Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, November 15, 2008

Kurang teliti ketika kendali kes bersalin

Penulis terpanggil untuk menyatakan satu maklumat yang tidak suka didengar oleh semua orang berkait dengan masalah bersalin di hospital kerana problem pertama ialah kurangnya doktor pakar atau berpengalaman dalam bidang perbidanan dari kalangan perempuan.

Bahagian rahim adalah satu bahagian tubuh manusia yang agak sensitif, apa lagi ketika wanita mengandung dan bersalin.

Jika ada doktor atau bidan yang tidak berpengalaman mengendalikan kes bersalin seorang ibu, jika silap gaya membawa sesuatu mudarat keada ibu berkenaan. Mereka semuanya perlu berhati-hati dalam mengendalikan kes perbidanan ini, bukan bererti semua perlu bidan dan doktor berpengalaman tetapi disebabkan beberapa kes berlaku, keperluan kepada mereka adalah terdesak.

Saya ingin mengemukakan dua kes yang hampir sama, pertama seorang ibu (nama dan tempat tinggal dirahsiakan) di bawa ke sebuah hospital kerajaan (nama hospitaldirahsiakan), dihantar ke hospital tersebut untuk melahirkan anak pertama.

Selepas bersalin, dia pulang ke rumah, kemudian dia terasa sakit dalam perutnya, keluar darah dengan banyaknya dari kemaluannya, kemudian terpaksa bergegas ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan.

Bila diperiksa didapati, saki baki darah dan selaput peranakan masih tertinggal dalam rahim ibu berkenaan dan baru dikeluarkan.

Kes kedua seorang ibu (namanya pun turut dirahsiakan) bersalin anak ke 10 di sebuah hospital yang sama tetapi dia enggan mendapat peperiksaan dari doktor lelaki.

Lantas seorang doktor wanita memeriksanya ketika hendak bersalin di dewan bersalin hospital berkenaan. Namun doktor perempuan itu kurang cekap dan kurang berhati-hati ketika menjalankan tugasnya sehingga hampir-hampir kes ibu yang pertama berulang ke atasnya.

Namun dengan pengalaman jururawat yang senior di dewan bersalin itu masalah kes ibu pertama tidak berlaku ke atas dirinya.

Saya cukup bimbang dengan sikap tidak profesional dan berhati-hati pihak doktor terbabit melaksanakan tugas mereka.

Sepatutnya prosedur bersalin dilaksanakan dengan teliti mengikut kaedah ilmu yang dipelajari di samping pengalaman sedia ada.

Ini bertujuan mengelakkan berlakunya kes seperti ibu pertama tadi yang terpaksa dibawa semula ke hospital kerana masalah ketidakcekapan mengendalikan kes bersalin.

Ini suatu insiden yang sangat membimbangkan kita jika ia terbabit dengan diri kita atau orang yang disayangi kita sama ada ibu, isteri atau adik beradik perempuan kita.

Pihak Kementerian Kesihatan seharusnya mempunyai mekanisme dan perancangan sistematik bagi mengelakkan insiden sedemikan berulang di mana-mana hospital miliknya.

Ia memberi impak buruk di mata dunia sehingga hasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi 'medic-torisme' gagal di tengah jalan.

Masalah seterusnya ialah kurangnya doktor perbidanan di kalangan perempuan berbanding lelaki dan perkara ini banyak dibincangkan di kalangan masyarakat negara ini.

Saya ingin memaparkan beberapa luahan ibu bersalin berhubung dengan massalah ini termasuk seorang ibu yang namanya tidak disebut menyatakan seperti berikut:-


"Sudah tiga kali saya bersalin, ketiga-tiganya dengan doktor lelaki. Yang pertama dengan Dr. Daud. Masa tu cuti hari raya, semua doktor cuti kecuali Dr. Daud. Terpaksalah saya bersalin dengan Dr. Daud.

"Sebagai seorang wanita muslim saya rasa sedih sangat. Saya pilih Pusat Rawatan Islam kerana mengharapkan suasana yang Islamik berlaku, tapi saya bersalin di depan seorang doktor lelaki.
"Kali kedua kandungan saya bermasalah, di PMC kes saya diserahkan kepada Dr. 
Hamid Arsyad. Pikir punya pikir walaupun dia dr. tersohor, saya tak nak.

"Saya cari Dr Lo'Lo'. Alhamdulillah setiap bulan dia yang memeriksa
kandungan saya.
Last 'minute' saya kena 'operate' dengan Dr. Amir Farid. Saya
sangka kaki saya tak ditutup
selama 45 minit
'operation' berjalan.

"Saya mendiamkan diri kerana malu sambil 'wonder', kenapa
tak tutup kaki saya?

"Rupa-rupanya kesan bius menyebabkan saya rasa macam
tak diselimuti
sedangkan saya diselimutkan.


"Kali ketiga juga saya memilih pusat rawatan Islam. di hospital tu cuma ada
dua orang doktor. yang biasa dan pakar, yang biasa perempuan dan pakar dr.
lelaki lagi, Dr. Jamil.

"Sebab tak berapa puashati dengan beberapa jawapan dr.
perempuan tu saya
terpaksa pilih Dr. Jamil sebab saya lebih 'confident' dengan
dia, maklumlah
kandungan kedua bermasalah, yang ni saya kena hati-hati.


"Tapi dalam hati 'hopefully' saya dapat bersalin dengan dr. perempuan, sebab
tak
pernah lagi ada pesakit mati dengan dia. saya jumpa dr. jamil untuk
'professional advice'. last-last kena 'operate' juga dengan dr. jamil. Masa tu
baru saya tahu abdomen ke bawah dibiarkan 'bare for about 1 minute'.

"Prosedur
agaknya. jadi tekaan saya semasa melahirkan anak kedua
tak silap, saya
dibiarkan selama beberapa minit tanpa berselimut.

"Kalaulah dr. tu perempuan
saya tak ralat sangat, tapi saya terpaksa
di'operate' oleh dr. lelaki."



Satu kenyataan lagi ialah seperti berikut;

"Seperti semua golongan wanita di negara ini, saya cukup
gembira dan berbangga dengan kenyataan bahawa kaum wanita
Malaysia telah jauh lebih maju daripada kaum lelaki dari
segi pencapaian akademik dan juga bilangan tenaga kerja
profesional.

"Bagaimanapun, rasa bangga saya mulai pudar apabila membaca
laporan kajian khas sebuah IPTA tempatan baru-baru ini yang
menyebut bahawa Malaysia kekurangan pakar-pakar perbidanan
dan sakit puan (O & G) daripada kalangan kaum wanita.
Kenyataan ini memang benar sekalipun pahit dan sebagai
seorang doktor pakar perbidanan sendiri saya akui masalah
ini telah sampai ke peringkat tenat!

"Ketika melanjutkan pengajian untuk menguasai bidang O & G,
saya dapati terlalu sedikit doktor wanita yang menuntut
bersama-sama saya.

"Ketika bertugas di beberapa buah hospital, juga saya
perhatikan lebih ramai doktor lelaki yang menjadi pakar
sakit puan, sedangkan tugas ini adalah tanggungjawab
doktor-doktor wanita!

"Pada hal di semua IPTA yang mempunyai fakulti perubatan
jumlah penuntut wanita jauh melebihi lelaki. Persoalan
tentang masalah ini juga kerap kali diajukan oleh para
jururawat dan pesakit wanita kepada saya.

"Bagaimanakah saya harus menjawabnya?

"Ke mana perginya doktor wanita? Di mana sikap dan
tanggungjawab anda semua? Apakah menguasai kepakaran ini
tidak penting, atau kepada anda yang beragama Islam, bukan
satu fardu kifayah?

"Tidakkah sebagai wanita, anda bersimpati dengan masalah
yang dihadapi oleh kaum sejenis bila hendak bersalin atau
mendapatkan rawatan lain-lain masalah sakit puan, atau
menjalani pemeriksaan perubatan berkait kes rogol?

"Sukar sangatkah bidang sakit puan hingga ramai yang memilih
untuk mendapatkan ilmu kepakaran perubatan yang lain?
Tidak salah memilih cabang kepakaran yang kita minati,
tetapi utamakanlah kepentingan kaum sejenis kita dahulu.

"Tiada wanita yang tidak berasa malu untuk membuka
pakaiannya untuk membolehkan doktor lelaki memeriksa
tempat sulitnya.

"Anda semua mengakuinya tetapi bila saat anda yang telah pun
bergelar doktor diperlukan, anda tiada. Ramai ibu yang
telah menulis kepada akhbar-akhbar memberitahu bahawa
sepanjang pengalaman melahirkan anak-anak mereka, hanya
sekali atau dua kali sahaja mereka berpeluang dirawat oleh
doktor wanita.

"Para penuntut jurusan perubatan daripada kalangan wanita
yang sedang membaca tulisan saya tidak seharusnya berasa
hati. Saya membuat teguran ini kerana masalah yang
diutarakan sudah sekian lama berlarutan sedangkan wanita
amat 'berkuasa' dalam kerjaya doktor perubatan di Malaysia.

"Jangan sampai nanti kita diperlecehkan oleh kaum lelaki
kerana tidak mampu untuk membantu kaum sejenis walaupun
kita lebih ramai menjadi graduan dan menjawat jawatan
tinggi berbanding mereka.

"Jangan hanya lantang bersuara ingin menjadi pembela wanita
tetapi tidak berbuat demikian di saat-saat saudara-saudara
kita amat memerlukan.

"Ketepikanlah kepentingan diri jika anda benar-benar
memahami tanggungjawab sebagai wanita dalam membantu
wanita lain, sesuai dengan niat menceburi kerjaya kedoktoran
itu sendiri.


"Tidak guna kita bermegah-megah bersorak ke sana ke mari
bahawa wanita telah setaraf dengan lelaki dalam banyak
bidang kerjaya sedangkan pakar sakit puan masih ramai
lelaki.

"Jika sebelum ini Perdana Menteri ada bertanya ke mana
perginya sebilangan lagi lelaki Melayu yang tidak belajar
diuniversiti, saya pula ingin bertanya, ke mana perginya
para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi
pakar sakit puan?"

DOKTOR WANITA, HUKM Kubang Kerian, Kelantan.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising