Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, November 8, 2008

Harap tiada agenda di sebalik pembebasan Raja Petra - GMI

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan pengendali laman blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin dilihat sebagai sejarah baru negara.

Ini memandangkan keputusan itu dibuat berdasarkan 'habeas corpus' blogger terkenal itu di atas Seksyen 8 ISA, yang belum pernah diputuskan ke atas mana-mana tahanan ISA.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata kebiasaannya berlaku mana-mana keputusan yang dibuat ke atas tahanan ISA sebelum ini atas Seksyen 73.

"Keputusan ini merupakan satu kejutan apabila ia merujuk terus kepada menteri terbabit, bukannya pegawai polis seperti sebelum ini. Jika Seksyen 73, ia merujuk terus kepada pihak polis yang bertindak menahan seseorang, namun Seksyen 8 ini merujuk terus kepada menteri," tegas beliau kepada Harakahdaily sebagai mengulas pembebasan Raja Petra.

ImageHakim Dato' Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan tersebut semalam serta memerintahkan supaya Raja Petra yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak dibawa ke hadapan beliau sebelum pukul empat petang semalam untuk pelaksanaan perintah itu.

Pada hemat Hakim Syed Ahmad Helmy, Raja Petra mesti dibebaskan setelah mahkamah mendapati bahawa alasan perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 8 ISA ke atas pemohon sebenarnya tidak mencakupi skop yang ditetapkan di bawah akta tersebut.

Bagaimanapun, selepas meneliti alasan menteri berkenaan, Hakim Syed Ahmad Helmy mendapati tiada sebarang asas bahawa Raja Petra menjadi satu ancaman kepada ketenteraman awam, baik dari segi politik, ekonomi mahupun pentadbiran negara.

Menurut hakim itu, dalam perintah penahanan yang dikeluarkan, menteri berkenaan mestilah memberikan alasan atau asas yang menyokong bahawa tindakan Raja Petra memang menimbulkan huru-hara dan ancaman kepada negara.

Kata beliau lagi, keputusan itu juga adalah isyarat bahawa akta yang zalim dan tidak berperikemanusiaan itu sudah tidak diterima di negara ini.

ImageMalah, tambah beliau keputusan hakim itu juga merupakan satu keputusan berani dan peranan mahkamah yang mahukan perubahan.

Syed Ibrahim yang menyambut baik pembebasan Petra berharap kerajaan tidak bertindak membuat rayuan semula agar Petra ditahan di bawah akta tersebut.

Malah, beliau mengharapkan tiada 'agenda tersembunyi' di sebalik keputusan mahkamah tersebut, khususnya menjelang peralihan kuasa tahun depan.

"Kalau nak disebut wujudnya 'agenda tersembunyi' berkaitan pembebasan ini, boleh difikirkan begitu. Tapi, saya fikir tiada kaitan dan benar-benar berharap tiada agenda tersebut di sebalik pembebasan blogger tersebut," kata beliau.

Bagi GMI, tegas Syed Ibrahim, keputusan mahkamah ini menjadi satu dorongan kepada badan itu untuk terus berjuang dalam usaha memansuhkan akta zalim tersebut.

Ditanya perkembangan terbaru GMI, beliau berkata GMI dalam rangka ke parlimen untuk menyerahkan poskad bantahan yang telah ditandatangani rakyat Malaysia kepada Menteri Dalam Negeri sepanjang kempen badan itu, pertengahan tahun ini.

Syed Ibrahim turut menyatakan bahawa pihaknya sedang bersiap sedia untuk program himpunan besar-besaran membantah ISA yang dijadualkan akan diadakan Mac tahun depan.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Pakatan Rakyat akan membawa usul memansuhkan ISA di Dewan Undangan Negeri tersebut, 13 November depan.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising