Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, September 21, 2008

Mukhriz minta jangan sekat calon temui ahli

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - Untuk mempertahankan kesedapan berkuasa dan kepentingan peribadi dari diancam oleh pencabar-pencabar, taktik samseng dan tidak bertamaduan ternyata menjadi amalan mereka yang berkuasa, menumpang kuasa atau merasa berkuasa di dalam Umno.

Iklan




Terbaru, Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir yang menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda Umno terpaksa merayu supaya tindakan menyekat anggota parti bertemu dengan pemimpin atau calon-calon dihentikan segera kerana ia tidak selari dengan amalan demokrasi di dalam parti itu.

Ketika ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad meningkatkan serangan ke atas Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, rayuan Mukhriz menambahkan bukti bahawa politik samseng dan tidak bertamadun memang menjadi amalan mereka yang berkuasa, menumpang kuasa atau merasa berkuasa di dalam Umno.

Menurut beliau, ada anggota Pemuda Umno yang disekat daripada bertemunya manakala ada di antara mereka turut tidak dibenarkan bersama-sama di dalam majlis-majlis yang beliau hadiri.

"Saya nampak ada elemen tidak sihat (di dalam kempen merebut jawatan Ketua Pemuda Umno) di dalam bentuk sekatan, apabila saya dijemput berjumpa kawan-kawan di bahagian, ada pihak tertentu (anggota Pemuda) tidak dibenarkan bersama.

"Apa sebabnya itu sendiri kita boleh tafsirkan, tetapi amalan ini (sekatan) tidak sihat lebih-lebih lagi kita mengamalkan sistem demokrasi dalam parti," Bernama memetik rungutan Mukhriz.

Jawatan Ketua Pemuda Umno setakat ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Mukhriz, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin, Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.

Mukhriz berkata sekarang adalah masa yang tepat bagi Umno memberikan peluang seluas-luasnya kepada anggota parti untuk mengenali pemimpin dan calon-calon yang akan bertanding merebut jawatan.

Beliau mempersoalkan bagaimana anggota parti hendak menunaikan tanggungjawab memilih calon-calon pilihan mereka, jika mereka tidak dibenarkan bertemu dengan calon terbabit.

"Amalan sekat menyekat ini perlu dihapuskan terus. Buka kepada semua orang, sesiapa yang menawarkan diri berikan peluang kepada mereka untuk menjelaskan bentuk perjuangan yang mereka hendak bawa," katanya.

Bagaimanapun, katanya, terdapat juga kesan daripada tindakan sekatan itu memihak kepadanya, memandangkan beliau merupakan "underdog" di dalam persaingan Ketua Pemuda dan terpaksa menongkah arus untuk mendapat sokongan perwakilan.

Secara keseluruhannya, Mukhriz berkata kempennya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda telah menerima sambutan baik, terutamanya selepas beliau mengadakan pertemuan dan berinteraksi dengan anggota Umno di peringkat akar umbi.

"Saya melihat mereka berkongsi pandangan yang sama, iaitu Umno memerlukan pembaharuan yang ketara terutamanya di kalangan orang muda. Tema 'Berani Berubah' yang saya perjuangkan, diterima dan menepati citarasa mereka," katanya.

Beliau berkeyakinan mampu memperolehi pencalonan yang mencukupi bagi membolehkannya bertanding bagi jawatan tersebut.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising