Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, September 16, 2008

Teresa ditahan hingga 28 hari

KUALA LUMPUR, 16 SEPT (Hrkh) - Exco kerajaan negeri Selangor Teresa Kok akan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 28 hari, kata bapanya semalam.

Kok Kim Tong, 74, berkata Teresa memberitahunya bahawa beliau akan ditahan bagi tempoh itu bermula kelmarin.

Kok dan isterinya Pong Seh Kwon, 71, sebelum itu dibenarkan berjumpa dengan anak mereka selama kira-kira sejam mulai 2 petang di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh, ditahan menjelang tengah malam Jumaat lepas lapor Malaysiakini semalam.

"Beliau berkata, polis memberi satu notis kepadanya semalam, yang memaklumkan bahawa penahanannya akan dilanjutkan selama 28 hari.

"Polis juga memintanya menandatangani notis itu, tapi beliau enggan berbuat demikian," kata Kok, lapor Bernama.

Kok, yang ditemani pembantu khas anaknya Mandy Ooi Haw Voon pada pertemuan itu, berkata Teresa memberitahunya bahawa beliau sedang disiasat tentang tiga perkara.

Perkara-perkara tersebut adalah penggunaan tulisan jawi pada papan tanda, tuduhan melarang laungan azan di dua masjid dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bapa Teresa berkata, terdapat kira-kira 13 pegawai polis di dalam bilik berkenaan ketika beliau berjumpa dengan anaknya itu.

Menurut agensi berita itu lagi, Kok berkata, kehadiran sebegitu ramai pegawai polis ketika itu adalah tidak perlu.

Ditanya tentang keadaan Teresa, Kok berkata: "Beliau kelihatan tenang, tapi sangat lemah dan mukanya pucat... beliau mengalami cirit-birit dan sakit perut sejak malam semalam.

"Kata doktor, beliau mengalami tekanan darah rendah," kata Kok.

Kok berkata semasa pertemuan itu, beliau memberikan kepada anaknya ubat herba Cina dan pati ayam.

Beberapa pemimpin DAP, termasuk setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, Fong Kui Lun, Tony Pua dan Lim Kit Siang adalah antara mereka yang menunggu di luar Bukit Aman semasa Kok mengunjungi anaknya itu. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising