Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Teka-teki Anwar menjelang 16 September

13-09-2008 12:22:05 PM

KUALA LUMPUR: Selama beberapa bulan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelihatan dengan penuh yakin, menyatakan bahawa gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat pimpinannya, akan menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 Sept melalui tindakan melompat parti.

Bagaimanapun, sejak kembali ke Parlimen setelah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengubah rentaknya, terutama apabila tarikh 16 Sept semakin hampir.

Selepas majlis berbuka puasa Selasa lepas, Anwar dilaporkan memberitahu penyokongnya bahawa peralihan kuasa itu akan berlaku pada 17 Sept pula, sebelum membuat satu lagi kenyataan kepada pemberita pada hari berikutnya bahawa rancangan besarnya itu akan berjalan mengikut jadual.

Pada pertemuan dengan pengikutnya pada lewat hari yang sama, beliau sekali lagi mengubah cakapnya dengan berkata, tarikh pengambilalihan kuasa itu mungkin diubah kepada 20 Sept, sekiranya Pakatan Rakyat menghadapi masalah yang menghalang mereka daripada menggulingkan kerajaan BN.

Semalam pula, pakatan pembangkang itu sekali lagi menangguhkan rancangan mereka dengan alasan ia tidak dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan kerana 49 Anggota Parlimen BN melakukan lawatan ke Taiwan.

Kenyataan Anwar yang sering berubah-ubah itu menampakkan seolah-olah beliau sedang mencari alasan yang boleh diterima umum, sekiranya rancangan yang sering beliau jaja selama ini, tidak menjadi kenyataan.

Beberapa penganalisis politik menjangka itulah apa yang akan dilakukan oleh Anwar.

"Saya tak terperanjat jika beliau berbuat begitu. Itulah apa yang akan dilakukan oleh kebanyakan orang politik apabila mereka gagal menunaikan sesuatu janji, sambil memberi pelbagai alasan kenapa ini dan itu tidak berlaku," kata Prof Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan itu berkata Anwar mengharapkan rakyat faham bahawa menubuhkan kerajaan bukan urusan mudah, walaupun tarikhnya telah ditetapkan.

"Ini kali pertama (untuk mengubah kerajaan melalui perbuatan berpaling tadah) dan rakyat diharapkan faham bahawa ia tidak semudah seperti yang beliau ucapkan," kata Mohammad Agus.

Beliau juga berpendapat bahawa kewibawaan bukanlah suatu ciri yang diberi keutamaan oleh Anwar.

"Ini satu perang saraf dan dalam permainan minda seperti ini, kewibawaan tidak lagi menjadi keutamaan. Tidak menjadi hal jika apa yang dijanjikan itu tidak menjadi kenyataan. Apa yang penting ialah beliau mampu menimbulkan kebimbangan dalam BN.

"Beliau berjaya membuat pemimpin BN tidak senang duduk dan menyedari perubahan yang amat perlu dilakukan di negara ini," kata Mohammad Agus.

Ahli akademik itu berkata walaupun secara bawah sedar, orang tahu bahawa apa yang dikatakan oleh Anwar itu tidak akan menjadi kenyataan, namun mereka masih mahu mempercayainya.

"Bagi saya, apa yang perlu kita lakukan ialah menyiasat kenapa orang tetap menerima harapan palsu yang disogokkan kepada mereka itu. Mereka mahukan perubahan," katanya sambil menambah bahawa perubahan yang mereka harapkan itu sedang dilaksanakan oleh kerajaan, walaupun kadar pelaksanaannya adalah perlahan.

Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berkata Anwar memang bijak berpidato, tetapi apa yang beliau perkatakan adalah kosong belaka.

"Mereka yang pernah bekerja dengannya (semasa Anwar dalam kerajaan) akan tahu siapa sebenarnya Anwar ini. Beliau memang pemidato yang hebat, tapi sekadar cakap kosong sajalah.

"Anda tunggu dan lihat sajalah, tiada apa yang akan berlaku pada hari berkenaan," kata bekas dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya ini sambil menambah bahawa Anwar akan memberi pelbagai alasan apabila rancangan besarnya itu tidak menjadi kenyataan.

Kata-kata Zainal ini mungkin ada kebenarannya apabila Anwar sudah mula mendakwa bahawa lawatan 49 Anggota Parlimen BN ke Taiwan bagi meninjau kemajuan bdalam idang pertanian di negara itu bertujuan menggagalkan rancangannya.

Pemerhati politik Prof Dr Nik Anwar Nik Mahmud dari UKM juga berpendapat apa yang dilakukan oleh pemimpin PKR itu selama ini hanya merupakan suatu perang saraf.

"Anwar mengharapkan sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen BN akan menyertai beliau. Tapi, ia tidak semudah itu kerana kini, BN masih berada dalam keadaan baik. Ini hanyalah tempoh peralihan, yang akan menstabilkan semula politik kita kemudian nanti," katanya.

Pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi menegaskan bahawa BN tidak akan runtuh dan kenyataan beliau ini disokong oleh pemimpin parti komponen BN yang menghadiri mesyuarat berkenaan dengan berkata "tidak", dengan sekuat hati.

Ini bukan kali pertama para pemimpin BN berkumpul bagi menyuarakan kesetiaan mereka terhadap parti gabungan itu sejak Anwar mendakwa bahawa beberapa Anggota Parlimen BN akan melompat parti bagi menyertainya.

Jika benarlah ini hanya merupakan perang saraf yang dilancarkan oleh Anwar dalam memburu impiannya untuk menjadi perdana menteri Malaysia keenam seperti yang disimpulkan oleh banyak pemerhati politik, maka tindakan pemimpin PKR itu bolehlah dianggap sebagai suatu perbuatan tidak bertangungjawab, kalau pun bukan suatu tindakan yang bersifat hanya mementingkan diri sendiri.

Perang saraf yang dilancarkannya itu telah menimbulkan keadaan tidak stabil, bukan saja terhadap suasana politik yang boleh mengundang pelbagai natijah negatif, tetapi juga boleh memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara.

Menurut laporan, pada awal bulan ini, Credit Suisse, sebuah firma penasihat kewangan, telah menasihati pelabur supaya mengelak daripada membeli saham di negara ini berikutan kedudukan politiknya yang tidak menentu. Katanya perebutan kuasa antara kerajaan dan pembangkang meningkatkan risiko buruk yang akan dihadapi oleh ekonomi Malaysia.

Memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa memikul bebanan berat berikutan kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini, maka mereka sudah tentu tidak memerlukan seseorang yang menyimpan cita-cita politik terlalu tinggi, membawa ancaman terhadap keselamatan mereka.

Walaupun, Anwar, antara lain, berjanji akan menurunkan harga bahan bakar sebaik saja beliau menerajui kerajaan, lima hari berikut ini merupakan tempoh yang amat kritikal bagi rakyat Malaysia kerana ia akan menentukan sama ada janji yang beliau taburkan itu boleh dipercayai atau tidak.

Apalah sangat yang ada pada janji! Seperti yang banyak berlaku sebelum ini, janji hanya ditabur untuk dimungkiri kemudiannya.
Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising