Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 6, 2008

Teras minta Perak beri tanah pada SAR

Sep 6, 08 9:16am
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan Perak turut meluluskan tanah kepada sekolah-sekolah agama kerana sebahagian besar dibina di atas tanah milik persendirian.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berkata, jika tanah untuk sekolah menengah persendirian Cina boleh diluluskan, sekolah rendah agama juga memerlukan tanah untuk dibina secara lebih sempurna.

"Selama ini banyak sekolah agama yang tidak boleh dibina dengan lebih sempurna kerana kekurangan atau ketiadaan tapak tanah yang sesuai.

azmi abdul hamid"Jika kerajaan memberi tanah secukupnya, sekolah agama juga boleh menjadi institusi pendidikan yang lebih sempurna," kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata demkian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Perak meluluskan pemberian tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina di negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bulan lalu telah mengumumkan pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di negeri itu.

Tindakan kerajaan Perak itu telah menimbulkan pelbagai kontroversi kerana ada yang menganggapnya sebagai tindakan politik kerajaan Pakatan Rakyat.


Sistem merit

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pemberian tanah tersebut sebagai tindakan populis dan berat sebelah.

Mohd Azmi berkata, kerajaan Perak perlu mengutamakan sistem merit iaitu meluluskan permohonan tanah berdasarkan keperluan sebenar dan bukannya pihak mana yang memohon.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Mohamad berkata, tindakan memberi tanah kepada sekolah persendirian Cina itu sebagai tidak kena pada tempatnya.

"Sekolah persendirian Cina mempunyai ahli lembaga pengarah sendiri dan selama ini mereka tidak menghadapi sebarang masalah," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri itu sepatutnya memberi keutamaan kepada sekolah yang lebih memerlukannya terutama sekolah agama yang sememangnya tidak mempunyai tanah sendiri.

Ketua Pemuda Umno Perak, Zainon Fadzi Baharuddin ketika dihubungi berkata, pergerakan itu meminta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai lokasi tanah yang diluluskan itu.

"Kita juga mahu tahu mengapa kerajaan negeri memberikan pengurusan tanah tersebut kepada sebuah syarikat dan apakah fungsi syarikat tersebut.

"Saya bimbang ada tangan-tangan lain yang memainkan peranan sehingga menteri besar secara tiba-tiba meluluskan tanah tersebut," katanya. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising