Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, November 1, 2008

Peguam bela cadang Raja Petra jadi saksi

SHAH ALAM 31 Okt. - Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.

Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin bertanya siapakah saksi-saksi yang akan dipanggil oleh pembelaan.

Menurutnya, beliau mencadangkan Raja Petra sebagai saksi berikutan dia pernah membuat akuan bersumpah membabitkan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau bagaimanapun tidak mengetahui sama ada sapina boleh dikeluarkan ke atas Raja Petra memandangkan dia kini ditahan di bawah ISA.

''Sekiranya Raja Petra tidak dapat menjadi saksi, saya akan bergantung kepada akuan bersumpahnya,'' kata Kamarul Hisham yang berhasrat menemubual Raja Petra terlebih dahulu berhubung perkara itu.

''Kami memerlukan masa untuk membuat pembelaan kerana adalah penting untuk kami meneroka setiap sudut dalam pembelaan kami,'' kata beliau.

Peguam itu berkata demikian setelah Hakim Mohd. Zaki sebelum itu bertanyakan sama ada prosiding pembelaan boleh dimulakan pada sebelah petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah menyarankan supaya peguam tersebut menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri memandangkan perintah penahanan Raja Petra dibuat oleh menteri berkenaan.

''Saya akan menulis surat kepada menteri tersebut untuk mendapat kebenaran menemubual Raja Petra,'' ujar Kamarul Hisham.

Selain Raja Petra, peguam tersebut berkata, pihaknya turut bercadang memanggil semula penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam sebagai saksi tetapi tidak pasti sama ada boleh berbuat demikian kerana beliau tidak tahu di mana lelaki itu kini berada.

Balasubramaniam menghilangkan diri selepas menarik balik akuan bersumpah yang diikrarkannya berhubung kes bunuh Altantuya.

Hakim Mohd. Zaki terdahulu memerintahkan Sirul Azhar selaku tertuduh kedua dan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, masing-masing anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya.

Hakim tersebut bagaimanapun membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia berusia 28 tahun itu.

Sepanjang 151 hari perbicaraan di peringkat pendakwaan, sebanyak 84 saksi telah dipanggil memberi keterangan. 40 daripadanya saksi polis.

Menurut Kamarul Hisham dan peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah, kedua-dua anak guam mereka memilih untuk memberi keterangan bela diri secara bersumpah di kandang saksi.

Hazman juga memberitahu, pihaknya akan memanggil sekurang- kurangnya tujuh orang saksi termasuk tunang Azilah, Nor Azila Baharuddin, seorang pakar telekomunikasi dan beberapa anggota polis.

Peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Abdul Razak pula memohon izin supaya dibenarkan menjadi peguam pemerhati bagi pihak anak guamnya pada prosiding di peringkat pembelaan.

Hakim Mohd. Zaki yang menetapkan 10 November ini untuk mendengar keterangan bela diri, sempat berpesan kepada pihak peguam: ''Tolong jangan sampai lebih daripada satu tahun atau dua tahun pula.'' (Utusan)

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising