Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, January 15, 2008

Keputusan ikat jamin 20 Januari ini




Permohonan untuk Mahkamah Tinggi membenarkan ikat jamin Suwandi Abdul Ghani, 39 dari Binjai Rendah Marang dan Muhammad Azman Aziz, 22 dari Kuala Terengganu akan diputuskan hakim mahkamah itu pada 20 Januari ini.

Semalam, peguambela mereka telah berhujah menjelaskan kemunasabahan kedua-duanya perlu diikat jamin kerana mereka tidak pernah dibuktikan sebagai antara mereka yang menyebabkan kecederaan seorang kononnya anggota polis dalam Tragedi Berdarah Batu Burok 8 September tahun lalu.

Suwandi dan Muhammad Azman didakwa di bawah Akta Polis 1967 dan kononnya mengancam ketenteraman awam dan keselematan negara.

Atas motif ini kedua-duanya ditahan tanpa mengambil kira bukti kukuh kedua-duanya memukul polis terbabit.

Peguambela mereka terdiri dari Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Mohd. Hanipa Maidin, Dato' Wan Abdul Muttalib Embong dan beberapa orang peguambela lain. Manakala pendakwaraya terdiri Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan dua rakannya yang lain.

Mohd. Hanipa berhujah kedua-kedua tertuduh perlu dibuktikan suspek yang memukul polis dalam peristiwa tersebut.

Bagaimanapun dalam laporan polis konstabel Abdul Aziz (saksi bagi pihak pendakwa) tidak menyebut kedua-dua tertuduh terbabit memukulnya.

Bagaimanapun Gani berhujah kedua-duanya terbabit dengan peristiwa itu kerana hadir ke kawasan tempat letak kereta Hotel Permain Inn dan terkena tembakan polis terbabit.

"Tembakan pistol terkena pada jarak dekat, takkan kedua-duanya berada jauh dari situ kerana kedua-duanya terkena tembakan tersebut," jelasnya kepada mahkamah.

Sementara itu Dato' Haji Wan Abdul Muttalib ketika penghujahan balas berkata, kedua-duanya terperangkap dalam suasana polis melepas pancutan air berasid dan gas pemedih mata di tempat kejadian di Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Kedua-duanya mahu mengetahui sama ada ceramah Bersih di Batu Burok ada atau sebaliknya tetapi terperangkap dengan kejadian tersebut.

Mohd Hanipa pula berkata, kedua-duanya tidak sepatutnya ditahan kerana kedua-duanya tidak pernah dibuktikan terbabit dengan peristiwa mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Tidak ada bukti kukuh untuk membolehkan kedua-duanya terbabit mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara pada bila-bila masa," katanya.

Peguambela kedua-dua tertuduh sebelum itu memohon mahkamah supaya mengkaji semula keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Hassan Abdul Ghani.

Pada 9 Disember lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Hassan memutuskan Suwandi, 38, dan Muhammad Azman, 21, tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan di Penjara Terbuka Marang.

Mahkamah Sesyen itu mengekalkan keputusan tidak membenarkan mangsa tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah Batu Burok pada 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz tidak dibenarkan ikat jamin.

Hakim Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu setelah mendengar hujah daripada pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak pembela yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas.

Turut berhujah mewakili tertuduh ialah Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Abdul Muttalib Embong.

Turut mendengar keputusan itu ialah Naib Presiden dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub.


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising