Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, January 10, 2008

Pelancong terkejut beruk



Oleh Herman Samsudeen


Pelancong-pelancong asing yang datang ke Malaysia terkejut beruk dan tidak yakin mereka telah sampai ke negara ini sebaik sahaja keluar dari kapal terbang di KLIA dan lapangan terbang lain dinegara ini. Sesetengah pelancong terpaksa merujuk ke kaunter khidmat pelanggan Kementerian Pelancongan untuk mendapatkan kepastian bahawa ini adalah negara Malaysia atau tidak.


Insiden ini sebenarnya sering berlaku kerana pengurusan Malaysian Airport Berhad (MAB) telah menggaji begitu ramai pekerja asing yang terdiri dari rakyat Indonesia, Nepal dan Bangladesh. Para pelancong yang datang dari Indonesia berasakan mereka masih lagi berada di Indonesia walaupun hakikatnya telah sampai disini.



Tidak kurang juga yang membelek-belek semula tiket mereka dan bertanyakan pada pramugari dan juruterbang kerana takut tersalah destinasi.


Berikutan dari itu, Kabinet Mengenai Pelancongan membuat keputusan agar semua urusan di lapangan terbang yang membabitkan pelancong mestilah dikendalikan sepenuhnya oleh warga tempatan.


“Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan menetapkan bagi lapangan terbang utama seperti KLIA yang mempunyai urusan dengan pelancong hendaklah dikendalikan oleh warganegara tempatan.


“Kita akan buat dalam bentuk arahan kepada Malaysia Airports Bhd. (MAB) bagi memastikan bukan sahaja MAB, malah operator bagi perkhidmatan yang menggunakan penyumberan luar (di lapangan terbang) hendaklah terdiri daripada warganegara tempatan,” kata Timbalan Perdana Menteri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Putrajaya semalam.



Menjelaskan mengenai keputusan berkenaan, Menteri Hal Ehwal Dan Negeri, Radzi Sheikh Ahmad berkata, kerajaan itu memberikan isyarat yang jelas bahawa lapangan terbang utama di negara ini sepatutnya bebas daripada pekerja asing.


Ini, tambahnya, termasuk pekerja-pekerja yang menolak troli dan mengangkat bagasi para pelancong asing harus di kalangan rakyat tempatan.


“Termasuk mereka yang melakukan kerja di tandas-tandas di lapangan terbang, kita mahu ia juga pekerja tempatan,” katanya.


Begitulah kucarnya Kabinet Malaysia bila mana masalah pekerja asing ini akhirnya turut ditegur oleh pelancong dari luar negara. Memang memalukan, dan kebergantungan pekerja asing sebenarnya berpunca dari sikap BN yang memanjakan syarikat yang diuruskan oleh kroni mereka seperti MAB untuk menggaji pekerja asing dengan begitu ramai.


Sewajarnya pekerja tempatan diberikan keutamaan dan prasarana yang sama seperti pekerja asing ini untuk menarik perhatian mereka diberikan. Kebanyakkan majikan tidak menyediakan kediaman dan elaun makan untuk pekerja buruh tempatan walaupun kadar gaji mereka sama dengan warga asing ini yang telah menerima semua kemudahan tersebut.


Memang tidak dinafikan bahawa segelintir pekerja tempatan tidak berminat dengan kerja sebagai tukang cuci, tetapi harus diingat bahawa tidak semuanya bersikap begitu.


Diharapkan pihak Kerajaan tidak melaksanakan dasar ini di KLIA sahaja, sewajarnya ianya turut dilakukan dikompleks-kompleks niaga tumpuan pelancong, hotel, resort dan juga beberapa industri yang boleh diambil alih oleh pekerja tempatan.


Jika tidak, pelancong akan terkejut lagi bila memasuki hotel yang dibersihkan oleh pekerja Indonesia. Nanti mereka ingat, mereka bercuti diDenpasar atau di Jakarta pula.

BN senang rakyat susah


Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh (Pak Yeh) mendakwa kononnya negeri itu lebih makmur di bawah Barisan Nasional (BN) berbanding di bawah PAS. Satu pembohongan nyata bersifat retorik untuk membenarkan pemimpin parti itu memang jenis cakap tidak serupa bikin.

Kemakmurankah namanya apabila berhimpun untuk mengadakan ceramah seperti di Batu Burok, Kuala Terengganu 8 September tahun lalu tidak dibenarkan? Bahkan dua individu, Suwandi Abdul Ghani, 38 dan Muhammad Azman Aziz, 21 yang kini dikurung dalam Penjara Marang ditembak dengan menggunakan peluru hidup.

Orang yang ditembak dipenjarakan manakala orang yang menembak lepas bebas. Kemakmurankah namanya ini?

Kemakmurankah namanya, apabila rakyat terus berada dalam kemiskinan dan kesempitan hidup, dengan kenaikan harga barang, perniagaan yang tidak memberangsangkan, kurangnya peluang pekerjaan diwujudkan dan kerajaan yang tidak mesra kakitangan?

Setelah hampir empat tahun BN ditampuk kekuasaan, segala yang dijanjikan oleh parti itu masih jauh untuk dicapai. Bahkan janji BN hanya tinggal janji, ia sukar untuk dilaksanakan oleh parti itu.

Apa yang berlaku ialah penggabungan tiga agensi kerajaan termasuk Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Yayasan Terengganu (YT) bakal menyaksikan 430 kakitangan kerajaan hilang pekerjaan.

Sebelum gabungan dibuat, kakitangan terkumpul seramai 1,370 orang. pengabungan itu dibuat kononnya atas alasan untuk menyerapkan kakitangan bertaraf kontrak kepada jawatan tetap.

Exco Kerajaan negeri itu, Rosol Wahid dilaporkan berkata penyerapan sepenuhnya kakitangan berkenaan ke jawatan tetap dibuat selewat-lewatnya hujung tahun 2004.

Namun sehingga kini (sudah hampir tiga tahun melepasi tempoh yang dijanjikan itu) tidak ada walau seorang pun kakitangan terbabit yang telah diserapkan ke jawatan berkenaan.

Kerajaan BN Terengganu juga berjanji untuk tidak mengamalkan budaya membalas dendam
juga sebagai cakap tak serupa bikin.

Hakikatnya terbukti apabila lebih 1,000 penjawat awam yang dilantik kerajaan PAS dilucutkan jawatan masing-masing selepas beberapa hari kerajaan bertukar tangan.

Pak Yeh menjanjikan bahawa pimpinannya tidak akan sewenang-wenangnya memecat kakitangan yang dilantik kerajaan PAS, sebaliknya beliau mahu menggunakan pendekatan kasih sayang dalam pentadbirannya.

Kenyataan ini dibuat selepas upacara sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, pada 25 Mac 2004.

Kenyataan itu bagaimanapun amat bercanggah dengan tindakan yang telah diambil oleh pentadbirannya.

Beberapa hari sebelum itu sudah ada beberapa pegawai tinggi dalam perkhidmatan negeri yang dilantik secara kontrak telah ditamatkan perkhidmatan mereka serta-merta.

Tindakan yang jelas bersifat balas dendam politik itu turut melibatkan 448 pegawai Unit Pembangunan Insan (UPI) seluruh negeri, lebih 300 mubaligh/mubalighah, kakitangan Urusetia Penerangan Negeri Terengganu (UPNT) dan ratusan lagi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Beberapa pegawai tadbir negeri yang dinilai 'tidak menguntungkan' BN turut disingkirkan. Antaranya termasuk Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar yang terpaksa memilih untuk bersara awal.

Nasib sama turut menimpa bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Dato' Muhatar Abdullah apabila turut ditekan agar bersara awal berkuatkuasa 1 Januari 2007.

Bekas Timbalan Pengarah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Haji Rahim Nik. Beliau juga turut memilih untuk bersara awal setelah 'disejukbekukan'.

Antara amalan tidak mesra rakyat Kerajaan BN Terengganu memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di Wisma Darul Iman bagi mengawasi setiap gerak geri kakitangan awam.

Menurut Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu Datuk Mokhtar Nong, kamera yang dipasang itu pada asalnya untuk tujuan keselamatan, tetapi kini turut digunakan untuk memantau pergerakan kakitangan di situ. Imej rakaman itu dapat ditonton secara terus di pejabat SUK dan Menteri Besar.

Langkah pemantauan menerusi CCTV dari satu sudut memperlihatkan betapa kepercayaan majikan kepada kakitangan seolah-olah berada di tahap paling minima sehingga memaksa pengawasan dibuat menerusi CCTV.

Sebaik mengambilalih pemerintahan pada April 2004, BN menjanjikan akan memastikan matlamat menghapuskan golongan termiskin di Terengganu tercapai dalam tempoh empat hingga lima tahun.

Bagaimanapun menurut perangkaan yang pernah disiarkan sebelum ini, kadar kemiskinan di Terengganu pada tahun 1999 ialah sebanyak 17.3 peratus. Terengganu menduduki tempat kedua dalam senarai negeri paling tinggi kadar kemiskinan di seluruh negara.

Di bawah pemerintahan PAS (1999-2004), kedudukan itu telah berjaya diperbaiki. Kadar itu turun kepada 14 peratus pada tahun 2001 sehingga ia berada di tahap negeri ketiga termiskin seluruh negara.

Pada tahun 2004 kadar itu turun lagi kepada 10 peratus sehingga Terengganu berada di tangga ke empat.

Bagaimanapun setelah dua tahun BN memerintah semula negeri itu, kadar kemiskinan rakyat Terengganu melonjak semula kepada 15.4 peratus. Dengan jumlah isi rumah miskin tegar seramai 8,300, Terengganu kembali menduduki tangga kedua senarai negeri paling tinggi kadar kemiskinan rakyatnya selepas Sabah.

Perangkaan terakhir itu diperolehi daripada laporan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Oktober 2006.

Pak Yeh selalu mengulang sebut kononnya rakyat Terengganu semakin senang sejak BN memerintah. Malangnya beberapa kisah yang dipaparkan media membuktikan hakikat sebaliknya.

Sementara itu kos sara hidup di Terengganu tidak seimbang dengan pendapatan purata rakyat negeri itu. Ini diakui sendiri oleh Pengarah Perancang Unit Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN).

Katanya, kos sara hidup di negeri ini kedua tertinggi di Malaysia sedangkan purata pendapatan rakyat ialah yang kedua terendah.

Semua ini membuktikan tidak benarnya dakwaan kononnya rakyat Terengganu semakin makmur berada di bawah kerajaan BN. Wang yang mencurah-curah di bawa masuk ke negeri ini melalui Dana Khas (rompakan royalti petroleum dan gas) namun kepincangan demi kepincangan pentadbiran berlaku sehingga rakyat sendiri menerima padah akibat membenarkan BN memerintah semula negeri itu.

Letter from A Malaysian living in UK

The following refers to the cost of living in each country (especially UK and Europe) based on what you earn in the respective country and whether the living costs vs standards are better than in Malaysia.

Letter from A Malaysian living in UK:

I tried to point out that many Malaysians always convert and that is why they say the UK is expensive. In fact, the cost of living is much cheaper than in Malaysia. In actual fact, Malaysians are being conned because for such a rich and resource rich country, the pay in Malaysia is way too low compared to the cost of living and inflation.

One good example is Singapore.
Singaporeans (average) earns around S$3000 to S$4000 and nearly everything is half the price of Malaysia. E.g. clothes, computer parts, electronics etc. But the average Malaysian still earns M$2000 plus and goods are double the price of Singapore.

This is the same as the UK. If you earn around 2000 pounds, you can liken this to the person earning RM$2000 in Malaysia. I'll give you some examples below. Maybe you can understand.

1) Good terrace house
It is more or less the same. If you want a house in KL, it would most probably be in Puchong and not Damansara Heights. So your house would be RM$200,000. In UK, you can get a decent new house in Zone 6 (still within the tube) for 200,000 pounds.

If non London, you can get a nice house also for less than 200,000 pounds outside London. The same also applies to buying a house in Seremban, Kajang etc. You can buy a nice house for RM200,000 below. So buying a house is the same for the local and the Malaysian.

Renting a place is the same too or maybe cheaper than in Malaysia (I am not sure of this). A 2-bedroom flat in London is about 750 pounds (Zone 2). 500 pounds outside Zone 6 but still able to commute to London. A 2-bedroom house in Nottingham is 450 to 500 pounds. A 3-bedroom house in Belfast is about 300 pounds.

2) A car
A good Wira is RM$55,000. Most Malaysians have to take 7-year loans and be in debt all the time. If you are earning RM$2000 a month, you take nearly 3 years saving the RM$2000 with not eating at all just to buy a Wira.

In UK, the average local earns about 2000 pounds. He saves 3 months, he can buy outright a good Ford Fiesta or a Vauxhall Corsa without being in debt.

If buying a second hand car, even better. A 1990 Mercedes 190E cost 500 pounds. My 1996 Mercedes E220 cost 2000 pounds. My friend just gave me his 1989 Honda Accord (Auto) for free because he said he could only get 30 pounds for it. I used it for a few months and decided to give it of for free too.
That alone speaks for itself.

Even if you are kuli or an office boy, you still can drive a Mercedes or a BM. Yes, kuli's and office boy's get paid quite well. Average temp/office boy in London can earn about 7 to 10 pounds and
hour. Overtime is 1.5 times or double. A brick-layer can earn 20 pounds an hour. The same Indon who lays bricks in Malaysia earns RM$50 for the whole day.

Before I became a doctor, I used to be an office boy and I earned near 300 pounds a week working about 70 hours a week.

My makan was 30 pounds a week.

My rent was 70 pounds a week for a room but I still drove a BMW back then. I bought the 10-year old BMW 3 Series car for 200 pounds. Amazing how an office boy can drive a safe and luxurious car.

3) Petrol.
For a UK person earning 2000 pounds, 80 pence a liter/gallon is cheaper than RM$1.52 paid in Malaysia. If you don't convert, it is like paying 80 sen a liter in Malaysia

4) Shopping
20 pounds (which is 1% of 2000 pounds) can buy you 1 week's worth of groceries in Tesco. RM$100 (which is 10% of RM$2000) can also buy you 1 week's worth of groceries in Giant or Carrefour.

5) Utility Bills (This is what I pay in UK)
a. Virtually non-stop heating the whole day only 20 pounds a month. (Only 1% of the 2000 pounds earned)

b. Electricity, I use my electricity maximum only 20 pounds a month. (Only 1% of the 2000 pounds earned)
c. My water bill also comes to about 20 pounds a month (Only 1% of the 2000 pounds earned)
d. My internet - I get 2Mbps for about 25 pounds (Bulldog DSL) (Also slightly above 1% of the 2000 pounds earned)
e. Astro Equivalent (NTL cable or Sky) - 30 pounds per month (Also slightly above 1% of the 2000 pounds earned)

In Malaysia, this is what I used to pay
i. Tenaga Bill comes to RM$200 to RM300 a month with 3 air-cons. This is more than 10% of the RM$2000 earned)
ii. Water (Puas) comes to RM$40 (This is about 2% of the RM$2000 earned)
iii. Astro RM$100 (if you take Chinese package) (This is about 5% of the RM$2000 you earn)
iv. Internet Streamyx 512K RM 88 per month (This is about 5% of RM2000 you earn)

6) Books
A good book is about 10 to 15 pounds in the UK. This is less than 1% of the 2000 pounds you earn. In Malaysia, you have to spend RM$75 to RM$100 for a decent book in MPH or Kinokuniya in KLCC. This is about 5% of the RM$2000 ringgit you earn.

7) Education.
I think it is about RM$20,000 per year to do a degree in Sunway Monash and about RM$12,000 per year to send your kid to UM, UKM, USM etc. I am not sure about this. But in UK, it is only 3000 pounds a year to send your kid to a great university. The British are very unhappy that the grants have been taken away.
Previously, it was virtually free for an English man to send his kid to university but now, since the grant has been take away, he has to spend 3000 pounds per year to send his kid to university and less money to get drunk in the pub.

Well, if you are earning RM$2000 ringgit, sending your kid to UM to study is quite difficult. If you are earning 2000 pounds per month, you can easily send you kid to university in the UK.

Luxuries
Panasonic Plasma TV in Malaysia about RM20,000. If you are earning RM$2000 a month, memang mahal! You have to save 2 years your monthly salary to buy it. In UK, the same Panasonic ironically, Panasonic plasma is made in Japan and Japan is close to Malaysia, so the plasma should be cheaper in Malaysia) is only 2000 pounds.

9) Health
NHS is free. Though the service is slow, quality is still there. You still can get a top quality by-pass for free although you may have to wait many months.
In Malaysia, IJN charges RM$30,000. SJMC charges RM$50,000. GH is free but as many people know, GH and UH have clown doctors.

10) Assessments to local councils
I may pay high council tax but at least my council assures my streets are clean and safe, got no holes (pot holes) on my roads, and they jump and attend to me whenever I call them. When I stayed in Malaysia, I paid my assessment and quite rent but MPSJ I lived in Subang) told me to "podah" whenever I asked them to come and fill up the pot holes, cut the long lalang, put street lighting etc.

The councils, especially MPPJ and MPSJ, were more interested in eating nasi lemak and going for 10 teh tariks in a day during office hours and hardly did anything for their residents.

11) Income Tax
wasted. When I was unemployed in 1997, the government via social security paid for my 2-bedroom flat for one whole year and I was given about 100 pounds per week for me and my wife to live on.

I am happy to know that one day if I lose my job, I can still claim social security and get my apartment paid and food to eat again for free. It is a good security to know.
The list goes on. Here alone you can see, the sterling you earn goes a long way in the UK. So your quality of life is far better in the UK than a Malaysian in Malaysia.

It is just that Malaysians are just too content with what they have. But you compare apple for apple.

The British just love to complain. They have it made but still they love to complain. Nothing is good enough for the British. The government gives the citizens so much but they still seem to want more and more...

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising