Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, October 13, 2008

Fakta dan unjuran bajet 2009 tidak relevan

Pakatan Rakyat mencadang satu usul tergempar bagi menangguhkan perbahasan belanjawan negara tahun 2009 bagi membolehkan satu perubahan dibuat terhadap perbelanjaan yang dibentangkan agar bertepatan dengan situasi ekonomi sekarang.

Ahli Parlimen (DAP) Kawasan Ipoh Timur, Encik Lim Ket Siang membuat cadangan tersebut merujuk Peraturan Mesyuarat 53 dan 53 (4) menyentuh tentang merombak fakta angka dan unjuran ekonomi negara bagi membolehkan ahli dewan tersebut berbahas mengenai kedudukan perbelanjaan negara sebenar bukan sekadar sejarahnya sahaja.

"Kita (ahli parlimen) perlu mendapat fakta yang tepat mengenai bajet dan membahaskannya demi kepentingan negara Malaysia dan Rakyat bukan kepentingan mana-mana parti," jelasnya.

Beliau membuat cadangan tersebut ketika mencelah perbahasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap belanjwawan tahun 2009 yang dibentangkan menteri kewangan sebelum ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaiamanapun cadangan itu ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan kerana ia didakwa tidak bertepatan dengan kehendak peraturan.

Dalam ucapan perbahasan pertama selepas mesyuarat ditangguhkan September lalu, Anwar membidas perbelanjaan yang dibentangkan kerana fakta dan unjurannya tidak bertepatan dengan keadaan ekonomi negara sekarang.

Katanya, belanjawan itu dibentangkan berdasarkan faktor harga minyak di pasaran dunia ketika itu mencecah USD125 setong sedangkan sekarang kejatuhan harga minyak begitu ketara sehingga mencapai USD77 setong.

"Untuk kepentingan rakyat dan negara satu perubahan perlu dibuat terhadap fakta jumlah bajet sebenar jika mahu melihat persidangan dewan rakyat bermanfaat untuk menyelesaikan masalah ekonomi rakyat dan negara ini.

"Jika tidak ia hanya berdasarkan kepada fakta sejarah semata-mata. Dalam satu setngah bulan ekonomi negara sudah banyak berubah dengan kegawatan ekonomi dunia.


"Tidak ada mana-mana parlimen yang bermaruah di dunia membahas bentuk perbelanjaan negara seumpama itu melainkan membuat perubahan terhadap fakta lama kepada fakta terkini," jelasnya.

Sementara itu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyifatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak menghormati kemuliana Dewan Rakyat apabila tidak ada seorang pun menteri atau timbalan menteri kewangan berada di dewan itu pada sesi pagi hari ini bagi mendengar perbahasan ucapan perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen (DAP) Kawasan Ipoh Timur, Encik Lim Ket Siang, turut mempertikaikan tindakan Menteri Kewangan baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak menghadiri dewan berkenaan bagi mendengar sendiri apa pandangan ketua pembangkang mengenai perkembangan ekonomi negara sekarang.

"Sepatutnya menteri kewangan hadir mendengar sendiri pandangan ketua pembangkang jika tidak lantik pegawai-pegawai kerajaan menjadi ahli parlimen duduk di depan (barisan kerajaan)," ujarnya.


Dengan sikap demikian seolah-olah menteri berkenaan tidak menghormati kemuliaan tersebut dan ia akan menjadi bahan tertawa dunia.

Iklan Istimewa

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising