Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, October 6, 2008

Racun tidak berkesan- kata Bible?

6 Oktober 2008 bersamaan 6 Syawal 1429H
Tanpa prejudis kepada mana-mana agama dan penganutnya saya ingin menceritakan sedikit isu berkait dengan klip video yang dimainkan oleh anak-anak saya di Chendering, Kuala Terengganu, hari raya kedua melalui lap top salah seorang anak saya tentang perdebatan hebat antara Pendakwah dari benua Afrika yang terkenal, Sheikh Ahmed Deedat dengan seorang pendakyah Keristian yang saya lupa namanya.

Perdebatan tentang Apakah Nabi Isa (Jesus) itu Tuhan? amat menarik apabila Deedat mengemukakan fakta bahawa tidak ada dalam mana-mana Bible menyebut bahawa Jesus berkata "I'm God. (Saya adalah Tuhan)."

"Cuba kemukakan kepada saya mana-mana versi Bible yang menyebut perkara itu,"cabar beliau kepada peserta debat itu yang dibuat di Stockholm, Sweden, tidak lama dulu.

Apa yang dibalas oleh Pendakyah Keristian itu hanyalah serangan peribadi terhadap Deedat menuduhnya menfitnah Jesus.

Dalam satu insiden lain di majlis yang sama seorang peserta debat itu mengemukakan suatu perkara menarik dengan menyerahkan sebotol racun kepada pengemuka Keristian berkenaan untuk memintanya meminum racun itu bagi membuktikan benarnya satu ayat dalam sebuah Bible menyebut bahawa sesiapa penganut agama Keristian boleh meminum racun kerana ia tidak akan memudarat penganut itu.

Ertinya racun yang diminum itu tidak akan memberi kesan sediktpun kepada diri penganut agama itu dakwa Bible berkenaan.

Pendakyah Keristian itu mengambil botol berisi racun berkenaan dari peserta yang hadir, lalu dibawa ke atas 'restron' dan dituang dalam gelas yang disediakan, kemudian apa yang berlaku?

Bukan dia meminum racun itu tetapi dia bersyarah mengatakan Jesus adalah raja kepada segala raja. Dia tidak akan membuka mulutnya untuk memasukkan sesuatu yang memudaratkan dirinya.

Apa kesudahannya racun berkenaan? Racun dalam gelas plastik itu akhirnya dituangnya di sebuah pasu bunga yang ada di pentas tempat berlangsungnya debat berkenaan dan botol racu berkenaan diserahkan kembali kepada peserta terbabit.

Kesimpulan dari insiden ini ialah sehingga hari ini mana-mana agama dan bijak pandai seluruh dunia sejak zaman silam tidak akan berjaya menafikan bahawa Islamlah sebenarnya ajaran yang benar datang dari Allah mengatasi agama lain.

Islam itu tinggi dan tidak ada sesuatu agama lain boleh mengatasi ketinggian dan kemuliannya sehingga hari kiamat.

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Din (cara hidup yang sebenar) di sisi Allah ialah Islam."

Firman Allah lagi yang bermaksud, "barangsiapa yang menjadikan selain dari Islam sebagai Din maka ia ditolak."

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising