Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, December 22, 2008

Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu: Polis hantar unit komando dan 69?

KUALA TERENGGANU, 22 Dis (MPO2) - Polis dipercayai akan membuat provokasi dalam Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu supaya ia menjadi panas termasuk menghantar unit komando dan unit 69 yang dikenali agresif dan tahan lasak untuk mengasak dan menggagalkan Pakatan Rakyat (PR), memenangi pilihanraya tersebut.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, planton komando itu dan unit 69 akan dihantar untuk menggempur gerakkerja PR dan di tempat di seluruh peti undi di kawasan parlimen tersebut mulai sekarang.

Difahamkan gerakerja yang dijalankan ialah mengawal pengundi luar (hantu) untuk bebas masuk mengundi di tempat pembuangan undi, mengintip gerakerja pembangkang, menjadi Special Branch (SB) dan bertindak agresif terhadap pembangkang apabila perlu.

PAS dipercayai sudah menerima maklumat pada dasarnya tentang perancangan gerak gempur dengan memperalatkan komando polis itu dan telah merancang sesuatu untuk mengatasi masalah kehadiran mereka berkenaan.

PAS dan PR bersiap sedia dalam semua aspek termasuk keselamatan bagi mempastikan provokasi berkenaan tidak berkesan dan pilihanraya itu memihak kepada kemenangan calon PAS yang masih dirahsiakan sehingga kini.

Pilihanraya tersebut akan diadakan pada Sabtu, 17 Januari ini dan penamaan calon pula pada 6 Januari dipercayai akan diadakan di Pejabat Daerah Kuala Terengganu mulai jam 9.00 pagi.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong akibat kematian secara mengejut penyandangnya Datuk Razali Ismail baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum lalu, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Haji Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Bagi pilihan raya kecil kali ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan membuka 36 pusat mengundi dengan 143 saluran mengundi bagi seluruh kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

SPR turut melantik Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Razali Kassim sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil itu bersama-sama 876 petugas pilihan raya yang lain.

SPR menetapkan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya kecil kali ini adalah yang diperakui dan disahkan serta diwartakan pada 5 Disember lalu.

Daftar pemilih itu mengandungi 80,229 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pemilih pos.

Dalam pada itu, SPR turut memberi kebenaran kepada Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) untuk memantau perjalanan pilihan raya kecil itu.

Bagaimanapun, Mafrel perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh SPR dan sebarang pelanggaran akan menyebabkan kebenaran itu akan ditarik serta merta.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising