Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Persoal kelewatan Abdullah berundur, Muhyiddin tidak takut risiko

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu laporan Bernama semalam menyatakan beliau sedia berdepan dengan apa jua risiko ekoran kenyataannya mempersoalkan proses pengunduran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2010 yang dianggapnya terlalu lama.

Iklan




Pandangan beliau agar pelan peralihan kuasa itu disegerakan adalah satu pandangan ikhlas berdasarkan kepada maklum balas dpelbagai pihak yang bimbang dengan tempoh peralihan yang agak panjang itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pandangan itu juga tidak berniat untuk menyinggung perasaan Perdana Menteri.

Sebaliknya beliau merasakan ia adalah satu tanggungjawab untuk menyampaikan apa yang disuarakan oleh banyak pihak, demikian menurut laporan Bernama.

"Sebab itu saya tidak takut untuk menyuarakan walaupun orang kata saya mungkin menanggung risiko. Itu risiko tidak apa, yang penting saya kata apa yang harus kita lakukan.

Suara hati rakyat yang bimbang

"Saya telah berjumpa dengan banyak pihak, banyak badan setiap hari berhubung dengan saya, bertanya apa yang harus dibuat. Orang bertanya dengan saya apa akan jadi kepada negara kita. Mereka berasa bimbang, rasa takut," katanya kepada pemberita di persidangan perniagaan China Guandong-Malaysia di ibu negara semalam.

Terdahulu Abdullah melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Muhyiddin itu kerana ia dibuat oleh seorang anggota kabinet beliau sedangkan pelan itu dipersetujui oleh kabinet dan Majlis Tertinggi Umno.

Muhyiddin berkata sebagai pemimpin Umno dan pemimpin dalam kerajaan, adakalanya mereka perlu berterus-terang walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan.

"Saya tidak kata saya tidak hormat keputusan Majlis Tertinggi. Saya juga tahu ada ramai pihak yang agak bimbang dan saya agak takut kalau hal sebegitu tidak saya suarakan kerana saya tidak melihat seorang manusia pun di Malaysia yang sanggup untuk menyuarakan sesuatu yang ramai merasakan sebegitu.

"Ini satu perkara yang bagi saya, adalah tidak baik. Apakah itu satu kesalahan? Saya serah kepada merekalah," ujarnya.

Situasi tidak bertambah baik

Muhyiddin berkata banyak usaha telah kerajaan lakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat tetapi usaha itu kelihatan seolah-olah tidak diterima malahan situasi tidak bertambah baik.

"Ini satu kenyataan yang saya sebutkan, bukan satu pembohongan. Saya nyatakan apa yang betul. Itu terserah kepada pemimpin untuk terima atau tidak. Saya sudah jalankan tanggungjawab," ujarnya.

Muhyiddin mempertahan tindakannya membuat kenyataan itu atas pendirian tidak mahu menjadi hipokrit.

"Sepanjang kerjaya politik saya, saya tidak pernah menjadi hipokrit. Saya cakap apa yang benar, dan yang benar itu kadangkala pedih. Tetapi hakikat itu tetap hakikat," katanya sambil menjelaskan bahawa beliau menyerahkan kepada perdana menteri dan MT untuk menimbang sama ada kenyataan itu tersasar ataupun tidak," katanya.

Apa yang penting ialah tanggapan rakyat mengenai perkara (peralihan kuasa) itu, sama ada mereka selesa ataupun tidak, ujarnya.

Bukan pembohongan

"Saya bukannya bercakap sesuatu yang bodoh atau pembohongan, ini adalah hakikat. Kita kena terima hakikat, dan jika kita tidak mahu terimanya, terpulang kepada masing-masing," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menemui Perdana Menteri, Muhyiddin berkata beliau pada bila-bila masa tidak menjadi masalah untuk bertemu.

Mengenai tarikh yang sesuai untuk peralihan kuasa itu berlaku sekiranya dicepatkan, beliau berkata ia terserah kepada budi bicara presiden parti sendiri.

"Pelan (peralihan kuasa) yang kita buat ini bukan hanya untuk kepentingan parti tapi penerimaan oleh rakyat. Saya bimbang kalau pelan itu kita terima tapi rakyat tidak terima dan menolak kita dan kita kalah, jadi ini satu beban besar. Bahaya bagi parti," katanya.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising