

Hari ini saya menyelinap ke laman-laman web di internet dan menemui akhbar Republik Islam Iran Tehran Times menyentuh kejayaan indutsri hiburannya dan politiknya yang kukuh dan menggerunkan Amerika Syarikat (AS).Filem-filem terbaik dari Iran berjaya menerima anugerah academy film antarabangsa kerana mutu perfileman termasuk nilai estetika, kemanusiaan dan pengarahannya amat tinggi. Walaupun ekonominya ditekan dari segenap penjuru oleh kuasa Barat dan Yahudi, namun Iran terus gagah sebagai negara penentang AS yang paling utama di dunia.
Iran tetap meneruskan program nuklearnya untuk pembangunan teknologi dan tenaganya sekaligus sebagai pengimbang kuasa dunia agar kegilaan AS menguasai dunia timur yang diduduki majoritinya oleh umat Islam dapat diatasi.
Rusia dan China, antara penyokong sekaligus menyertai blog Iran, merupakan gabungan kuasa untuk mengukuhkan lagi kedudukan Iran sebagai kuasa pengimbang dunia dalam percaturan politik Barat.
Sebagimana diketahui umum AS mahu melayak umat Islam sepuas-puasnya bagi merompak dan mengaut hasil bumi khususnya minyak dari telaga minyak negara-negara terbabit termasuk Iraq.
Sikap Presiden AS, George W. Bush yang tidak henti-henti melancarkan perang dingin dengan Iran, memerlukan kuasa-kuasa pengimbang lain termasuk Russia dan China memberi sokongan padu terhadap pembinaan logi nuklear Iran.
Jika tidak politik dunia menjadi semakin tidak seimbang apabila AS terus dominan dalam tindakan ganasnya terhadap negara umat Islam khususnya Iran, keganasan yang ditakrifkan dalam sekatan ekonomi untuk menyukarkan kehidupan rakyat negara berkenaan.
Bagaimanapun, sekatan ekonomi tidak akan berjaya dibuat selagi Iran mempunyai rakan-rakan setia setakat ini dari kuasa pengimbang dunia Russia dan China.
Bagaimanapun krisis kenaikan harga barang di Iran suatu fenomena baru dipercayai antara lain berpunca dari sekatan ekonomi AS.
Tetapi pimpinan tertinggi Iran Ayatulloh Ali Khameini menengaskan bahawa rakyat Iran sanggup berpuasa mendepani serangan jahat AS itu.
Pimpinan Iran perlu melihat punca segala permasalahan kenaikan harga barang keperluan harian hampir setiap hari dengan berikhtiar untuk mengatasi masalah sekatan ekonomi jika ia berkesan ke atas negara itu.
Media cuba memburuk-burukkan kepimpinan Presidennya Mahmud Ahmadinejad agar kelantangannya menentang AS dapat dipatahkan. Saya percaya orang yang darah perjuangannya tidak pernah sejuk, tidak akan takut untuk berdepan dengan apa-apa situasi sekalipun.
Penjenayah di mana sahaja mereka berada tidak pernah gentar ketika berdepan dengan undang-undang apabila dia merasa itu sahaja jalan keluar untuk meneruskan kehidupannya, apa lagi perjuangan menentang kerakusan kuasa dunia seperti AS itu.
Usaha Menguasai Iraq dan menimbulkan huru hara di Iraq sebagai suatu strategi atau platform untuk menyerang Iran dalam jangka waktu yang sesuai. Sudah pasti Iran terlebih dahulu menjadikan Iraq sebagai satu medan pertempuran pengajaran kepada AS bahawa tidak semudah itu negara polis dunia itu untuk menyerang Iran.
Iran sudah pasti mengatur strategi melemahkan moral dan kekuatan tentera AS dan sekutu-sekutunya di Iraq agar mereka terasa perit ketika berdepan kancah politik di sekitar negara Iran sebelum negara itu menghadapi serangan yang sebenar.
Namun begitu AS cuba menuding jari dengan mendakwa Iran turut terbabit dalam perang di Iraq dewasa ini. Bagaimanapun tidak ada bukti kukuh Iran terbabit dalam kancah perang di Iraq.
Saya percaya AS telah terpukul dan akan tersungkur di Iraq sebagaimana dia pernah tersungkur di Vietnam dan Afghanistan.







