Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Pak Lah terdesak, penahanan borong ISA untuk selamatkan hayat Umno

Harakahdaily
Sat | Sep 13, 08 | 4:49:52 pm MYT

PAS membantah keras penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap tiga individu yang dianggap mengancam keselamatan negara disifatkan sebagai terdesak untuk menyelamatkan hayat Umno yang kian nazak. Meraka yang ditahan Ahli Parlimen Siputeh yang juga Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok, editor Blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Penahanan mereka dilakukan pada 12 September di tempat dan masa yang berasingan.

Iklan




Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS, Anuar Tahir menyifatkan penahanan tidak bertamadun itu tidak sesuai di millenium baharu kerana ia lebih bersifat kolonialisme dan fasis, selain ianya tidak domokratik.

Ujar beliau, penahanan mereka yang aktif menulis dan menyampaikan maklumat pada blog dan akhbar cukup tidak wajar dan ia bukan jalan keluar kepada kemelut dalaman yang sedang dihadapi oleh Umno dan BN.

Akta warisan penjajah British yang lapuk dan tidak mesra masyarakat madani ini, sepatutnya sudah lama dihapuskan kerana ia bercanggah dengan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia, tegas beliau ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS juga tidak terfikir penahanan borong mengikut ISA ini dilakukan tanoa sebarang sebab dan kepentingan politik BN.

Tegas beliau, penangkapan lebih ramai tokoh-tokoh politik, aktivis badan bukan kerajaan dan pengamal media dalam masa terdekat terpaksa dilakukan untuk menakut-nakut dan mendatangkan rasa cemas dan tidak tenteram dalam negara.

Sekaligus, stratagi ini mampu mengubah perhatian rakyat dari isu politik sebenar yang kini tertumpu kepada usaha penubuhan kerajaan baharu Pakatan Rakyat pada 16 September ini, yang membawa tumbangnya BN.

Anuar yakin tangkapan borong ISA sekarang hanya mengulangi taktik 'Operasi Lallang' pada 1987 yang ketika itu beberapa tokoh Umno meniupkan 'api perkauman' bagi mencetuskan suasana tidak aman dalam negara.

Hal yang serupa juga, katanya sedang terjadi apabila ia bermula dari kenyataan berbau perkauman oleh Ketua Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail dan berakhir dengan tangkapan borong di bawah ISA.

Sehubungan itu, PAS tegasnya, mendesak pihak kerajaan agar membaskan mereka segera tanpa syarat atau dihadapkan terus ke mana-mana mahkamah syariah dan sivil, sekiranya ada kes untuk pengadilan. Anuar turut meminta agar berhentilah dari menggunakan ISA untuk menahan warga sendiri secara tanpa bicara tetapi sebaliknya BN harus bertindak sebagai sebuah kerajaan yang menghormati rakyat, perlembagan, kontrak sosial dan undang-undang.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising