Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 20, 2008

Mukhriz mahu Pak Lah undur secara terhormat sebelum 9 Okt

PETALING JAYA: Datuk Mukhriz Mahathir, antara mereka yang awal dan telah banyak kali menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya ekoran prestasi pilihan raya umum Mac lalu berkata, Presiden parti itu perlu "berundur secara terhormat dengan segera" sebelum 9 Oktober ini.

Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, Abdullah perlu menerima hakikat yang ahli-ahli akar umbi Umno mahu perubahan dan justeru, wajar memutuskan untuk menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak agar perjalanan persidangan bahagian bulan depan tidak terganggu.

Kata Mukhriz, oleh kerana anggota-anggota Majlis Tertinggi (MT) parti sudah menyampaikan pandangan, kini "keputusan di tangan beliau" untuk menentukannya.

"Tidak lagi perlu menunggu untuk membuat keputusan... kita berharap Pak Lah sedar dan terima tentang hakikat dan membuat keputusan yang diminta dan kehendak ahli," katanya.

Tambah beliau, perbincangan dalam mesyuarat MT Umno kelmarin membuktikan pandangan yang diberikan oleh beliau sejak enam bulan lalu sudah mula diterima oleh akar umbi dan anggota-anggota MT.

"Oleh kerana beliau (Abdullah) sudah mendapat maklum balas yang sama, saya berharap Presiden parti akan melepaskan kedudukan beliau dengan segera.

"Saya sangat berharap Pak Lah (Abdullah) sudah memahami akan kehendak akar umbi, menyerahkan kuasa," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Mukhriz mengulangi kemungkinan, jika Abdullah, yang juga Perdana Menteri tidak mengambil keputusan yang diharapkan ramai itu, tidak mustahil akan ada pihak yang mencabar beliau ataupun tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan kedudukannya Disember ini.

Beliau yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan The Star hari ini bahawa Abdullah kini berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat agar melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Perkara itu telah ditekankan oleh sebahagian anggota MT pada mesyuarat majlis itu kelmarin.

Ia terus menjadi isu perbincangan MT meskipun Isnin dan Rabu lalu Abdullah dan Najib telah mengulangi komitmen mereka untuk merealisasikan pelan peralihan kuasa Jun 2010.

Ketika ditanya sama ada perlu ada usaha susulan meminta Abdullah, yang menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri sejak Oktober 2003 memikirkan semula pelaksanaan pelan peralihan kuasa itu, Mukhriz memberitahu, pelbagai pihak telah memberikan pandangan masing-masing kepada beliau.

Oleh itu, katanya, tidak perlu ada tindakan susulan kecuali Abdullah sendiri yang memutuskan untuk berundur segera sebelum 9 Oktober ini.


Orang bukan Islam pertama sekali perlu faham, azan menggunakan pembesar suara di masjid bukan tujuan melalak macam Disco, Kelab Malam, Kareoke dan seumpamanya.

Waktu Subuh adalah waktu terbaik untuk manusia bangun untuk bukan sahaja beribadat tetapi untuk kesihatan tubuh badan mereka.

Sila memohon semua pakar perubatan di seluruh dunia kaji mana lebih baik kesihatan manusia yang bangun waktu subuh dengan manusia yang tidur diulik mimpi waktu tersebut, kemudian jam 9.00 pagi baru bangun.

Mana-mana peperangan yang banyak mendapat kemenangan di zaman moden ini berlaku dengan memulakan serangan dari waktu subuh.

Tidak payahlah buat petisyen mengenai perkara yang merugikan diri sendiri. Sepatutnya berterima kasihlah dengan Masjid Kinrara dan mana-mana masjid lain menyedarkan diri kita tentang baiknya bangun awal, di waktu subuh untuk kesihatan diri dari tidur berlebihan sehingga bangun waktu pagi jam 9 atau 10 pagi.

Inilah bahana Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak mengajar agama betul-betul kepada semua rakyat Malaysia. Orang bukan Islam dengar dulu apakah benda agama Islam ini? Apakah agama semberono? Apakah ia hanya untuk orang Islam atau untuk seluruh manusia?

Janganlah mentang-mentang kita kelompok ramai di sesuatu tempat, kita naik tocang tunjuk sikap ego dan ikut perasaan kononnya azan, memasang CD mengaji al-Quran menggangu ketenteraman awam.

Yang salah dalam kes seumpama ini ialah kerana Kerajaan BN gagal mendidik rakyatnya mengerti bahawa apa yang diajar oleh Islam semuanya untuk mendatang kebaikan kepada manusia seluruhnya bukan orang Islam sahaja.

Soal orang bukan Islam mahu menganut agamanya sendiri itu soal lain tetapi mereka perlu mengerti bagaimana cara untuk menghormati agama yang bertujuan murni untuk semua manusia itu.

Orang bukan Islam hendaklah membuka minda mereka untuk menerima kebenaran jangan berada ditakuk lama dalam pendirian dan sikap mereka.

Kes ini menjadi sensitif kerana orang bukan Islam tidak memahami kedudukan sebenarnya mereka di sisi agama Islam.

Islam bukan mahu menyusahkan mereka tetapi Islam mahu menyedarkan mereka tentang soal kesihatan dan kebenaran dan apa-apa perkara baik untuk kehidupan mereka di dunia ini selengkapnya.

Jadi, lebih baik kembali kepada kebenaran dari kekal dalam kebatilan. Itu soal pokoknya dalam kes seumpama ini.

Build A Niche Store - Succeed As An eBay Affiliate

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising