Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, September 22, 2008

Umno akan dilupakan - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meningkatkan lagi serangannya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila menyifatkan pelan peralihan kuasa yang dikehendaki oleh Abdullah bercanggah dengan perlembagaan Umno.

Iklan




Naib Presiden Umno itu mengulangi penegasannya bahawa ahli-ahli Umnolah yang sepatutnya menentukan kepimpinan masa hadapan parti itu di dalam mesyuarat-mesyuarat peringkat bahagian yang akan bermula bulan hadapan.

"Apa yang dipersetujui hanyalah konvensyen. Tidak ada peruntukan sedemikian dalam perlembagaan (Umno)," AFP memetik beliau. "Kami tidak memilih dengan cara yang bertentangan dengan perlembagaan, kami memilih pemimpin berdasarkan prosedur".

Agensi berita itu juga melaporkan Muhyiddin memberi amaran bahawa Umno dan Barisan Nasional akan dilupakan sama sekali dalam pilihan raya akan datang jika reformasi dalaman tidak dilaksanakan.

Barisan Nasional dianggap tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja lagi sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu yang menyaksikan kebangkitan pembangkang mencipta kemenangan yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Muhyiddin, yang menuntut Abdullah berundur sebelum 2010, mahu Umno menangani konflik dalamannya selain mematahkan ancaman pembangkang.

Abdullah pula mahu rakan-rakannya membiarkan beliau terus berkuasa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sehingga pertengahan 2010.

"Apa yang berlaku sangat serius. Ia bukan sahaja membimbangkan ahli-ahli Umno sahaja malah negara keseluruhannya, Barisan Nasional dan rakyat yang mengambil berat tentang apa yang berlaku ke atas kerajaan," katanya.

"Jika tidak ada apa-apa yang berlaku, saya tidak lagi pasti adakah jangka hayat Barisan Nasional, terutama Umno, akan dapat bertahan selepas 2013," katanya, merujuk kepada jangkaan pilihan raya yang akan datang.

Abdullah mengetepikan gesaan-gesaan supaya beliau berundur walaupun berhadapan dengan kritikan dari ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) sendiri.

Krisis keyakinan terhadapnya di dalam dan di luar parti, janji-jani yang dikhianati dan tidak ditunaikan, inflasi yang semakin meningkat dan ekonomi yang luar biasa lembab tidak lagi menjadi perkiraan Abdullah setelah beliau dilaporkan telah diyakinkan oleh menantunya dan pengikut-pengikut yang bergantung nasib kepadanya bahawa beliau boleh mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising