Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, January 23, 2008

BN ke arah parti pembangkang


Umno Terengganu nampaknya cukup bimbang dengan senario politik negeri itu sekarang apabila memasang beberapa slogan termasuk "Kami Mahu Idris Jusoh kekal MB" dan "Malaysia Negaraku, Terengganu negeriku, BN partiku".

Mengapa Dato' Seri Idris Jusoh tidak perlu dikekalkan bahkan Barisan Nasional (BN) perlu dihentikan dari memerintah Malaysia serta Terengganu khususnya? Banyak hujah atau faktor boleh dijelaskan betapa perlunya parti itu bertukar menjadi pembangkang di negara ini.

Ini kerana khazanah negara dan sosial rakyat tidak pernah selamat di bawah pemerintahan BN. Bahkan ia menjadi bertambah buruk di zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Janji BN yang ditabur kepada rakyat Terengganu ialah janji kosong dan bohong semata-mata. Yang nampak jelas ialah pembangunan untuk hanya rakyat menjadi penonton seperti cerita Pak Kadok bersama ayam sabungnya, menang sorak kampung tergadai.

Rakyat semakin tersisih di bawah BN Terengganu. Kemiskinan semakin parah, kehidupan semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang hampir setiap bulan. Kos hidup tinggi sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat, peluang pekerjaan tidak banyak, pengangguran menjadi-jadi, inflasi meningkat, kes jenayah semakin bertambah dan banyak lagi kepincangan serta kesusahan berlaku.

Semua peristiwa berkenaan menunjukkan keupayaan BN sebagai kerajaan sudah berakhir dalam tempoh 50 tahun usia perkhidmatannya kepada negara dan rakyat.

Rakyat kebanyakannya sudah berpelajaran dan tidak lagi terkongkong dengan pengaruh propaganda BN melalui media bersifat bias milik parti itu.

Keupayaan pemerintahan negeri di bawah PAS, Barisan Alternatif (BA) Terengganu dan Kelantan sudah terbukti lebih baik dan bersifat mesra rakyat dan berkebajikan berbanding pentadbiran Umno/BN.

Kebaikan bukan sekadar cakap tetapi dibuktikan dengan perlaksanaan semasa pemerintahan kepimpinannya yang lebih dinamik dan bermaruah.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat sebagai menteri besar Kelantan banyak mempelopori pembaharuan dalam soal menjaga kebajikan rakyat dengan melancarkan program armalah dan kaffalah yang terkenal itu bagi membiayai golongan warga emas dan ibu tunggal yang kini terhimpit dengan masalah ekonomi dan kesan sosial akibat kepincangan politik BN.

Terengganu di bawah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, mempelopori penyelesian masalah kependudukan rakyat negeri itu dengan meluluskan lebih 60,000 lot tanah sepanjang empat tahun pemerintahannya untuk didiami dan dimanfaatkan sebagai asas kediaman dan pertanian kepada rakyat yang kini dihapuskan BN.

BN telah menggunakan tanah-tanah rakyat untuk kononnya atas nama pembangunan bagi mempastikan kroni parti mendapat manfaat untuk membolot kekayaan. Wang rakyat digunakan bagi membeli undi mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Agenda pembangunan hanya gendang lama yang dipalu untuk melekakan rakyat dari menunaikan peranan sebenar menjaga negeri dan negara mereka dari terus dipimpin manusia dan parti yang korup dan bengkrap prinsip dan idea seperti Umno/BN.

Pembangunan yang dikompangkan itu hanya fatamorgana yang dilihat indah tetapi manfaat kepada rakyat, tidak seindah yang dilihat.

Itulah apa yang dibangunkan di Terengganu, dengan bandaraya pesiri airnya di Kuala Trengganu, hanya sekadar mewujudkan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, untuk indah ditonton, kononnya untuk menarik pelancong ke negeri itu.

Kehidupan rakyat berhampiran Pulau itu bagaimana? Adakah lebih indah dari Taman itu? Tidak, mereka hanya menjadi penonton melihat tanah-tanah mereka diambil untuk projek pembaziran seperti itu sedangkan kehidupan mereka tidak berubah.

Ini sebenarnya strategi Umno untuk terus menguasai rakyat Terengganu. Umno mahu rakyat negeri itu dan negeri lain terhimpit dan susah supaya mereka sentiasa terikat dengan bantuan kerajaan di bawah kelolaan parti itu.

Ketika wang ihsan diserahkan kepada rakyat miskin dan mereka yang inginkannya, sentiasa diingatkan tanggungjawab mereka untuk mengundi BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Nah, inilah letaknya strategi mengekalkan kemiskinan rakyat Terengganu walaupun lebih teruk dari nombor dua dalam Malaysia supaya mereka kekal di bawah pengaruh parti itu sehingga BN dikekalkan lagi sebagai kerajaan bukan pembangkang.

Bagi saya adalah lebih baik BN menjadi pembangkang kerana kemampuan mengurus tadbir negeri dan negara semakin terhakis dari semasa ke semasa.

Dalam soal menjadikan parti itu sebagai parti mesra undang-undang, ia terbukti gagal apabila banyak kes membabitkan politik dan undang-undang, pembangkang berjaya mendapat kemenangan.

Dalam kes Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu melawan Kerajaan Malaysia berkait dengan ceramah di Negeri Sembilan, beliau memenangi kes perbicaraan di negeri itu atas hujah tidak perlu permit polis ketika berceramah dalam permis persendirian. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah membuat keputusan semua pihak khususnya kerajaan pelu menghormati hak rakyat untuk berhimoun di negara ini kerana ia termaktub dalam perlembagaan selagi tidak menggugat keselamatan negara bukan keselamaan Umno.

Dan banyak lagi kes-kes lain membuktikan Umno kecundang dengan undang-undang yang diciptanya sendiri, menunjukkan masa untuk BN menjadi kerajaan sudah tamat.

Rakyat tidak boleh membiarkan parti berterusan memegang polisi negara sebagai pemerintah bagaimanapun tidak menjadi masalah mereka membenarkan parti itu berpeluang menjadi pembangkang yang kuat agar parti-parti lain termasuk PAS, Parti Keadilan Rakyat dan lain-lain di bawah BA bersatu membentuk negara Malaysia baru iaitu negara berkebajikan menggantikan negara penuh penyelewengan, jenayah dan korupsi di bawah BN.

Sebagai pembangkang rakyat yang masih segan untuk meninggalkan BN berpeluang mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang seadanya agar tidaklah mereka terkilan sangat dengan kegagalan parti itu memerintah semula Malaysia pada masa akan datang.

Dengan itu demokrasi di Malaysia berkembang dengan subur, media diberi kebebasan atas dasar kebebasan bermaklumat selagi tidak mengancam dan menggugat keselamatan negara bukan seperti sekarang.

BN akan menyekat mana-mana media sekiranya ia dapati insitusi berkenaan menggugat keselamatannya bukan negara.

Menggugat keselamaan negara atau kesetabilan politik negara hanya sebagai alasan untuk menyelamatkan Umno/BN supaya kekuasaannya sebagai kerajaan dikekalkan sehingga Polis diperalatkan begitu rupa untuk tujuan tersebut.

Justeru rakyat perlu berfikir untuk melaksanakan tugas menjadikan BN sebagai pembangkang bukan lagi kerajaan mulai saat ini.

VCD Suwandi & Azman Teraniaya siap


Video Dokumentari Berjudul Suwandi dan Azman Teraniaya sebagaimana dijanjikan sudah siap untuk dijual dan diedarkan ke seluruh negara mulai hari ini.

Sesiapa berminat untuk mengedar dan membeli video berkenaan sila hubungi saya ditalian 013-9060111.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising