Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, January 7, 2008

Lagi Skendal Seks pemimpin BN


Skendal Seks Bekas Menteri Kesihatan Dr. Chua Soi Lek belum lagi reda dan ia meletup ketika Barisan Nasional (BN) mula bersiap menghadapi pilihan raya umum ke 12.

Sekaligus ia membentuk imej terburuk apabila pengakuan bekas menteri itu menunjukkan bahawa pemimpin BN kebanyakannya serupa sahaja dengannya.

Cuma tindakan tidak bermoral itu tidak meletup menjadi skendal seks seperti berlaku kepada Dr. Chua. Sebagaimana tulisan saya sebelum ini, dipercayai berlaku konspirasi untuk menjatuhkan Dr. Chua.

Ini kerana DVD lucah Soi Lek diedar secara percuma khususnya di Johor. Skendal seperti ini memaparkan betapa buruknya moral pemimpin BN. Pernah sahabat saya di Kuala Lumpur mencerita bagaimana ada menteri BN buat tempahan bilik dan perempuan di hotel-hotel tertentu.

Beliau berani mencerita demikian kerana beliau juga petugas di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Saya pernah mencerita sebelum ini ada Ketua Umno Cawangan di negeri Terengganu minta saya dedahkan skendal seks pemimpin BN tertentu dengan meminta berjumpa dengan individu tertentu di Kedah.

Individu tersebut menyimpan rahsia menteri atau pemimpin BN terbabit kerana sebab yang saya tidak dapat ceritakan di sini.

Saya tidak berminat untuk mendedahkan skendal berkenaan kerana saya fikir memang pemimpin BN banyak yang tidak bermoral. Tetapi rakyat hanya buat lembu kenyang sahaja terhadap moral dan kepimpinan mereka.

Moral BN tidak akan terjaga walaupun ada usaha bersungguh-sungguh dari kepimpinan atau Media mempolishnya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap di Kelantan tentang mahu memilih calon BN yang baik moral mereka untuk kebaikan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke 12 nanti.

Saya merujuk kepada kenyataan Chua bahawa beliau ingat rakyat Malaysia boleh terima permohonan maafnya atas tindakan beliau itu tetapi rupa-rupanya tidak.

Katanya, macamlah mereka itu baik sangat (ulama belaka). Saya tidak kata tidak perlu Najib buat kenyataan berkenaan, itu adalah haknya. Tetapi apa pun sudah pasti moral pemimpin BN sama sahaja antara mereka.

Kalau baik sedikit pun moral mereka individu yang menjadi bekas-bekas pemimpin masjid tertentu. Mereka duit banyak, boleh buat apa sahaja yang mereka mahu. Perjuangan mereka tidak pernah mengenal halal dan haram. Apa lagi nak hairan kalau mereka adakan skendal seks dengan siapa yang dikehendaki bahkan dengan gadis bawah umur pun mereka sanggup jika mereka mahu pada bila-bila masa sekalipun.

Semua kisah itu masih ada dalam simpanan cerita masyarakat termasuk isu skendal menteri tertentu dengan artis tertentu yang tidak perlu saya sebut namanya kerana kebanyakan orang yang dekat dengan dunia hiburan dan politik tahu cerita itu.

Kita akan saksi siri-siri skendal pemimpin BN dari semasa ke semasa sehingga BN terus kecundang dari persada politik Malaysia kerana setiap sesuatu itu ada ajalnya (tempuhnya). BN tidak akan kekal sampai hari kiamat tunggulah sedikit masa lagi parti itu akan kecundang.

Pilihan raya umum ke 12 ini biar ia menjadi medan untuk menjadikan BN tidak lagi berada di persada politik negara. Justeru rakyat perlu gerakkan kuasanya ke tahap maksima untuk tujuan tersebut bukan main lepas tangan saja.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising