya tercinta bukan bangunan bersejarah dalam Islam.), dan replika-replika lain.

Apa yang rakyat dapat dari taman tamaddun itu ialah hanya sekadar menjadi penonton bukan pemilik dan menerima hasil lumayan sehingga menjadi kaya raya (jutawan) kerana perlaksanaan projek berkenaan.

Mereka tidak ubah seperti Pak Kadok dengan Ayam sabungnya, menang sorak kampung tergadai.

kebanyakan rakyat setempat menjadi mangsa pembangunan. Tanah-tanah mereka diambil dan mereka diminta berpindah dari kampung halaman mereka atas nama "Ini satu lagi projek kerajaan BN". Walaupun Projek Pulau Wan Man tidak melibatkan pemindahan tetapi lebih RM200 juta duit rakyat dibazirkan untuk projek sekadar untuk tontonan orang ramai semata-mata.

Langsung papantanda di pasang seluruh bandar di negeri Terengganu bahawa rakyat negeri itu dan seluruh Malaysia diajak berkunjung ke Perkampungan Hadhari yang kini sedang berlangsung di pulau berkenaan untuk kononnya pengembaraan merentasi sejarah Tamaddun Islam.

Melihat replika bangunan-bangunan itu dianggap mengembara merentasi Tamaddun Islam? Apa perkiraan diambil sehingga slogan retorik itu dicipta adakah untuk sekadar sedap dibaca dan disebut semata-mata? Hakikatnya kosong, tidak ada apa yang boleh dibanggakan.

Beratus-ratus ringgit wang rakyat telah dibazirkan semata-mata untuk menonton bangunan-bangunan beku dan kaku yang tidak boleh mengerakkan tamaddun perubahan rakyat negeri Terengganu ke arah melepasi jurang kaya dan miskin, kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang, kemiskinan, pengangguran, diskriminasi politik Umno, gejala sosial yang teruk, jenayah menjadi-jadi, pentadbiran kerajaan tidak telus, penyelewengan dan rasuah di semua lapisan masyarakat.

Ini corak kerajaan yang dhasilkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sejak empat tahun lalu. Permulaan pentadbiran mereka sangat buruk dan menyusahkan rakyat.

Apakah rakyat boleh membenarkan lagi parti dan kepimpinan Umno itu terus menerus menerajui negara? Mereka perlu berfikir dengan akal yang waras dan sikap terbuka serta bebas dari pengaruh mana-mana pihak bahawa mereka perlu menilai semula BN dalam PRU 12 yang semakin hampir sekarang agar mereka tidak terus menerus kecewa dengan sistem politik negara ini di bawah BN di masa akan datang.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising