Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, January 21, 2008

Suwandi dan Azman diikat jamin


Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 20 Januari lalu memutuskan Suwandi Abdul Ghani, 38 dan Muhammad Azman Aziz, 21 diikat jamin masing-masing dengan bayaran RM3,000 dengan seorang penjamin.

Keputusan itu dibuat selepas peguambela kedua-dua tetuduh memohon mengkaji semula keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, yang tidak membenarkan mereka diikatjamin.

Berikutan itu kedua-duanya ditahan di Penjara Terbuka Marang kira-kira sebulan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Tuan Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan bahawa kedua-dua berhak mendapatkan keselesaan untuk menemui peguam masing-masing bagi persiapan menghadapi perbicaraan kes berkenaan.

Penahanan di penjara katanya, mengakibatkan tertuduh tidak memperolehi keselesaan sewajarnya bagi urusan berkenaan kerana mereka terikat dengan peraturan dan prosedur pentadbiran penjara.

Yang pentingnya undang-undang umum sedia ada bagi kes jenayah menyebut bahawa seseorang itu tidak boleh ditahan jika tidak lagi dibuktikan ianya bersalah, seseorang itu boleh ditahan untuk tujuan siasatan dan seseorang itu perlu ditahan jika ia boleh menjejaskan keselamatan negara atau ketenteraman awam.

Katanya, kedua-duanya tidak dibuktikan telah menyebabkan terjejasnya ketenteraman awam atau keselamatan negara.

"Apa yang didedahkan oleh pendakwa pembabitan kedua-duanya dalam kejadian berkenaan boleh disifatkan sebagai spekulasi semata-mata kerana ia tidak pernah dibuktikan lagi, kesahihannya di mahkamah," jelas beliau.

Beliau berkata, mahkamah berkenaan tidak berperanan untuk membicarakan kes pendakwa tetapi ia hanya memutuskan permohonan peguambela tertuduh sahaja dalam kes terbabit.

Kedua-duanya dituduh bersama-sama 18 orang lain melanggar Akta Polis kerana melibatkan diri dalam perhimpunan tidak diberi permit di Batu Burok, Kuala Terengganu 8 September tahun lalu .


Semua tuduhan tersebut telah dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Hassan Abdul Ghani semalam.

Kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah dan memohon mahkamah untuk membicarakan kes terbabit.

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail memgetuai pasukan pendakwaraya manakala Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat, Haji Mohd. Hanifa Maidin mengetuai peguambela bagi mereka tertuduh.

Sebelum ini di Mahkamah Tinggi peguambela mereka telah berhujah menjelaskan kemunasabahan kedua-duanya perlu diikat jamin kerana mereka tidak pernah dibuktikan sebagai antara yang menyebabkan kecederaan seorang kononnya anggota polis dalam Tragedi Berdarah Batu Burok 8 September tahun lalu.

Atas motif ini kedua-duanya ditahan dan tidak dibenarkan ikat jamin tanpa mengambil kira bukti kukuh kedua-duanya memukul polis terbabit.

Mohd. Hanipa berhujah kedua-kedua tertuduh perlu dibuktikan suspek yang memukul polis dalam peristiwa tersebut.

Bagaimanapun dalam laporan polis konstabel Abdul Aziz (saksi bagi pihak pendakwa) tidak menyebut kedua-dua tertuduh terbabit memukulnya.

Bagaimanapun Gani berhujah kedua-duanya terbabit dengan peristiwa itu kerana hadir ke kawasan tempat letak kereta Hotel Permain Inn dan terkena tembakan polis terbabit.

"Tembakan pistol terkena pada jarak dekat, takkan kedua-duanya berada jauh dari situ kerana kedua-duanya terkena tembakan tersebut," jelasnya kepada mahkamah.

Sementara itu Dato' Haji Wan Abdul Muttalib ketika penghujahan balas berkata, kedua-duanya terperangkap dalam suasana polis melepas pancutan air berasid dan gas pemedih mata di tempat kejadian di Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu tarikh berkenaan.

Kedua-duanya mahu mengetahui sama ada ceramah Bersih di Batu Burok ada atau sebaliknya tetapi terperangkap dengan kejadian tersebut.

Mohd Hanipa pula berkata, kedua-duanya tidak sepatutnya ditahan kerana kedua-duanya tidak pernah dibuktikan terbabit dengan peristiwa mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Tidak ada bukti kukuh untuk membolehkan kedua-duanya terbabit mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara pada bila-bila masa," katanya.

Pada 9 Disember lalu,
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Hassan Abdul Ghani memutuskan Suwandi dan Azman, tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan di Penjara Terbuka Marang.

Hassan membuat keputusan itu setelah mendengar hujah daripada pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak pembela yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas.

Turut berhujah mewakili tertuduh ialah Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Abdul Muttalib Embong.

Turut mendengar keputusan itu ialah Naib Presiden dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub.

Perbicaraan kes dakwaan melanggar Akta Polis masih berjalan di Mahkamah Sesyen sehingga 31 Januari ini.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising