Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, January 1, 2008

Bazir wang untuk Bandaraya


Hari ini 1 Januari satu perayaan besar sempena pengisytiharan Kuala Terenganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air di Taman Shah Bandar dihadiri oleh Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh.

Ketika ditanya wartawan untuk siaran secara langsung televisyen beliau berkata, yang unik Terengganu ialah Warisan, pantai, pulau dan songketnya.

Bagaimanapun sempena ECER di Batu Burok Kuala Terengganu baru-baru ini, Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob mempertikaikan harga songket di Terengganu agak mahal berbanding di Pahang.

Mereka berbual sesama mereka membincangkan harga barangan warisan dari Terengganu berbanding Pahang.

Bunga api dilepaskan ke langit dan perbelanjaan lain termasuk menjemput penyanyi melalak di taman itu tidak kurang dari RM10 juta untuk majlis pengisytiharan sahaja.

Pemimpin Umno Terengganu mendakwa rakyat Terenganu kaya raya belaka sebab itu mereka tidak bimbang untuk membazirkan wang begitu banyak bagi menjayakan majlis pengisytiharan itu.

Satu hari seorang peniaga wanita dari Kampung saya bercakap tentang dakwaan pemimpin Umno itu. Saya kata, pemimpin Umno boleh bercakap demikian kerana mereka sebenarnya kaya raya sedangkan rakyat masih di takuk lama.

Rakyat menderita dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi. Musim persekolahan kini telah bermula. Ramai ibu bapa merungut kerana pendaftaran masuk sekolah tinggi khususnya mereka yang mempunyai anak ramai.

Janji BN untuk mengurangkan bebanan pelajar semasa sessi pembukaan sekolah tidak ditunai sewajarnya. Penghapusan yuran sekolah sebanyak kira-kira RM10 yang diisytiharkan dalam belanjawan negara 2008 suatu kelucuan yang tidak dapat dilupakan.

Ini kerana penghapusan yuran sahaja tidak memadai kerana bayaran lain termasuk Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan lain-lain masih kekal seperti sebelum itu, menjadikan penghapusan itu tidak memberi makna yang boleh dibanggakan rakyat.

Jika penghapusan semua yuran sekolah dibuat itu suatu yang relevan dan mempunyai impak yang besar, sebagaimana penghapusan lesen Televisyen dan Radio dibuat sebelum ini.

Ini semua latar belakang pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya yang sediktipun tidak menasabah kerana kapasiti penduduk dan pendapatan Majlis Perbandaran Kuala Terenganu (MPKT) sebelum ini tidak sampai RM30 juta pun sedangkan pendapatan yang perlu diperolehi tidak kurang dari RM50 juta setahun.

Pemilik sebuah pasaraya di satu Majlis Forum Rakyat mengenai kenaikan harga barang di Kuala Terengganu baru-baru ini berkata setahu beliau Kuantan pernah di rancang untuk diisytiharkan sebagai bandaraya oleh kerajaan negeri itu.

Tetapi sehingga hari ini Kuantan belum berjaya dijadikan sebagai sebuah bandaraya walaupun selepas lima tahun ia dirancang.

Tiba-tiba Kuala Terengganu disytiharkan Bandaraya Warisan Pesisir Air. Saya percaya dengan pengisytiharan bandaraya itu memungkinkan kebanyakan barangan keperluan harian akan naik untuk mengekalkan status negeri warisan itu.

Rakyat terus menerus digula-gulakan oleh pemimpin Umno sehingga mereka ketandusan wang untuk membiayai kehidupan harian khususnya perbelanjaan anak-anak masuk ke sekolah.


Saya buat universiti sendiri


My Story

Hari ini 1 Januari 2008, anak-anak sudah mula daftar masuk kelas atau sekolah di Terengganu. Anak-anak yang belajar dekat Universiti di Kuala Lumpur cuti hari ini. Baru sekejap saya telefon anak-anak saya berkenaan.

Rasa seronok juga saksikan anak-anak belajar sampai ke Universiti. Saya belajar sampai ke India dalam bidang Islamic Studies. Tetapi saya minat dalam bidang media. Pernah mendapat anugerah kewartawanan semasa bekerja sebagai wartawan di Berita Harian tujuh tahun lalu.

Bidang kewartawan memang serasi dengan saya. Terbaru saya menceburi bidang journalist broadcast, menyertai bengkel video koperat di Universiti Malaya (UM) selama lapan hari tahun 2003.

Kini saya boleh menerbit, menulis skrip, mengedit skrip dan video, mengarah Studio, menjadi wartawan lokasi, menulis berita, bahkan saya boleh mengendalikan perniagaan internet, menyediakan blog sendiri dan mempromosi perniagaan di internet.

15 tahun menjadi pengamal media seolah-olah saya telah mendapat Master dalam bidang broadcast dan multimedia dari Universiti Media Malaysia (UMM) yang saya bina sendiri dan saya belajar sendiri mengikut skima saya sendiri.

Kini saya sedang belajar untuk mencapai tahap Phd. dalam bidang-bidang tersebut. Jika saya dapat saya tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Saya akan belajar sehingga akhir hayat saya dengan melihat, mendengar dan memahami kuliah yang disediakan masyarakat kepada saya dari semasa ke semasa.

Saya sudah bersedia untuk menyumbangkan semua ilmu saya kepada masyarakat sebagai budi saya kepadanya kerana saya belajar darinya dan saya akan terus belajar apa-apa yang saya rasa kekurangan.

Sebelum ini saya pun sudah menyumbangkan tulisan saya melalui pelbagai media termasuk blog ini.

Saya sudah sumbangkan buah fikiran saya kepada Kerajaan Terengganu dalam tahun 2000-2004. Pernah menjadi penulis perutusan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam tempoh tersebut.

Menjadi Pengarang Warta Darul Iman, Penerbit Siaran Darul Iman di bawah kerajaan Terengganu dalam tempoh tersebut.

Kini masih memberi sumbangan tertentu kepada Tuan Guru Abdul Hadi walaupun sudah tidak bergelar Menteri Besar.

Saya akan terus berkhidmat dengan ilmu yang saya ada untuk kebaikan anak-anak saya dan keluarga saya sekaligus masyarakat sekeliling saya. Saya tetap menjadi pensyarah dan motivasi kepada anak-anak saya sama ada yang sudah masuk Universiti atau masih di bangku sekolah rendah dan menengah.

Setakat ini dahulu celoteh saya hari ini sebab mahu hantar beg anak saya yang tertinggal ke sekolahnya sekejap.

P/S: Blog ini sempit. Saya sedang berusaha untuk upload video Kenyataan Haji Mohd Sabu dan Hanipa Maidin di Hadapan Mahkamah Kuala Terengganu berikutan penahanan Suwandi dan Azman di Penjara Marang, Terengganu tanpa ikat jamin.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising