Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Wartawan Sin Chew Daily dibebaskan

Sep 13, 08 12:39pm
Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng - salah seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi - telah dibebaskan pagi ini dan kini berada di rumahnya di Bukit Mertajam.

Difahamkan, Tan dibebaskan di ibupejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 11.10 pagi.

Dan wartawan tersebut kemudiannya dihantar pulang oleh pihak polis ke rumahnya pada kira-kira jam 4 petang tadi.

Sebelum ini, Tan dilaporkan telah dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur selepas ditahan malam tadi.

Tan, 33, ditahan pada jam 8.30 malam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

tan hoon cheng 04 120908Tan merupakan wartawan yang melaporkan ucapan berbaur perkauman yang mengaitkan ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.

Turut ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin yang juga editor Malaysia Today serta ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak polis bahawa Tan telah dibebaskan pada jam 11.10 pagi di Bukit Aman dan telah dihantar pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam pada jam 4 petang ini.

Dalam satu kenyataannya, Lim mengalu-alukan pembebasan Tan tanpa syarat itu dan berharap dua lagi tahanan - Teresa dan Raja Petra - juga akan dibebaskan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP, menyifatkan pembebasan Tan tanpa syarat itu sebagai satu kemenangan rakyat dan hasil tekanan rakyat terhadap penggunaan undang-undang tersebut.

Katanya, rakyat Malaysia tidak boleh lagi menerima penggunaan ISA untuk mengekang kebebasan bersuara, kebebasan mendapatkan maklumat dan hak untuk membuat laporan yang tepat dan profesional seperti yang dilakukan oleh Tan.

Lim berkata, Tan menjadi kebanggaan kerana telah mempertahankan tugas profesionalnya sebagai seorang wartawan.

"Kita akan menumpukan tenaga kita untuk mendapatkan kebebasan Teresa dan Raja Petra serta tahanan-tahanan yang lain.

Ketua menteri Pulau Pinang itu juga menyatakan penghargaannya kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob atas bantuan yang diberikannya.

Pembebasan Tan telah dijangkakan selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar membayangkan bahawa beliau mungkin dibebaskan hari ini.

Bercakap di Johor Bahru pagi tadi, Syed Hamid berkata, penahanan Tan di bawah ISA adalah sebahagian daripada langkah perlindungan kerajan bagi "memastikan keselamatannya".

Menteri juga mendakwa, pihak perisikan polis mendapati nyawa wartawan tersebut terancam selepas dia melaporkan kenyataan berbaur perkauman yang diucapkan oleh Datuk Ahmad Ismail.

Sebelum itu, Bernama memetik Ayub sebagai berkata Tan dibawa ke Bukit Aman selepas dibenarkan berjumpa ibu bapanya - Tan Booi Siam dan Khor Ah Heok - di di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang jam 8.30 pagi.

Bapa wartawan berkenaan, yang berusia 70-an dan ibunya Khor, 60-an, memasuki pekarangan IPK sebelum jam 8 pagi dengan diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat Perundangan Chia Loong Thye, dilihat membawa beg plastik berisi pakaian dan kuih.

Khor berkata, beliau dan suaminya berpeluang berjumpa dan meluangkan sama dengan anaknya selama 15 minit.

"Dia (Hoon Cheng) berada dalam keadaan tenang dan baik, pihak polis juga memberikan layanan yang baik kepadanya sepanjang bermalam di IPK.

"Dia juga cakap supaya kami jangan bimbang mengenai dirinya," katanyakepada pemberita di luar IPK selepas bertemu Hoon Cheng.

Khor berkata seluruh anggota keluarga mereka akan terus memberi

Di luar IPK Pulau Pinang, turut kelihatan abang wartawan itu, Tan Weng Khian, 35; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Yang turut menunggu ketibaan Tan di Bukit Aman pula adalah Pengarah Eksekutif Sin Chew Media Corporation, Rita Sim; Ketua Pegawai Eksekutif Sin Chew Daily, Koo Cheng; Ketua Pengarang Kumpulan Sin CHew, N C Siew dan Ketua Pengarang, Pook Ah Lek.

Rita berkata, kehadiran mereka di Bukit Aman hanyalah untuk menunggu ketibaan Tan dari Pulau Pinang dan bagi mempastikan wartawan itu berada dalam keadaan baik.

"Kami berharap akan dapat berjumpa dengan Tan untuk pastikan dia dalam keadaan baik. Kami juga ingin merayu kepada pihak berkuasa supaya Tan dibebaskan atau dikecualikan daripada tahanan ISA.

"Kami tak mahu buat sebarang spekulasi. Cuma kami harap wartawan kami diberi peluang membela diri," katanya kepada pemberita.Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising