Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, September 15, 2008

Strategi Anwar pancing MP BN tidak demoktratik

14-09-2008 07:03:26 PM
SANDAKAN: Tindak-tanduk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas membuktikan beliau mahu memancing Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk dari Sabah dan Sarawak bagi mencapai hasrat yang digembar-gemburkannya untuk mengambil alih kerajaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, Anwar telah menyatakan secara terbuka bahawa beliau akan berusaha memperoleh sokongan daripada anggota Parlimen BN untuk mencapai cita-citanya itu.

"Strategi Anwar untuk mengambil alih kerajaan untuk menjadi Perdana Menteri itu sangat tidak demokratik, tidak beretika dan 'tidak gentleman," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Anwar terbukti mempunyai cita-cita besar dan terburu-buru untuk menubuhkan kerajaan sehingga tidak sanggup menunggu pilihan raya berikutnya menggunakan proses demokrasi.

"Kalau beliau yakin bahawa rakyat menyokongnya, dia patut menunggu proses tersebut," katanya.

Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, wakil rakyat BN cukup matang dan bijak untuk tidak terperangkap dengan politik Anwar.

Beliau berkata, mereka (anggota Parlimen BN Sabah) mungkin bersuara lantang berkaitan beberapa isu tetapi ini tidak bermakna mereka menentang pucuk pimpinan BN".

"Saya yakin bahawa mereka akan tetap mengenang jasa dan berterima kasih kepada para penyokong BN yang memberi laluan kepada mereka untuk menjadi anggota Parlimen," katanya. BERNAMA


Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising