Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

PAS mahu dua lagi tahanan dibebaskan segera, selepas Tan

PULAU PINANG: 13 Sept (Hrkh) - PAS mengalu-alukan pembebasan mangsa akta zalim ISA, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng pagi ini dan mendesak dua lagi mangsa - Raja Petra Kamaruddin dan Teresa Kok juga dibebaskan segera tanpa syarat.

Iklan




Katanya, terdapat tindakan terburu-buru yang nyata apabila penahanan dibuat lebih didorong kepada tuntutan kepentingan politik semata-mata.

"Pihak polis boleh memanggil Tan jika ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau butiran lengkap bagi membantu siasatan. Mengapa harus guna ISA? " tanya beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengalu-alukan pembebasan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng tanpa syarat dan berharap dua lagi tahanan - Teresa dan Raja Petra - juga akan dibebaskan, demikian lapor Malaysiakini.

Lim yang juga setiausaha agung DAP, menyifatkan pembebasan Tan tanpa syarat itu sebagai satu kemenangan rakyat dan hasil tekanan rakyat terhadap penggunaan undang-undang tersebut.

Katanya, rakyat Malaysia tidak boleh lagi menerima penggunaan ISA untuk mengekang kebebasan bersuara, kebebasan mendapatkan maklumat dan hak untuk membuat laporan yang tepat dan profesional seperti yang dilakukan oleh Tan.

Lim berkata, Tan menjadi kebanggaan kerana telah mempertahankan tugas profesionalnya sebagai seorang wartawan.

"Kita akan menumpukan tenaga kita untuk mendapatkan kebebasan Teresa dan Raja Petra serta tahanan-tahanan yang lain.

Ketua menteri Pulau Pinang itu juga menyatakan penghargaannya kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob atas bantuan yang diberikannya.

Pembebasan Tan telah dijangkakan selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar membayangkan bahawa beliau mungkin dibebaskan hari ini.

Bercakap di Johor Bahru pagi tadi, Syed Hamid berkata, penahanan Tan di bawah ISA adalah sebahagian daripada langkah perlindungan kerajan bagi "memastikan keselamatannya".

Menteri juga mendakwa, pihak perisikan polis mendapati nyawa wartawan tersebut terancam selepas dia melaporkan kenyataan berbaur perkauman yang diucapkan oleh Datuk Ahmad Ismail.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising