Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, November 1, 2008

Razaleigh dapat pencalonan pertama, dicalon Gua Musang


TENGKU Razaleigh Hamzah, (dua, kanan) mengundi bagi merebut jawatan kepimpinan Umno bahagian itu di Kompleks UMNO Gua Musang Bukit Cekati, Gua Musang hari ini. Razaleigh mendapat pencalonan sulung bagi bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan. --fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) memperoleh pencalonan pertama hari ini - daripada bahagiannya sendiri bagi untuk bertanding jawatan Presiden Umno Mac depan.

Malah bahagian itu menamakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad untuk jawatan Timbalan Presiden.

Ini kali pertama beliau dicalonkan untuk bertanding jawatan itu, menjadikan empat calon setakat ini.

Bahagian Gua Musang memulakan persidangan perwakilan kira-kira pukul 10 pagi.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang memperoleh pencalonan pertama setelah 104 bahagian selesai mengadakan pertemuan masing-masing.

Pada mesyuarat itu, Razaleigh dicalonkan sebulat suara oleh 384 perwakilan yang hadir di Kompleks Umno Gua Musang Bukit Cekati, Gua Musang.

Bagaimanapun bekas Naib Presiden Umno itu memerlukan minimum 58 pencalonan untuk layak bertanding jawatan Presiden.

Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sudah pun layak untuk bertanding jawatan itu setelah memperoleh 104 pencalonan setakat ini.

Tengku Razaleigh sebelum ini pernah menegaskan beliau tidak akan berundur untuk bertanding jawatan Presiden parti walaupun belum mendapat pencalonan daripada manamana bahagian.

Antara matlamat perjuangannya untuk bertanding jawatan presiden parti itu adalah untuk memulihkan kembali imej Umno yang terjejas teruk dalam pilihan raya umum Mac lalu sehingga Barisan Nasional kehilangan lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan.

Beliau juga berhasrat untuk memansuhkan sistem kouta untuk pencalonan jawatan tertinggi parti yang diperkenalkan pada 1996.

Melalui sistem kuota itu, calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan (daripada 191 bahagian Umno kini), timbalan presiden (20 peratus atau 38 pencalonan), naib presiden (10 peratus atau 19 pencalonan dan majlis tertinggi (5 peratus atau 10 pencalonan).

Sejak mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden, Razaleigh telah mengadakan lawatan untuk bertemu dan berkempen kepada peringkat akar umbi anggota Umno di seluruh negara.

Pertandingan untuk merebut jawatan Presiden parti bukanlah pertama kali dicabar oleh Tengku Razaleigh yang sebelum ini sudah dua kali berbuat demikian.

Pada pemilihan parti pada 1987, beliau mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan Presiden Umno tetapi tetapi tewas dengan 43 undi.

Pada 2004, beliau menawarkan diri bertanding menentang Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi beliau gagal mendapat peratusan pencalonan yang diperlukan.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising