Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Raja Petra ditahan bawah ISA

Sep 12, 08 1:37pm
Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Raja Petra ditahan mengikut Seksyen 731 ISA yang membenarkan penahanan sehingga 60 hari.

"Polis akan membuat penilaian dalam tempoh tersebut dan jika mereka merasakan beliau perlu ditahan lebih 60 hari, maka polis akan merujuk kepada saya," katanya seperti yang dipetik oleh The Star.

Bernama pula memetik Syed Hamid sebagai berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

"Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman," katanya.

Syed Hamid juga mengesahkan bahawa surat tunjuk sebab telah dihantar kepada Sin Chew Daily, The Sun and Suara Keadilan.

"Mereka mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab," tambahnya.

Menurut isteri Raja Petra - Marina Lee Abdullah - 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.

raja petra to police station on burma doctor sd 040908 03Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.

Raja Petra kemudiannya dibawa polis dari rumahnya pada jam 1.50 tengahari ke lokasi yang tidak diketahui.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

raja petra arrest under isa internal security act 120908 01Lamanweb Malaysia Today telah disekat sejak minggu lalu, tetapi sekatan itu telah ditarik balik semalam.

Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

raja petra arrest under isa internal security act 120908 05Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com
ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping di mana mereka ditahan selama dua tahun.

Sebelum ini, Raja Petra telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan memfitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

raja petra arrest under isa internal security act 120908 02Abdul Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia yang berusia 28 tahun itu, di mana mayatnya telah diletupkan.

Dua anggota polis, yang tugas mereka termasuk mengawal keselamatan timbalan perdana menteri, menghadapi tuduhan membunuh Altantuya.

ISA yang dibantah oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara selama dua tahun - dan boleh dilanjutkan setiap tahun seterusnya - dan biasannya digunakan terhadap suspek pengganas.

Ia juga digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan tahun lalu, lima orang pemimpin Hindraf telah ditahan tiga selepas mereka menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 25 November.

Kenyataan polis

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penahanan Raja Petra di bawah ISA dibuat selepas polis mendapati tindakannya boleh mengancam keselamatan negara.

Ismail berkata penahanan terhadap pengendali laman blog Malaysia Today itu dilakukan selepas polis berpuashati dengan hasil pemantauan terhadap Raja Petra.

"Pemantauan yang dijalankan menunjukkan beliau telah melakukan tindakan-tindakan yang boleh mencetus kegelisahan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

"Penangkapan ini terpaksa dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan-tindakan beliau," katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata penahanan Raja Petra mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 itu juga bertujuan membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising