Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Penahanan Raja Petra lambang kelemahan PM - AMK dan Wanita KeADILan

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Angkatan Muda KeADILan membantah sekeras-kerasnya penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Pegendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamarudin semalam.

Iklan




Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat akin berkata, pihaknya mengecam tindakan pemerintah Umno-BN yang menggunakan ISA untuk menahan blogger Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin pada jam 1.10 petang semalam.

AMK percaya bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik sepenuhnya dalam keadaan Umno-BN terdesak akibat dihimpit pelbagai kemelut dalaman mutakhir ini.

Tanpa mengira sesiapa saja, penahanan Raja Petra kali ini juga adalah jelas sesuatu yang bercanggah dengan hak asasi manusia yang menggariskan hak seseorang individu tidak ditahan tanpa bicara, katanya.

"Sekiranya Raja Petra jelas melakukan kesalahan, maka sewajarnya bagi pihak berwajib mendakwa beliau di Mahkamah Sivil atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh beliau sepanjang beliau mengendalikan Malaysia-Today," katanya.

Tindakan ini hanya meruntuhkan sokongan moral masyarakat kepada pemerintah Umno-BN, lantas menghancurkan kredibiliti Perdana Menteri yang kelihatan sangat lemah ketika ini, katanya.

AMK berpendirian tegas bahawa penahanan Raja Petra ini memberi gambaran jelas bahawa kejatuhan regim Umno-BN semakin hampir, memandangkan ini adalah senjata akhir mereka tatkala status quo mereka tergugat di saat keyakinan rakyat semakin terhakis dari hari ke hari.

Pakatan Rakyat kekal komited agar ISA dimansuhkan pada kadar segera apabila pemerintahan negara beralih tangan kelak demi menjunjung hak asasi manusia rakyat Malaysia, katanya.

"Kami merakamkan rasa kesal atas penangkapan Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA. Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini sekali lagi membelakangkan lunas undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," ujar Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamarudin.

Sikap kerajaan yang terburu-buru menunujukkan ketidakmatangan dalam memperjelaskan isu penangkapannya kepada masyarakat memandangkan ini adalah tangkapan yang berulangkali ke atas Raja Petra, kata Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang.

Pada masa yang sama wanita KeADILan juga mempersoalkan kenyataan daripada Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang jelas berbau perkauman yang tidak diambil sebarang tindakan tegas oleh kerajaan, terutamanya oleh Menteri Dalam Negeri.

"Oleh itu, kami mengecam kewujudan "double-standard" dalam tangkapan terhadap Raja Petra. Kami menuntut beliau dan semua tahanan ISA yang lain dibebaskan dengan serta-merta," ujarnya.

Raja Petra ditahan di rumahnya di Bukit Rahman Putra dekat Sungai Buloh pada jam 1.10 petang semalam disaksikan isterinya, Marina Lee Abdullah.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Tapiling di mana mereka ditahan selama dua tahun

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising