Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, September 15, 2008

Muhyiddin: Tindakan Anwar tangguhkan tarikh bentuk kerajaan satu pembohongan besar

15-09-2008 02:53:02 PM

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muyiddin Yassin menyifatkan tindakan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan tarikh pembentukan kerajaan baru sebagai satu pembohongan besar.

“Hanya orang terdesak akan mengambil langkah sedemikian,” katanya selepas merasmikan Anugerah Usahawan Wanita Kebangsaan 2008 di sini hari ini.

Beliau turut melabelkan Ketua Pembangkang itu sebagai seorang ‘desperado’ dan sanggup melakukan apa sahaja.

Pada Selasa lalu, Anwar mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjakkan tarikh mencapai sasaran pembentukan kerajaan baru persekutuan ke tanggal lain - kemungkinan 20 atau 21 September ini, bukannya 16 September.

Malahan dari awal lagi, Muhyiddin berkata, beliau tidak percaya dengan perancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan.

“Saya tidak nampak ia akan belaku kerana kerajaan sudah terbentuk. Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional sudah menyuarakan pendirian yang mereka tidak akan melompat parti,” katanya.

Jelasnya, Anwar juga punya agenda tersendiri kerana bercita-cita untuk menjadi perdana Menteri.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Anwar kini sudah terperangkap dengan percaturannya sendiri kerana tindakannya untuk membeli ahli Parlimen BN juga tidak berhasil.

“Ini satu cabaran kepada kredibiliti beliau sebagai pemimpin Pakatan Rakyat. Kalau betul ia tidak akan berlaku, ini merupakan angan-angan mat jenin yang tidak akan berlaku,” katanya.

Tambahnya, apa yang terjadi haruslah dijadikan iktibar dan beliau meminta rakayat tidak mudah terpengaruh dengan dakyah sedemikian.

“Kenyataan tidak bertanggunjawab seperti itu menyebabkan situasi politik negara jadi gawat dan menganggu aktiviti pelaburan di negara ini,” katanya.


Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising