Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, September 7, 2008

Mukhriz mahu selamat Umno

Sep 6, 08 7:27pm
Demi untuk menyelamatkan dan memperkasakan semula Umno, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia Disember ini.

Menurutnya, krisis kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina kerajaan "dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri.

mukhriz announce contest 060908"Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan Umno yang sebenar, yakni perjuangan agama, bangsa dan negara," ketika berucap mengumumkan keputusannya di Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Star Kedah petang tadi.

"Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik. Keputusan pilihanraya umum ke-12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita.

"Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan Umno. Ini telah membolehkan parti-parti membangkang mengambil kesempatan.

"Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan.

Pulih keyakinan rakyat

"Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa Umno akan membetulkan dirinya sendiri.

"Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli Umno, maka jangan terkejut jikalau hayat Umno berakhir," kata Mukhriz lagi.

Ahli Umno, tegasnya, harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Umno.

"Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat. Kita juga mesti sanggup berkorban dan menolak semua amalan yang membinasakan.

"Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan Umno. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula Umno.

"Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini.

Lantang mengkritik

"Demi meneruskan perjuangan ini, saya dengan rendah diri dan dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, menawarkan diri untuk dipilih sebagai ketua pergerakan Pemuda
Umno Malaysia," katanya.

khir toyo 181207Mukhriz adalah pemimpin kedua selepas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mengumumkan untuk berebut jawatan tersebut yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammudin Hussein.

Dua lagi calon yang telah menyatakan minat mereka untuk turut bertanding jawatan berkenaan ialah menteri besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Mukhriz, 44, adalah anak bungsu mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepertimana bapanya, Mukhriz juga lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising