Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, September 21, 2008

Tee Keat ulangi cabar Kit Siang buktikan dakwaan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat hari ini mencabar Lim Kit Siang membuktikan dakwaan beliau kononnya beberapa anggota MCA Selangor telah membuat laporan polis hingga menyebabkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Beberapa hari selepas Lim Kit Siang (Penasihat DAP) membuat dakwaan itu, kami membuat siasatan dan mendapati tuduhan itu tidak benar.

"Saya mencabar beliau supaya menunjukkan bukti bahawa MCA telah meminta anggotanya membuat laporan polis terhadap Teresa Kok. Perkara ini tidak benar sama sekali.

"Sekiranya beliau tidak boleh menunjukkan bukti, maka beliau perlu memohon maaf, bukan saja kepada MCA, tetapi juga kepada rakyat dan masyarakat Cina," kata Ong selepas majlis perasmian Konvensyen MCA Selangor oleh Presiden parti, Datuk Seri Ong Ka Ting di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau yang akan bertanding jawatan Presiden MCA bulan depan berkata, sekiranya Lim gagal menunjukkan bukti tentang tuduhannya itu atau tidak memohon maaf, maka MCA akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap beliau.

Ditanya tentang bentuk tindakan yang akan diambil itu, beliau berkata: "Kami akan buat keputusan tentang perkara itu apabila tiba masanya."

Kata beliau, tuduhan Lim itu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab dan bertujuan mewujudkan kekeliruan, bukan saja dalam di kalangan masyarakat Cina tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, berhubung pendirian MCA mengenai ISA.

"Kami telah nyatakan selama ini bahawa ISA perlu dikaji semula dengan teliti. Kami bercakap tentang perkara ini dalam Kabinet dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (mesyuarat). Sememangnya, kami tak mengharapkan DAP akan berterima kasih tentang perkara ini.

"Kami perlu dedahkan jenis politik yang menjadi mainan DAP. Kami beri kepada mereka tempoh masa yang berpatutan bagi mengemukakan bukti, jika tidak, Lim Kit Siang kena minta maaf," kata beliau yang juga Menteri Pengangkutan.

Teresa ditahan mengikut ISA pada 12 September dan dibebaskan Jumaat lepas.

Menyentuh perkara berasingan, Ong yang juga ketua MCA Selangor, berkata oleh kerana negeri itu kini ditadbir oleh pembangkang, MCA Selangor perlu mengubah kedudukannya untuk berperanan sebagai pemerhati yang berkesan terhadap segala tindaktanduk kerajaan Pakatan Rakyat.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising