Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, November 8, 2008

Piala Monsun 2008: Ikhwan turun padang minta pandangan rakyat

KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Hrkh) - Acara Kejohanan Piala Monsun yang bertaraf antarabangsa merupakan program tahunan di negeri Terengganu sejak tiga tahun lalu.

Kejohanan itu telah dipertandingkan setiap tahun yang menjadikan Pulau Duyong di Kuala Terengganu sebagai lokasi perlumbaan tersebut.

Namun begitu, kejohanan bertaraf dunia yang dilihat berprestij itu telah menimbulkan kontroversi, konotasi dan persepsi oleh pelbagai pihak.

Berikutan itu, sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) atas nama Ikatan Anak Watan Darul Iman (Ikhwan) mengambil satu pendekatan proaktif bagi melihat pandangan rakyat secara telus melalui kaji selidik yang akan dijalankan.

Presidennya, Fariz Musa berkata Ikhwan akan melancarkan usaha kaji selidik terus kepada rakyat di seluruh negeri ini dalam masa terdekat.

Katanya, kaji selidik tersebut bagi mengambil pandangan rakyat secara telus melalui soalan-soalan yang relevan akan dijawab secara jujur.

"Ikhwan mengambil pendekatan ini untuk melihat pandangan rakyat secara telus dengan kita membuat kajian atau soal selidik melalui soalan-soalan yang relevan untuk dijawab oleh orang ramai.

"Kita (Ikhwan) anggarkan sejumlah 1600 orang responden atau 200 orang setiap daerah secara rawak akan dipilih untuk menjayakan kaji selidik ini,"jelasnya pada satu siding akhbar, di sebuah hotel, dekat sini, semalam.

Katanya, hasil kajian tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar Dato' Ahmad Said yang bertanggungjawab bagi mengambil tindakan.

"Kita (Ikhwan) pun belum tahu bagaimana penerimaan rakyat terhadap penganjuran piala Monsun Cup itu tetapi rungutan dan keluhan rakyat di semua peringkat umumnya bersifat negatif," jelasnya.

Menurut beliau, sukarelawan Ikhwan akan bergerak menemui respoden-responden terbabit di beberapa lokasi tumpuan awam bagi mendapat pandangan rakyat terhadap penganjuran Piala Monsun.

Antara lokasi itu katanya, di pasar awam, pasar malam, terminal bas, pasaraya serta beberapa tempat tumpuan awam.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising