Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, October 13, 2008

Akta Monopoli perlu digubal


KUALA LUMPUR, 13 Okt (MPO2) - Pembangkang mencadangkan supaya parlimen membentangkan akta monopoli agar ekonomi negara tidak didominasi oleh kroni dan keluarga pemimpin negara sebagaimana berlaku sebelum ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dengan adanya akta itu usaha monopoli projek kerajaan dapat dibenteras.

"Dengan adanya akta tersebut kegiatan monopoli projek jalan, besi dan lain-lain dapat dihalang," katanya ketika membahas bajet 2009 di Dewan Rakyat sehingga lewat petang ini.

beliau turut memperingatkan bahaya monopoli terhadap projek kerajaan kerana ia menghalang rakyat dan syarikat berkelayakan mendapat projek untuk bersama menyumbang ke arah kemjuan dan pembangunan negara.

Katanya, tindakan monopoli di kalangan keluarga dan kroni pemimpin politik kerajaan, boleh menghalang daya saing di kalangan rakyat berbilang kaum dalam bidang ekonomi negara.

Selama ini banyak projek kerajaan dilaksanakan melalui sistem runding terus. Syarikat-syarikat kroni dan keluarga pemimpin Barisan Nasional (BN) mendapat keuntungan dari pelaksanaan sistem itu sama ada ia berkelayakan atau sebaliknya.

Banyak wang rakyat telah dibazirkan dengan pelraksanaan sistem tersebut kerana harga projek lebih mahal dari harga sebenar akibat amalan rasuah di kalangan mereka.

Katanya, dengan perlaksanaan sistem tender terbuka, wang rakyat banyak dapat diselamatkan dan projek yang dilaksanakan lebih bermutu.


Iklan Istimewa

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising