Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, January 9, 2008

BN bunuh Melayu


“Barisan Nasional (BN) pembunuh
Melayu,” begitu ucapan yang
terlantun dari mulut sahabat penulis,
seorang peguam muda dari Terengganu
dalam satu perbincangan di Kuala
Terengganu baru-baru ini.

Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata,
apa tidaknya, peguam bumiputera kini di Terenganu
khususnya dalam dilemma kerana di bawah pemerintahan
BNlah pihak bank berkonspirasi dengan mereka dalam
menggunakan kuota 50 peratus bumiputera sebagai
panel guaman institusi kewangan seluruh negara.

Jika sudah penuh kuota itu pihak bank berkeberatan
untuk menerima peguam bumiputera kerana meraikan kuota
yang diberikan.

Siapakah yang menetapkan semua ini kalau tidak BN
sebagai parti kerajaan yang menentukan dasar negara?

Bank yang ekuiti sahamnya yang tidak majoriti milik
bumiputera sudah memberi isyarat bahawa peguam
bumiputera boleh menjadi panel bank itu dengan
syarat partnernya peguam bukan bumiputera.

Bank milik bumiputera pula ada yang tidak
mengindahkan kuota yang diberikan sehingga
mengenepikan permohonan peguam bumiputera untuk
menjadi panel bank berkenaan walaupun
syarat-syarat yang dikehendaki dipenuhi.

Nah, di mana letaknya janji BN untuk menjaga
kepentingan Melayu dalam semua bidang
khususnya dalam menjaga kuota bumiputera panel
guaman bank.

Jadi apa lagi, yang boleh diharapkan dari
BN dalam hal menjaga kepentingan kaum
bumiputera (Melayu), katanya.

Beliau berceloteh lagi, sekarang pemimpin BN
khususnya wakil rakyat di Terengganu mempunyai
kuasa meluluskan projek mengikut kelas atau
kedudukan masing-masing dari hirarki kepimpinan
parti.

Ada yang boleh kendalikan permohonan projek
kelas A dan ada yang boleh kendalikan permohonan
hanya projek kelas F sahaja, tidak lebih
dari itu.

Bukan hanya sekadar kendalikan dan luluskan projek
tetapi sudah pasti komisyennya dari projek
berkenaan mungkin diperolehi serendah 10
peratus dari kos yang diluluskan.

Seolah-olah mereka sahaja berkuasa dalam pentadbiran
kerajaan. Pegawai-pegawai kerajaan mesti mengikut
telunjuk mereka, tidak boleh engkar.

Jika engkar arahan, buruk padahnya.
Akibatnya akan ditukar ke jawatan yang tidak
penting, tidak setaraf dengan kedudukan mereka
sebelum itu (diturunkan pangkat) atau akan
disejukbekukan.

Mereka tidak membuat kesalahan melainkan
kerana tidak mengikut arahan pemimpin BN yang
mengarahkan agar projek kerajaan diberikan
kepada orang-orang tertentu atau kroni
wakil rakyat berkenaan.

Jelas, pemimpin BN negeri itu -dan itulah
adat pemimpin parti itu-tenggelam dengan kerja-kerja
mengendalikan permohonan kontraktor Umno
untuk mendapatkan projek.

Mereka mengejar komisyen atau dengan
kata lain mereka sanggup menerima rasuah dari
kontraktor-kontraktor berkenaan untuk kepentingan
peribadi mereka dengan meluluskan projek-projek
yang ditenderkan sama ada tender terbuka
atau tender tertutup.

Inilah politik Melayu yang kini berjaya dipertahankan
Umno/BN politik kelas gurka dan memalukan dunia.

Itulah sebabnya apa saja perancangan yang dibuat
oleh BN dalam pentadbiran kerajaan tidak ke mana.

Tak usahlah nak banggakan apa yang dibuat.
Tak ada yang bertaraf dunia pun. Jadi apa
yang nak dibanggakan kita sebagai rakyat
Malaysia?

Persoalan lain apakah benar negara ini mempunyai
keamanan yang terkawal, apabila kini kita merasa
bimbang berjalan seorang diri di lorong-lorong
terpencil di seluruh negara kerana bimbang peragut,
perogol, perompak atau pembunuh berkeliaran
mencari kesempatan untuk mendapatkan mangsanya.

Bahkan rompakan bersenjata boleh berlaku
ketika suasana sibuk di kota raya. Ia membimbangkan
pengurusan bank walaupun telah dipasang segala
peralatan keselamatan dan pengawalnya yang
bertauliah.

Kejadian rompakan tetap terus menerus belaku
dengan cara semakin canggih dengan peralatan
rompakan yang kadang kala boleh mengalahkan
anggota pengawal dan anggota keselamatan serta
peralatan kawalan keselamatan yang dipasang di bank.

Jadi apakah yang boleh dibanggakan dengan
pentadbiran negara di bawah BN sekarang, sebagaimana
persoalan yang ditimbulkan oleh Ketua
Penerangan PAS Terengganu, Haji Muhyidin
Abdul Rashid ketika ditemui penulis baru-baru ini.

Apakah kita boleh bercakap mengenai masa depan
rakyat terjamin di bawah BN sekiranya setiap lorong
dan kampung terdapat wakil dadahnya sendiri.

Inikah ertinya sebuah pembangunan yang dicari
oleh rakyat selama ini? Yang terbabit dengan
dadah itu ialah orang Melayu beragama Islam,
bangsa lain tidak ramai.

“Inikah masa depan yang nak dibawa BN dalam negara ini?
Jika apa yang dibuat sebelum ini sudah gagal atau
bankrap (bangkrap idea atau rancangan) tak usahlah
nak bercakap tentang nak jaga masa depan
generasi umat Islam, terutama kanak-kanak
sebagaimana yang terpampan di papantanda BN
di Terengganu sekarang,” jelasnya.

BN kini rancak memasang papan tanda yang terpampang
kata-kata, “Masa Depanmu Terjamin” dengan berlatar
belakangkan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang
memegang bendera Terengganu.

Sementara itu dalam satu ceramah di Kampung Kubu,
Marang, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan
Rakyat, Dr. Badrul Amin Baharom menjelaskan
bahawa beliau merasa malu menjadi rakyat Malaysia yang
tidak ada maruah dengan membiarkan negara dipimpin
oleh orang Melayu yang juga tidak ada maruah terbabit
dengan rasuah,maksiat dan pembunuhan.

Jika rakyat memilih manusia yang tidak ada maruah bererti
rakyat sendiri tidak ada maruah.

Sebab itu gunalah peluang memilih dalam sistem demokrasi
untuk menjadi rakyat yang bermaruah, dengan menolak parti
yang terkenal tidak ada maruah dengan pemimpinnya yang
jenisnya serupa.

Nah, ditangan rakyatlah untuk menentukan hala tuju
negara ini seterusnya sama ada terus membiarkan
negara hancur dengan pemimpin yang hancur moralnya
atau suatu reformasi politik yang pasti meletakkan
diri sebagai rakyat bermaruah dengan menolak parti
dan kepimpinan politik yang tidak bermaruah.

Jika tidak berjaya, satu cara lain perlu
difikirkan bersama bagaimana seharusnya sistem
politik negara ini mendapat pengajarannya.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising