Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, October 12, 2008

Ketua Dewan Pemuda PAS pelawa Ku Li sertai Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, (MP2O) 12 Okt - Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub, secara peribadi mempelawa secara peribadi mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyertai Pakatan Rakyat hari ini, sekiranya Anggota Parlimen Gua Musang itu tiada sefahaman lagi dengan Umno.

Menurut Bernama, Salahuddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian, berkata tujuan mempelawa Tengku Razaleigh adalah untuk memperkukuhkan pakatan pembangkang melalui idea dan pengalamannya terutama dalam bidang ekonomi.

"Secara peribadi saya mempelawa Tengku Razaleigh untuk menyertai Pakatan Rakyat. Setakat ini belum ada pertemuan secara rasmi lagi dilakukan untuk tujuan itu melainkan pertemuan biasa. Dua hari lalu saya lontarkan pelawaan itu kepada Tengku Razaleigh di Kota Baharu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.

Ditanya mengenai maklum balas daripada Tengku Razaleigh, Salahuddin berkata: "Saya diberitahu secara tidak rasmi oleh pembantu beliau bahawa dia hanya tersenyum di atas pelawaan saya itu."

Beliau juga berkata Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan di Putrajaya pada 10 Jan depan untuk membantah pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Iklan
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising