Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 20, 2008

Peguam Malaysia desak bebaskan semua tahanan ISA

KUALA LUMPUR, 20 SEPT - Badan Peguam Malaysia hari ini mendesak kerajaan segera membebaskan tanpa syarat, semua tahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bernama melaporkan badan itu, pada mesyuarat agung luar biasanya, yang dihadiri oleh 739 anggota, menerima resolusi yang menggesa pembebasan lebih 60 tahanan ISA serta lebih 2,000 tahanan yang ditahan mengikut pelbagai undang-undang pencegahan sama ada dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

"Terdapat banyak undang-undang yang dikaitkan dengan para tahanan ini dan jika pihak berkuasa mempunyai bukti terhadap mereka, dakwa mereka di mahkamah terbuka bagi membolehkan mereka mempertahankan diri," kata Presiden Badan Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau berkata badan itu mendesak kerajaan supaya segera memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Dadah Berbahaya 1985.

Ambiga memberitahu pemberita bahawa mesyuarat itu juga sebulat suara mahukan kerajaan mendokong ikrarnya terhadap Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mempromosikan dan melindungi hak asasi dan kebebasan asas serta menggalakkan kebebasan media.

Mesyuarat yang diadakan di Wisma MCA hari Sabtu turut mengutuk surat tunjuk sebab kepada Sin Chew Daily, The Sun serta Suara Keadilan dan menggesa kerajaan menarik balik surat berkenaan dengan segera.

"Kebanyakan anggota berasa sangat bimbang dengan layanan yang diberikan kepada tahanan ISA di mana mereka berada dalam keadaan daif, diberikan makanan tidak sihat dan kurang berhubung dengan dunia luar," kata Ambiga.

Bekas presiden Sulaiman Abdullah berkata kerajaan sepatutnya mengambil kira pertimbangan mengenai cabaran dan trauma yang dihadapi anggota keluarga tahanan apabila mereka terpisah dengan orang yang disayangi selama lebih enam tahun.

"Sudah tiba masanya kerajaan memansuhkan ISA memandangkan ia boleh disalahgunakan terhadap mereka yang membantah kerajaan," katanya.

Seorang lagi bekas presiden, Kuthubul Zaman Bukhari berkata ini bukan pertama kali Badan Peguam Malaysia mendesak supaya ISA dimansuhkan dan akta itu tidak lagi sesuai dalam masyarakat masa kini.

Ditanya apakah tindakan badan itu selepas ini jika tidak mendapat maklumbalas yang memuaskan daripada kerajaan bagi memansuhkan ISA, Ambiga berkata tekanan akan dipertingkatkan terhadap kerajaan menerusi penggubal undang-undang yang dilantik serta sokongan oleh pertubuhan lain.

Build A Niche Store - Succeed As An eBay Affiliate

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising