Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Tidak tahu di mana Teresa berada, ibu bapanya bimbang...

Sep 13, 08 5:45pm
Ibu bapa ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata mereka akan memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini untuk mendapat maklumat mengenai di mana anak perempuan mereka itu ditahan.

Kok Kim Tong, 74, memberitahu pemberita hari ini bahawa beliau terperanjat dengan penahanan anaknya malam tadi.

“Kami tidak mendengar apa-apa setakat ini. Saya mahu tahu di mana anak perempuan saya berada. Saya mahu tahu sama ada dia hidup atau mati?" kata Kok di ibupejabat DAP di Petaling Jaya hari ini.

ps teresa arrest dap pc 130908 teresa parents pong seh kwan and kok kim tong 01“Jika saya tidak dengar apa-apa dari polis esok atau pada hari Isnin, saya akan ke mahkamah dan buat mereka jawab mengapa mereka menahannya," tambahnya.

Menurut Kok, anak perempuannya, yang juga exco kanan kerajaan negeri Selangor, ditahan kira-kira jam 11.18 pagi tadi selepas pulang daripada makan malam dengan ibu bapanya.

Teresa ditahan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Mengapa saya tidak dimaklumkan mengenai penahanannya? Saya adalah bapanya dan ibu bapa mempunyai hak untuk tahu apa yang berlaku kepada anak mereka," tegas Kok.

Selain Teresa, editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah ISA semalam.

Bagaimanapun, Tan telah dibebaskan hari ini.

'Krisis yang diada-adakan'

Sementara itu, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mendakwa operasi ISA itu mungkin helah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengalih perhatian terhadap krisis yang dihadapnya.

Dalam sidang media selama 45 minit itu, Lim berkata, penahanan Raja Petra, Tan dan Teresa adalah "sengaja diada-adakan".

ps teresa arrest dap pc 130908 02“Ini mungkin sebahagian daripada usaha menggagalkan '916' (September 16), tetapi lebih penting lagi, saya rasa ianya dalah untuk mengukuh dan mengekalkan kuasanya dalam Umno kerana kedudukannya sebagai perdana menteri telah dicabar secara terbuka," kata Lim merujuk kepada kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak perdana menteri menyerah kuasa lebih awal.

“Ini adalah krisis yang diadakan-adakan akibat salahtadbir, kerana tidak ada pun krisis nasional, tidak ada ketegangan kaum dan agama, sepertimana ketika Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan ketegangan kaum yang serius akibat kempen polarisasi yang teratur oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab," kata Lim.

Tambahnya, penahanan wartawan Sin Chew telah menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu serta yang bukan Melayu, Islam dan bukan Islam.

“Setiap orang di Malaysia bertanya - mengapa (Datuk) Ahmad Ismail - orang yang membuat kenyataan yang provokatif, yang mengapi-apikan dan membuat rujukan berbaur perkauman terhadap orang Cina di Malaysia, tidak dikenakan tindakan, tetapi wartawan yang ditahan di bawah ISA kerana hanya melaporkan apa yang Ahmad cakap?" soalnya.

"Penahanan Teresa adalah yang paling tidak munasabah. Beliau telah dituduh oleh bekas menteri besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mahu melarang laungan azan di lokasi tertentu di Selangor...Teresa serta merta menafikan dakwaan tersebut (dan) disokong oleh jawatankuasa masjid berkenaan," jelasnya.

Jelas, dakwa Lim, ini telah dirancang oleh perdana menteri.

“Saya menggesa rakyat supaya supaya bertenang dan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa... Malaysia pada tahun 2008 amat berlainan daripada 1969 di mana anasir-anasir tertentu telah berjaya mencetuskan senario konfrontasi kaum di antara orang Melayu dan Cina berhubung insiden 13 Mei.

“Tidak ada konfrontasi kaum di Malaysia pada 2008, kerana Pakatan Rakyat terdiri daripada semua kaum – Melayu, Cina dan India - dan semua agama," kata Lim.

Ketua Penerangan PAS, Dr Hatta Ramli turut hadir di sidang media tersebut. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising