Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 6, 2008

Pemuda MCA Perak pula gesa parti keluar BN

Sep 6, 08 4:31pm
Pemuda MCA Perak hari ini menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasion(BN) sekiranya para pemimpin Umno, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap.

Mengambil contoh kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini, Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng berkata pendekatan sedemikian telah menyinggung perasaan kaum bukan Bumiputera selain boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini.

"Maka Pemuda MCA Perak menyeru kepada pemimpin MCA pusat supaya mempertimbangkan sekiranya pemimpin-pemimpin Umno masih tidak ingin menukar perangai mereka, untuk keluar daripada BN," katanya kepada pemberita selepas berucap sebelum majlis pemilihan jawatan Pemuda MCA Perak di Dewan St John Ambulans hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Semalam, Ahmad yang enggan memohon maaf menjelaskan beliau bukan seorang yang bersikap perkauman seperti yang dituduh dan semua kekecohan berhubung perkara itu sebenarnya berpunca daripada salah lapor sebuah akhbar berbahasa Cina.

Ahmad mendakwa ucapannya mengenai kedudukan kaum-kaum di Malaya pada zaman sebelum merdeka semasa kempen pilihanraya kecil itu dimanipulasi oleh pemberita akhbar Sin Chew Jit Poh sehingga menyebabkan masyarakat dan pemimpin Cina termasuk dari parti komponen BN membuat ulasan melulu tanpa usul periksa.

Tan, yang tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan itu, berkata Pemuda MCA Perak tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk para pemimpin Umno mengubah sikap tetapi menegaskan mereka (pemimpin Umno) harus menunjukkan kejujuran untuk berubah.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana menyuarakan BN dan Umno akan buat perubahan tetapi nampaknya pemimpin di peringkat nasional dan negeri tidak mengikuti langkah beliau," katanya.

Tan berkata keengganan para pemimpin BN khususnya Umno untuk mengambil pengajaran daripada keputusan pilihanraya umum lalu akan menyebabkan gabungan itu akan dihukum dengan lebih teruk oleh rakyat pada pilihanraya umum ke-13.

"Punca BN kalah pada pilihanraya umum lepas disebabkan isu berkenaan pemimpin-pemimpin kita khususnya Umno yang menyuarakan perkataan atau suara yang begitu sensitif dan tidak mementingkan perasaan kaum-kaum yang lain," katanya.

Semalam Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN sekiranya parti komponen BN, terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Sebelum ini, perwakilan Gerakan Perak juga membuat gesaan supaya parti itu (Gerakan) meninggalkan BN jika gabungan itu gagal menyelesaikan isu perkauman dan agama.

'Ambil tindakan tegas'

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Wanita MCA Selangor hari ini mendesak kepimpinan tertinggi BN supaya mengambil tindakan tegas terhadap ketua Umno bahagian Bukit Bendera berhubung dakwaan beliau terhadap masyarakat Cina.

Pengerusinya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kenyataan Ahmad ketika berceramah pada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini berbaur hasutan dan boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Semasa merasmikan Perhimpunan Wanita MCA Selangor ke-33 di Wisma MCA di ibunegara, Chew berkata beliau dan seluruh Wanita MCA ingin meminta penjelasan daripada Ahmad mengenai perkara itu.

Sambil mengingatkan bahawa kaum Cina turut menyumbang kepada pembangunan
negara, beliau berkata kenyataan Ahmad itu jelas mengguris perasaan kaum Cina.

Chew berkata Majlis Tertinggi BN perlu mengeluarkan peraturan melarang anggotanya mengeluarkan sebarang dasar, kenyataan atau pendirian yang berbaur perkauman.

Sambil meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan isu seperti itu, MCA Selangor juga meminta polis agar bertindak terhadap Ahmad kerana didakwa menghasut.

Jika tindakan tidak diambil, beliau khuatir ia akan memburukkan hubungan antara kaum di negara ini.

Di samping itu, MCA juga terpaksa mengkaji semula hubungannya dalam Barisan Nasional, katanya. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising