Sharlinie, ke mana engkau pergi....
Oleh Suhaimi Taib

Isu menarik minggu ini ialah kehilangan Sharlinie (Linie) binti Mohd Nashar, 5 dari Taman Medan, Petaling Jaya satu tragedi berulang dan terus berulang akibat sistem perundangan negara yang tidak lagi digeruni oleh penjenayah kerana ia tidak ada roh keberkatan dari Pencipta alam semesta.Undang-undang tanpa restu itu tidak menggerunkan sesiapa lagi sekaligus jenayah bermaharajela di Malaysia, hatta anak-anak kecil terancam keselamatannya atau semua lapisan masyarakat berada dalam tidak selamat.
Penjenayah, jika masih mempunyai hati perut dia perlu bertanya, "bagaimana kalau anak aku yang diculik, dirogol, dibunuh atau dilakukan sesuatu dengan kejam?" "Bagaimana kalau adik aku yang dibunuh, dirogol, diculik." Atau "Bagimana kalau anak saudara aku yang dilakukan tindakan kejam itu?"
Tetapi apakah semua ini penjenayah mahu mengambil kira? melainkan dia insaf dan bertaubat. Tetapi sejauh mana semua itu menjadi kebiasaan kepada penjenayah untuk bertaubat dalam suasana masyarakat tidak berupaya mendorong penjenayah bertaubat.
Yang telah dibebaskan dari penjarapun masih kembali melakukan jenayah. Walaupun Sharlinie masih belum ditemui dan tidak diketahui statusnya sehingga hari ini, namun peristiwa menyayat hati yang berlaku ke atas Nurin Jazlin Jazimin, 8 masih segar dalam ingatan.
Ia dibunuh, dirogol dengan kejam dari manusia yang sudah tidak ada perikemanusiaan bahkan lebih bersifat syaitan manusia, bukan lagi binatang. Binatang pandai sayang kepada anaknya, tidak akan memijak anaknya jika berada di bawah perutnya. Saksikan sendiri wahai manusia yang mahukan petunjuk. dan punyai hati perut...
Anak Linie, seorang lagi insan tidak berdosa hilang dari pangkuan ibu bapanya. Saya cukup bersedih dengan kehilangan itu tetapi saya juga cukup bersedih dengan slogan Barisan Nasional (BN) dalam Billboard yang dipasang seluruh negeri Terengganu yang mendakwa 'keselamatanmu terjamin' di bawah BN.
Satu slogan kosong bertujuan untuk mengelabui mata rakyat negeri itu kononnya parti berkenaan boleh menjamin keselamatan kanak-kanak negara ini dari ancaman sebagaimana yang berlaku ke atas kedua anak kecil itu.
Jelas, slogan itu hanya tinggal slogan sekaligus sepatutnya BN Terengganu malu dengan perbuatannya sendiri memasang papan tanda bodoh dan bohong itu kerana ia tidak sedikitpun menggambarkan apa yang berlaku.
Negara ini terancam dengan kejadian jenayah di merata tempat di seluruh negara. Jadi, dengan kejadian itu, walaupun satu dua kes berlaku pada sesuatu masa tetapi ia merupakan satu jumlah yang menggerunkan jika dikumpulkan.
Bahkan memang statistik jenayah negara hari ini menggerunkan walaupun suasana kehidupan negara nampak tenang sahaja tetapi jangan sangka air yang tenang tidak ada buaya.
Saya sebagai mengamal media dan tidak kurang dari 15 tahun berkecimpung dalam bidang ini, dengan pengamatan dan kajian saya memang Malaysia menjurus ke arah negara tidak aman sepenuhnya sedikit masa lagi.
Ini kerana undang-undang negara tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah bahkan dengan sistem pemerintahan BN ini, ia memberi impak kepada meningkatnya kadar pertumbuhan jenayah dari setahun ke setahun.
Jenayah Meningkat 43 % di bawah Pak Lah
Nathaniel Tan, 17 January 2008
BM, Nat | Leave a Comment
Kita semua kenal seorang yang telah menjadi mangsa jenayah. Sharlinie dan Nurin malangnya hanya mangsa terkini peningkatan kadar jenayah yang menggerikan.
Sejak Perdana Menteri Abdullah Badawi menyandang jawatan, jenayah telah meningkat sebanyak 43 peratus sdetahun. Di antara 2005 dan 2006, kes ganas meningkat sebanyak 91 peratus dan terus meningkat dalam tahun 2007.
Kes ragut, rompak dan pecah masuk merupakan peningkatan yang paling parah, tetapi kes-kes rogol dan bunuh juga meningkat.
Peliknya, kerajaan fikirkan rakyat yang bersalah dan bertanggungjawab atas peningkatan ini.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharum mendakwa bahawa “Kes ragut biasanya berlaku apabila mangsa cuai dengan barang-barang mereka. Sikap ini memberi peluang kepada peragut untuk bertindak.” (The Star, 22/12/06)
Perdana Menteri Abdullah Badawi pula rasakan bahawa rakyat tidak cukup membelanja untuk keselamatan: “Pemilik bangunan atau penghuni akan diwaijbkan membiayai sendiri pemasangan CCTV, termasuk menggaji orang untuk menjaga sistem tersebut.” (The Star, 9/1/08)
Walaubagaimanapun, sudahkah kerajaan memenuhi tanggungjawabnya untuk menjamin keselamatan rakyat?
Kenapa rasanya lebih polis ditugaskan untuk mencari pengedar video lucah Chua Soi Lek dari yang ditugaskan mencari penculik Sharlinie?
Wajarkah 500 pegawai polis ditugaskan menjaga kurang dari 100 orang yang menyertai perhimpunan awam peguam-peguam untuk menyambut Hari Hak-hak Asasi Antarabangsa?
Pimpinan Kementerian Pertahanan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah melihat bayaran komisyen hampir RM 1 billion dibayar dalam transaksi kapal selam dan jet kapal terbang.
Komisyen lebih tinggi bermaksud kos lebih tinggi. Oleh itu, rakyat akhirnya yang menanggung beban pembayaran RM 530 million kepada individu-individu seperti Abdul Razak Baginda. Pada masa yang sama, kerajaan kononnya tak cukup duit untuk menjamin keselamatan di kediaman-kediaman kita.
Kita juga mesti tanya jika mana-mana syarikat CCTV yang baru dibentuk akan tiba-tiba untung dengan pengumuman yang berkenaan dengan CCTV.
Mungkin kerajaan akan cukup wang untuk melindungi rakyat jika RM 4.4 billion yang dijimat akibat kenaikan harga petrol tidak dibuang sekaligus dalam pemberian ‘pinjaman lembut’ RM 4.6 billion kepada projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dilanda kejadian rasuah.
Bayangkan beberapa banyak yang dapat dibelanjakan untuk keselamatan asas rakyat sekiranya wang tidak hilang ke dalam lubang-lubang hitam sebegini.
Memandangkan kegagalan-kegagalan pihak berkuasa, rakyat perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan awam.
Kerajaan harus difahamkan bahawa rakyat memandang serius isu ini. Jika pihak berkuasa gagal bertindak, rakyat terpaksa bergantung kepada peti undi untuk menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan.
Apakah undi kita akan memuji sikap kerajaan terhadap jenayah? Atau akan kita memaklumkan dengan jelas kehendak rakyat untuk sebuah Malaysia yang aman dan selamat?






