
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sekali lagi melakukan penipuan melalui kenyataan terakhir beliau pada 21 Mac, 2007. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berasa amat kecewa apabila beliau enggan menjawab permasalahan serius yang diutarakan oleh BERSIH pada 13 Mac 2007 lalu.
Sebagai seorang kakitangan awam, Tan Sri Rashid yang diberikan kuasa seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, beliau bertanggungjawab bagi mengendalikan pilihan raya. Beliau juga diamanahkan untuk menjawab segala pemasalahan yang diutarakan oleh orang awam.
BERSIH berpendapat bahawa kenyataan Tan Sri Abdul Rashid secara sengaja mengendahkan perkembangan-perkembangan terkini di mana Mahkamah-mahkamah telah menyatakan dengan jelas peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, dan proses serta perjalanan pilihan raya secara keseluruhan.
Pada tahun 2001, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pilihan raya Likas, Sabah atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu, termasuk yang bukan warganegara, telah secara bukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian.
Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang berkata SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet senarai pemilih yang mencurigakan, disamping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR serta pihak Kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan dalam senarai pemilih.
Beliau kemudiannya menjawab “tidak terfikir bagi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak mengendahkan bantahan-bantahan tanpa perbicaraan” dan “adalah sesuatu yang salah dari segi perlembagaan bagi SPR untuk menolak buta-buta bantahan-bantahan berkenaan”.
Menurut Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pengundi) (Sabah) 1971, sekiranya seorang pengundi memfailkan bantahan rasmi terhadap wujudnya nama seseorang yang tidak sepatutnya, SPR mestila menjalankan Perbicaraan Awam di mana kedua belah pihak; pihak yang membuat bantahan dan pihak yang dibantah dipanggil untuk disoal.
Walau bagaimana pun, selepas penghakiman Likas, Kerajaan dengan kebenaran SPR membuat pindaan kepada Akta Pilihan Raya 1954 pada Jun 2002 di mana senarai pemilih – sebaik sahaja disahkan atau disahkan semula – “dianggap muktamad dan diterima” dan tidak boleh “dipersoalkan atau membuat rayuan atau dinilai semula, dipinggirkan oleh mana-mana mahkamah.”
Pindaan ini secara efektifnya menolak segala peluang yang ada untuk mencabar kredibiliti dalam senarai pemilih.
Dalam masa beliau dalam keadaan untuk menjadi kebal daripada sebarang petisyen pilihan raya yang bakal wujud dalam senarai pemilih, mengapa Tan Sri Abdul Rashid mencabar pihak yang mengkritik beliau untuk membawanya ke mahkamah?
Tan Sri Rashid juga sedar penilaian penghakiman kes yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) terhadap SPR pada April 2004 berkaitan dengan kepincangan yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke-11.
KeADILan memohon arahan daripada mahkamah – penggunaan beberapa versi oleh senarai-senarai pemilih oleh SPR, yang membenarkan “pondok panas” didirikan pada saat-saat akhir yang jelas bercanggah dengan undang-undang, lanjutan masa mengundi di Selangor sehingga 7 petang, mencatitkan nombor siri pengundi pada kertas ceraian dan samada calon-calon masih boleh bertanding dalam pilihan raya sekiranya didapati bersalah tetapi dalam proses rayuan.
Apakah yang dilakukan oleh SPR? Melalui Peguam Negara yang mewakili SPR di mahkamah, permohonan keADILan dihalang dengan alasan pihak pendakwa menggunakan jalan belakang untuk mencabar pilihan raya dan berkata bahawa sebarang pendakwaan yang berkaitan dengan pilihan raya mestilah dibuat melalui petisyen pilihan raya.
KeADILan telah menyatakan dalam afidavitnya bahawa permohonan yang dibuat bukanlah untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum tetapi mahukan peraturan ditetapkan oleh mahkamah untuk menjelaskan undang-undang sebagai panduan kepada SPR bagi keselesaan dalam pilihan raya di Malaysia.
Tan Sri Abdul Rashid yang meminta kritikan beliau dibawa ke mahkamah adalah jelas sesuatu yang bersifat hipokrit bilamana beliau telah memberi arahan kepada Peguam Negara untuk menghalang dakwaan KeADILan dalam cara berkenaan.
Kami juga ingin mencabar beliau untuk menjawan beberapa persoalan:
1. Kehilangan 10,254 kertas undi di P36 Kuala Terengganu
Berdasarkan keputusan peruntukan yang diumumkan oeh SPR dan dilindungi oleh akhbar perdana selepas pilihan raya 2004, 71,322 pengundi atau 98.39% daripada pengundi hadir dalam tempat pengundian dan menerima kertas-kertas pengundian mereka. Walaupun demikian, 10,254 kertas undi tidak dipulangkan. Dalam erti kata lain, kertas-kertas undi itu hilang samada di meja pegawai yang mengeluarkan kertas undi ataupun di kotak undi.
Apa yang menarik, keputusan peruntukan juga menunjukkan bahawa 10,130 pengundi yang hadir hanya mendapatkan kertas-kertas undi parlimen dan bukannya kertas undi negeri.
Dalam penjelasan Tan Sri Abdul Rashid, kertas-kertas undi tersebut telah dibawa pulang oleh pengundi. Beliau difahamkan bahawa terdapat lebih 10,000 pengumpul kertas undi di Kuala Terenggan, di mana menurut beliau adalah normal bagi manusia yang selalunya mengumpul syiling, setem dan lain-lain lagi.
Kemudiannya, dalam keadaan yang lebih pelik dan diputarbelitkan, keputusan terakhir yang digazetkan pada 12 April 2004 menunjukkan bahawa kertas-kertas undi parlimen dikurangkan kepada 10,237 dan yang hilang sebanyak 10,014 kepada hanya 240. Jadi, apa yang menyebabkan perbezaan dalam angka asal tersebut? Berdasarkan sumber SPR, tidak ada pengiraan semula dijalankan di Kuala Terengganu.
Sekarang, Tan Sri Abdul Rashid dengan bongkaknya berkata, “Apa yang dikatakan tidak telus….bila kita kira, kita tayangkan keputusannya, mengumumkan keputusan-kelutusannya? Semuanya disaksikan dan dibuat secara terbuka…”
Kita mahukan beliau menjelaskan apa yang SPR telah beliau lakukan bagi menghapuskan 10,014 pengumpul kertas undi tersebut di Terengganu. Bagaimana SPR boleh meyakinkan orang awam bahawa tidak terdapat sebarang kemungkinan perkara kotor berlaku dalam proses pilihan raya?
2. 5.486 undi hilang di P74 Lumut
Dalam kaedah yang serupa, di Lumut (P74) 5,486 kertas undi diterima tetapi tidak dipulangkan. Tan Sri Abdul Rashid menjelaskan bahawa pada 13 April 2004 terdapat “….banyak anggota tentera laut yang bertugas di perairan, jadi mereka yang mengundi secara pos tidak dapat menghantar kertas-kertas undi pada waktu yang ditetapkan”.
Berdasarkan kepada buku beliau, Perjalanan Pilihan Raya di Malaysia (1994), undi-undi pos selalunya dikirim lima hari selepas hari penamaan calon.
Orang awam masih berminat untuk mengetahui berkenaan dengan operasi pengawalan perairan dijalankan sehingga melibatkan 5,000 anggota dari 19hb hingga 21hb Mac 2004.
Selain itu, Tan Sri Rashid juga mendedahkan bahawa 67,000 kertas undi pos atau satu pertiga daripada 200,712 yang dikeluarkan ke seluruh negara tidak dipulangkan. Secara teknikal, sekiranya ndi-undi tersebut dipindahkan ke kawasan-kawasan pendalaman dalam menjalankan penipuan, jumlah kawasan yang terlibat ialah sebanyak 38 kawasan.
Bukankah menjadi tanggungjawan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakan tugasnya dengan jujur? Bukankah beliau sepatutnya menyokong cadangan yang dibangkitkan oleh BERSIH untuk memansuhkan undi pos?
3. Maklumat salah bahawa “SPR tidak membuat undang-undang”
Sementara undang-undang parlimen dibuat dan dipinda oleh Parlimen, cadangan-cadangan bagi sebarang pindaan undang-undang datangnya dari SPR. Seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958 memberi kuasa kepada SPR di bawah Seksyen 17, peraturan-peraturan ini hanya diperlukan dibentangkan di Parlimen, di mana SPR mempunyai pilihan untuk membatalkannya.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat pindaan kepaada tiga peraturan terhadap Kaedah Pilihan Raya, Pendaftaran Pengundi dan Undi Pos. Ketiga-tiga peraturan, boleh diperolehi dari http://www.spr.gov.my/index/legislation.htm, yang dimulakan dengan ayat:
“Pada menjalankan kuasa yang berikan oleh seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19], Suruhanjaya Pilihan Raya, dengan kelulusanYang di-Pertuan Agong, membuat peraturan-peraturan yang berikut:”
Adakah Pengerusi SPR tidak malu bahawa beliau telah memberi makumat yang salah kepada orang awam?
Satu-satu jalan yang ada bagi Tan Sri Abdul Rashid ialah keluar
Sebagai salah satu daripada institusi yang mentadbir fungsi demokrasi, Suruhanjaya Pilihan Raya dan pegawai-pegawainya adalah sama penting dengan Penghakiman dan mestilah menjalankan tahap tertinggi dalam integrity dan kredibiliti.
Dalam tindakan yang terdesak untuk membela dirinya dan maruah SPR, malang bagi Tan Sri Abdul Rashid yang selanjutnya mempamirkan kelemahan SPR dan ketidakupayaan dalam menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil, dan sikap beliau yang tidak bercakap benar.
Atas nama Negara dan demokrasi, kami mendesak agar Tan Sri Abdul Rashid meletakkan jawatan sekarang, secara hormat.
P/S-Sila bantu saya untuk uruskan blog ini dengan memberi sumbangan anda ke akaun saya di may bank 163019288570.





