Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, January 6, 2008

Polis sembur air suraikan himpunan anti-ISA di Dataran Merdeka



KUALA LUMPUR: Polis terpaksa menyembur air untuk menyurai kira-kira 200 orang yang berhimpun di Dataran Merdeka di ibu negara kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Anggota polis juga kelihatan mengejar peserta perhimpunan di beberapa tempat di sekitar Pasar Seni setelah gagal bersurai meskipun telah diarahkan berbuat demikian.

Tiada sebarang tangkapan dibuat. Majlis tersebut dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetapi tidak mendapat permit polis.

Bagaimanapun, mereka berjaya menyalakan lilin di Dataran Merdeka selama kira-kira 20 minit sebelum diarahkan bersurai.

Peserta mula berkumpul di hadapan bangunan Majlis Peguam mulai jam 7.30 malam sebelum berjalan ke Dataran Merdeka yang letaknya kira-kira 100 meter.

Bagaimanapun, mereka gagal memasuki kawasan Dataran Merdeka kerana dihalang oleh anggota pasukan keselamatan termasuk Unit Pasukan Polis Persekutuan (FRU).

Mereka sebaliknya berkumpul di satu kawasan lapang berhampiran Dataran Merdeka sambil menyalakan lilin dan menjerit slogan anti-ISA.

Diarah bersurai

Berikutan itu, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkanain Abdul Rahman mengarahkan mereka bersurai dalam tempoh 15 minit.

"Saya beri kamu masa 15 minit untuk bersurai, jika tidak tindakan akan diambil," katanya menggunakan pembesar suara kepada peserta perhimpunan.

Namun, mereka terus menyalakan lilin tanpa menghiraukan arahan bersurai.

Anggota FRU telah mengarahkan mereka bersurai tetapi sebahagiannya masih berada di Lebuh Pasar.

Sebanyak empat kenderaan FRU dan sebuah lori penyembur air digunakan untuk menyuraikan perhimpunan.

Bercakap kepada wartawan, Mohamad Zulkarnain berkata, Jalan Raja yang bertentangan dengan Dataran Merdeka ditutup kepada lalulintas mulai jam 3 petang.

"Mereka bersurai selepas tempoh masa yang diberikan berakhir. Semua pihak kena patuhi undang-undang," katanya.

Orang ramai bersurai sepenuhnya kira-kira jam 10 malam.

Perhimpunan aman

Antara yang hadir ialah dua anggota keluarga kepada pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Seorang daripada mereka S Sivalingam, yang mewakili keluarga pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA, T Vasanthakumar di majlis memasang lilini itu.

Seorang lagi, V Raidu, adik kepada seorang lagi pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA, S Ganabatirau, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menghadiri majlis itu untuk menghantar mesej bahawa ISA mesti dilupuskan.

“Saya bukan setakat menyokong abang saya tetapi semua tahanan ISA. Saya tahu keperitan yang terpaksa dilalui oleh keluarga tahanan terbabit," kata Raidu.
Sebelum itu pada kira-kira jam 8.25 malam, kira-kira 200 orang menyertai majlis memasang lilin itu selepas GMI berjaya berunding dengan pihak polis supaya membenarkan mereka berbuat demikian untuk sekejap sahaja.

Pada kira-kira jam 8.45 malam, ketika polis mahu bertindak, orang ramai bersetuju bersurai dari situ.

Sementara itu, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata GMI - gabungan masyarakat awam yang menentang ISA, menggesa orang ramai supaya bersurai kerana matlamat untuk mengadakan majlis tersebut telah tercapai.

“Kita mahu ianya menjadi satu perhimpunan yang aman, walaupun berdepan dengan larangan polis. Kita tidak mahu bersikap konfrontasi," katanya.

Beliau berikrar bahawa GMI akan meneruskan usahanya melobi rakyat supaya menentang ISA. - MALAYSIAKINI

Bicara Suwandi-Azman disambung 14 Januari ini



video

Mahkamah Tinggi memutuskan untuk menangguhkan permohonan membenarkan Suwandi dan Azman diikat jamin pada 14 Januari ini kerana beberapa masalah teknikal terdapat pada afidevid mangsa.

Peguam Hanipa Maidin, Dato' Wan Abdul Muttalib Embong dan Abdul Haris Malek hadir membuat permohonan itu.

Bagaimanapun Peguam Negara Gani Patail membantahan kerana terdapat beberapa kesilapan teknikal berkait dengan ejaan dan sebagainya dalam afidevid berkenaan.

Permohonan benar ikat jamin Suwandi-Azman pagi ini

Perbicaraan memohon untuk membenarkan Suwandi Abdul Ghani dan Muhammad Azman Aziz diikat jamin bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu jam 9.00 pagi ini.

Saya akan membuat laporan mengenai selepas ini.

Suwandi dan Azman Teraniaya

video

Ini adalah sedutan dari CD Dokumentari bertajuk Suwandi dan Azman Terniaya yang panjangnya kira-kira 25 minit. Ia diconvert dalam format WME untuk sedutan ke blog ini dan video CD akan terbit di pasaran sedikit masa lagi dengan harga RM10.00 senaskah termasuk kos penghantaran.

Sila tempah segera dengan membuat bayaran melalui Maybank ke akaun 163019288570 atas nama SUHAIMI BIN TAIB.

Maklumat bayaran hendaklah lengkap termasuk bila, di mana dan berapa bayaran dibuat dengan menghantar salinan slip bayaran ATM bank berkenaan ke e-mail seramaesty@yahoo.com atau menghantar SMS ke 60139060111 seberapa segara yang boleh.

Ini siri pertama yang akan diterbitkan tidak lama lagi dan banyak lagi CD Dokumentari akan diterbitkan dari semasa ke semasa.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising