Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Umno takut hadapi 16 September

Dalam siaran lintas lansung sebuah stesen Televisyen swasta baru sekejap, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Abdul Hamid Albar mendakwa pembangkang mencetus ketegangan kaum sementara Umno atau Barisan Nasioanal (BN) yang meneraju negara ketika ini tidak suka tercetusnya bergaduhan kaum kerana mengutamakan kepentingan semua pihak.

Beliau disifatkan cuba menutup kes ketegangan kaum yang dikatakan pernah dicetuskan oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina adalah kaum menumpang di negara ini.

Punca setiap kali pergaduhan kaum di negara ini mengikut sejarahnya ialah dicetuskan oleh Umno bukan parti pembangkang sebagaimana berlaku di Pulau Pinang apabila pemimpim Umno sendiri membuat kenyataan sedemikian.

Kenyataan Syed Hamid itu boleh disifatkan sebagai suatu pembohongan untuk mengelabui mata rakyat.

Orang ramai sudah sedar siapakah yang memulakan ketegangan kaum selama ini. Umno sepatutnya menyiasat dan membawa kemuka pengadilan ahli atau pemimpimnya yang bertindak ikut suka hati mereka bukan menangkap dan menahan pemimpin pembangkang kerana isu berkenaan jelas dicetuskan oleh Umno.

Lebih menasabah Umno diberi kata dua supaya tidak menutup jenayah kaum yang dimainkannya kerana p bukan menjadi agenda arti-parti pembangkang menimbulkan isu ketegangan kaum dengan mengapi-apikan semangat yang boleh mencetuskan perbalahan kaum sebagaimana dibuat oleh pemimpin Umno Pulau Pinang.

Perlu ada badan bebas atau suruhanjaya bebas di pertanggungjawabkan ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong yang memantau siapakah sebenarnya punca tercetusnya pergaduhan atau sentimen kaum yang cuba dimanipulasikan oleh Umno untuk menunjukkan parti itu juara menentang permusuhan kaum.

Kaedah yang dikenali ramai di kalangan gerakan politik Umno sebelum ini, bahawa ini sahaja caranya bagi menyelamatkan parti itu dari terus karam.

Menggunakan isu yang dicipta di saat tidak ada apa yang berlaku merupakan satu perancangan jahat Umno untuk menyambung tali hayat parti itu yang kini dalam keadaan nazak.

Umno memang takut kuasanya terhakis dan tidak lagi menjadi parti pemerintah.

Terbaru Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang membuat temujanji untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri secepat mungkin bagi membincangkan tentang penahanan ISA.

Beliau yang juga penasihat PKR memberitahu satu sidang media di ibu pejabat PKR bahawa beliau berharap dapat bertemu dengan Abdullah secepat mungkin.

Beliau juga berkata, pelan 16 September Pakatan Rakyat tidak akan ditangguhkan kerana ia tidak ada kaitan dengan penangkapan ISA.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising