Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 6, 2008

Umno P Pinang sokong Ahmad

Sep 5, 08 3:53pm

Kesemua 13 bahagian Umno Pulau Pinang hari ini menyokong pendirian Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang tidak mahu memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rashid Abdullah dalam satu sidang akhbar petang ini.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 01Ahmad telah mencetuskan kemarahan masyarakat Cina apabila menyatakan bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.

Ketua Umno Bukit Bendera itu didakwa membuat kenyataan itu ketika berceramah di Kampung Belah Dua pada 23 Ogos lalu sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Ahmad telah mengadakan pertemuan dengan kesemua 13 ketua bahagian Umno di Pulau Pinang malam tadi untuk memberi penjelasan isu tersebut.

Menurut Rashid, mereka yang hadir berpuashati dengan penjelasan Ahmad.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 05Mereka juga, tambahnya, turut menyokong pendirian Ahmad yang tidak mahu memohon maaf berhubung kenyataannya itu.

Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh kesemua 13 ketua Umno bahagian dan kepimpinan Pemuda dan Wanita negeri serta anggota badan perhubungan Umno negeri, kecuali Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang dijadual mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua bahagian esok.

Jelas istilah 'menumpang'

Sementara itu, Ahmad memberitahu sidang akhbar yang sama bahawa beliau menghormati Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu beliau memohon maaf.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 03Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa Abdullah dan Najib adalah pemimpin nasional yang perlu menjaga kepentingan nasional.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau hanya seorang pemimpin bahagian dan tetap berpegang pada prinsipnya.

Ahmad juga menjelaskan bahawa beliau menggunakan istilah 'menumpang' dalam kontak kedudukan kaum Cina dan India sebelum merdeka.

Ahmad sebaliknya menuduh akhbar harian Sin Chiew Daily dan wartawannya yang mencetuskan kontroversi tersebut dengan melaporkan ucapannya di luar kontak.

Pemimpin-pemimpin yang lain seperti setiausaha Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim; ketua Umno bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ketua bahagian Bayan Baru, Datuk Mohd Zain Omar turut membidas mereka yang membantah ucapan Ahmad itu.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 02Azhar mengecam wartawan Sin Chiew Daily dan menegaskan bahawa akhbar tersebut mesti dipertanggungjawabkan kerana mencetuskan kebencian dan konflik perkauman.

Ahmad juga menggelar pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai seorang 'oportunis dan pembohong besar' dan berkata Gerakan boleh 'keluar dari Barisan Nasional'.

Malah, katanya, BN tewas di Pulau Pinang dalam pilihanraya umum kerana ketidakcekapan bekas ketua menteri itu dan Gerakan.

MCA, tambahnya, boleh menang lebih banyak kerusi jika tidak kerana Gerakan.

Ahmad menuduh Gerakan mengambil kesempatan ke atas dirinya untuk memulihkan kredibiliti, kedudukan dan kerelevanan parti itu di kalangan masyarakat Cina.

Musa pula membidas pucuk pimpinan Umno kerana memohon maaf bagi pihak parti itu tanpa mendapatkan penjelasan Ahmad terlebih dahulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memohon maaf kepada masyarakat Cina bagi pihak Umno.

Menurut Musa, pucuk pimpinan parti di peringkat nasional boleh mempunyai pendiriannya sendiri, tetapi para pemimpin Ummno bahagian mempunyai pendirian mereka sendiri.

"Kita menyokong penuh Ahmad dalam isu ini," kata Musa pemberita, sambil menolak tindakan Najib itu.

Mohd Zain yang juga bekas wakil rakyat Bayan Lepas, memberi amaran kepada bukan Melayu supaya lebih berhati-hati dengan tindakan dan perkataan mereka.

Katanya, jangan mengganggu dan menekan orang Melayu secara keterlaluan.

Mohd Zain mengecam orang Cina dan Hindu kerana "memperbesar-besarkan isu memeluk Islam, tetapi pada masa yang sama, berdiam diri dalam isu memeluk Kristian".

Ahmad (foto) pula menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang bersikap perkauman atau anti-Cina.

Sebaliknya, Ahmad yang sedang disiasat polis mengikut Akta Hasutan 1948 berkata, beliau mempunyai ramai rakan-rakan dari kaum Cina selama ini.

Sidang akhbar itu berakhir dengan laungan 'Hidup Melayu' sebagai tanda perpaduan pemimpin Umno tempatan.
Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising